بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, yang menganugerahkan kepada makhluq-Nya perasaan cinta, kasih dan sayang. Dengan sifat-Nya yang Maha Penyayang, maka berkasih sayanglah penduduk langit dan bumi ini. Selawat dan salam buat nabi junjungan iyang agung Sayidina Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para sahabat Baginda, para tabi'en, para syuhada, para 'ulama muktabar dan sekalian pengikut-pengikut Baginda hingga yaumul qiyamah.
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Kali ini penulis ingin menulis tentang CINTA. Baru-baru ini, dengan limpahan kurniaan dan kekuatan yang dibekalkan oleh ALlah Subhanahu wa Ta'ala, penulis berkesempatan untuk berkongsi sedikit 'ilmu bersama warga UMS dalam forum Sejauhmana Cintamu sempena Konsert Aura Ungu anjuran JAKMAS AB dengan kerjasama Exco HELWA MPPUMS. (Tiada daya dan upaya serta kekuatan untuk melakukan ketaatan melainkan atas bantuan ALlah jua).

Muslimin muslimat yang ana hormati kerana ALlah...
Ramai orang yang pernah mendengar perkataan CINTA. Setiap insan masing-masing mempunyai definisi dan pengertian cinta. Ada yang kata CINTA itu:
* BUTA (benarkah buta atau yang bercinta itu sendiri yang buta menilai kesucian cinta)
* PENGORBANAN & KESETIAAN
* KEJUJURAN & KEPERCAYAAN
* NIKMAT TAPI 'AZAB
* HIMPUNAN PERASAAN YANG BERADA DI LUAR KAWALAN
Datuk Siti Nurhaliza pula mendefinisikan cinta itu sebagaimana dalam lagu beliau:
Pendek kata, macam-macam pandangan manusia tentang CINTA...
Muslimin muslimat yang dirahmati ALlaah... Hakikatnya CINTA itu adalah anugerah, kurniaan dari ALlaah Subhanahu wa Ta'ala kepada makhluq-makhluqnya. Pengertiannya terlalu luas. Hanya saja manusia yang menyempitkannya... Sehingga ada yang menjadikan nafsu sebagai panduan dalam bercinta. Bak kata orang tua-tua:
"Nasi lemak buah bidara, sayang selasih hamba turutkan..." "Buang emak, buang saudara, kerana kasih hamba turutkan..."
Maka itulah dewasa ini, kita sering dikejutkan dengan berita-berita yang menyayat hati... Kes pembuangan bayi semakin meruncing... Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita statistik terkini bahawa seramai 700 remaja wanita yang dilaporkan terlibat dalam kes pembuangan bayi... Itu yang telah dilaporkan oleh berita nasional. Bagaimana pula kes yang masih disembunyikan atau yang tersembunyi!!!
Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Cintailah Allaah sepenuh jiwa. Ingatah, cintakan bunga, bunga akan layu... Cintakan manusia, manusia akan mati... Cintailah Allaah... Kerana cinta Allah kekal abadi..."
P/s: Sambungan artikel ini akan menyusul kemudian... dengan tambahan dalil dan info serta beberapa persoalan yang dijawab... insha'Allaah.

"Andainya aku kau miliki... Katakanlah kau CINTA padaku..."
Tak kurang pula ada yang mengatakan bahawa ..."CINTA ITU IBARAT KENTUT... DILUAH TERASA MALU, DITAHAN BUAT TERSEKSA...