Thursday, April 1, 2010

KULIAH DHUHA SHEIKH NURUDDIN AL-BANJARI AL-MAKKI -11.APRIL.2010) DI BAITUL QURRO' MELAKA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI akan mengunjungi Baitul Qurra' pada hari Ahad 11 April 2010 dan akan menyampaikan Kuliah Dhuha.



Majlis 'ilmu ini akan bermula pada jam 10 pagi. Semua dijemput hadir. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallahu wa ta'ala.

p/s:
ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]

Marilah kita menimba 'ilmu selagi berpeluang. Apatah lagi 'ilmu yang dituntut daripada 'ulama yang muktabar. Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu kita dapat meperbetulkan 'aqeedah, akhlaq, dan menyempurnakan segala urusan kita dengan baik. Bahkan dengan ilmu juga, akan mampu menambah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala di samping dapat menjauhkan diri kita daripada terjebak dengan amalan-amalan jahiliah, jenayah, gejala sosial bahkan menjauhkan kita daripada perbuatan yang mensyirikkan ALlaah.

Monday, March 8, 2010

VALENTINE'S DAY - SERONOK ATAU PADAH???

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Salam ukhuwwah dan salam mahabbah pada jalan Allah buat semua pembaca dan pengunjung blog ana...

Atas kekangan tertentu, menyebabkan dah lama ana tak dapat men'gupdate' blog ana ni. AlhamduliLlaah, hari ni dikurniakan kekuatan untuk meng'update.... Masha'Allaahu kaana wa maa lam ya sha' lam yakun, wa laa hawla wa laa quwwata illaa biLlaahil 'aliyil 'azhim (Apa yang dikehendaki Allah, pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendaki Allah, tidak akan terjadi. Tiada daya upaya dan kekuatan (untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan kejahatan), jika tidak dengan bantuan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Demi kewajiban da'wah, digagahkan diri jua untuk mem'postkan artikel setakat yang termampu. Mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua.

Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Mungkin agak terlambat untuk ana mem'postkn artikel ini kerana ianya berkaitan dengan tarikh yang sudah sebati dan mendarah daging buat jiwa-jiwa yang sedang berkasih sayang iaitu 14 FEBRUARi (yang dah lepas...Al-maklumlah, sekarang ni dah masuk bulan Mac. Cuma sekadar untuk menyampaikan pesanan, moga bermanfaat buat mereka yang dahagakan 'ilmu) Semua jiwa inginkan dikasihi dan mengasihi. Maka itu pelbagai cara yang digunakan untuk membuktikan betapa kasihnya kita kepada sesuatu itu.
Trend dari dahulu sehinggalah sekarang, tiba sahaja 14 Februari pasti pelbagai aktiviti yang dirancangkan oleh mereka yang sedang asyik mahsyuk bercinta, termasuk yang sudah berumahtangga. Tidak ketinggalan peranan media massa yang menghidangkan kepada pembaca dan penonton dengan gambar-gambar dan tayangan-tayangan yang bertujuan untuk meraikan hari Valentine's Day tanpa memikirkan impaknya kepada masyarakat...

Tiba sahaja sambutan Valentine's Day ramai muda-mudi meluahkan apa yang terbuku di dada, dan jika iman tidak kukuh maka akan berlakulah perbuatan yang sumbang dan haram iaitu penzinaan sehingga menghasilkan anak luar nikah. Dek kerana tidak mahu malu, maka janin yang tidak berdosa turut dihukum oleh mereka yang tidak berperikemanusiaan dengan melakukan perbuatan seperti gambar di bawah ini!!! Na'uzubillaahi min zalik...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah,
Jangan disalah guna perkataan CINTA DAN KASIH SAYANG... BERIKANLAH HANYA KEPADA YANG HALAL DAN YANG SEPATUTNYA...

Sungguh pun begitu, sudah tentu yang lebih layak kita cintai ialah ALLAH DAN RASUL-NYA...Kerana Allah telah memberi kita pelbagai ni'mat yang tidak terbilang banyaknya, dan kerana Allah Tuhan kita yang telah menciptakan kita dan tujuan kehidupan kita di dunia ini adalah untuk mengabdikan diri kepada-Nya.
Firman ALLAH S.W.T:
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."
-Surah az-Zariyat: 56

Saksikanlah video di bawah...


Salam maaf dunia akhirat min ana al-faqiroh ila Robihi

Monday, January 4, 2010

KUNJUNGAN 'ULAMA BESAR DARI HADHRAMAUT KE MALAYSIA (Awal Tahun 2010)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

AL-ALLAMAH AD-DAI'E AL-MURABBI AL-HABIB
UMAR BEN HAFIZ BEN SYEIKH ABU BAKAR BEN SALIM
AL-HUSAINI AL-HADRAMI

PERTAMA
TARIKH: 10 JANUARI 2010
(24 MUHARRAM 1431 H)
HARI: AHAD
TEMPAT:
MASJID AL-FALAH , USJ 9 ,
SUBANG JAYA , SELANGOR
MASA:
6.00 ptg - 10.00 mlm

ATUR MAJLIS :
- bacaan Hizbul Bahri, Wirdul Lathif & tazkirah ringkas
- azan & Solat Maghrib
- bacaan Maulid ad-Dhiyaa'u al-Lamie'
- CERAMAH HABIB UMAR & TERJEMAHAN
- Solat Isyak , jamuan & bersurai
.

sebarang info :
013-330 9474 (imam azian) emel : MasjidalFalahUSJ9@gmail.com


KEDUA

TARIKH: 12 JANUARI 2010
(26 MUHARRAM 1431 H)
HARI: SELASA

TEMPAT: PONDOK BAITUL QURRO' ,
KAMPUNG PAYASUM ,
SUNGAI UDANG
, MELAKA
MASA:
6.30 ptg - 10 mlm

sebarang info : 012-311 0444 (Huzir)


p/s: Ana dapat maklumat ini dari mudir Baitul Qurro' Tuan Guru Haji Zulkifli Bin Hj. Ismail sendiri dan perincian melalui blog http://alfalahusj9.blogspot.com/

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu kita dapat
meperbetulkan 'aqeedah, akhlaq, dan menyempurnakan segala urusan kita dengan baik. Bahkan dengan ilmu juga, akan mampu menambah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala di samping dapat menjauhkan diri kita daripada terjebak dengan amalan-amalan jahiliah dan perbuatan yang mensyirikkan ALlaah.

Telah berkata Imam Syafie RadiyaLlaahu 'anhu:
"Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah berilmu, barangsiapa inginkan akhirat hendaklah berilmu dan barangsiapa inginkan kedua-duanya sekali hendaklah berilmu"

Oleh itu, marilah kita bersama memanfaatkan peluang dan kesempatan yang ada untuk menghadiri majlis 'ilmu apatah lagi yang disampaikan oleh 'ulama yang haq.

Wednesday, November 4, 2009

JANGAN SOMBONG PD TUHAN YANG MENCIPTAKAN KITA...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum wa rohmatullah...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Apa khabar iman dan 'amal??? Pernah tak kita bertanya "cuaca" hati kita??? mendung ke? lembab sepanjang tahun ke? kemarau dan kering kontang ke?

Kalau anggota tubuh kita sakit, orang sekeliling kita akan cemas, risau, sedih, dan bermacam-macam lagi yang bermain di kotak fikiran kita... apatah lagi empunya diri yang sedang dilanda sakit... Bermacam-macam nasihat yang diberi memujuk kita untuk berjumpa doktor... hanya semata-mata mahu memastikan kita sihat sepenuhnya... TAPI...

Jika hati kita yang sakit... bukan kerana marah TAPI... sakit yang disebabkan kurangnya 'amalan untuk mendekatkan diri kepada-Nya... Bahkan SERONOK melakukan maksiat, dan TIDAK SEDAR pun bahawa apa yang sedang dilakukan itu merupakan dosa YANG BESAR DI SISI ALLAH... adakah hati itu sedang sakit, atau parah dan perlu dirawat dengan segera @ hati itu DAH HAMPIR NAZAK... Kita nak jumpa sape??? Pakar mata? pakar bedah hati???

Saya menyeru diri saya sendiri, marilah kita bermuhasabah diri, sejauhmana persiapan kita untuk menghadapi hari yang PASTI DILALUI OLEH SEMUA YANG BERNYAWA.... iaitu:
1. KEMATIAN dan KEHIDUPAN SELEPAS KEMATIAN...
2. ALAM BARZAKH...
3. PADANG MAHSYAR...
4. HARI QIAMAT???


Saksikan video ini... Bukan untuk tujuan mengaibkan... tapi sebagai pengajaran... Namun begitu, kita tahu bahawa memberi Hidayah itu adalah di bawah kekuasaan Allah.... mana tahu orang yang pada asalnya kita lihat seolah-olah jauh dari hidayah Allah, tapi jika atas kehendak Allah, mereka bertaubat...

SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAAH, bahkan mungkin mereka lebih dekat dengan Allah daripada mereka yang suka mengutuk dan bergosip... Moga mereka dan diri kita termasuk diri ana sendiri, sempat bertaubat dengan taubat nasuha di atas kesilapan yang dilakukan sama ada secara sedar mahupun tidak, sama ada disengajakan mahupun tidak, apatah lagi jika dilakukan dalam keadaan jahil... Aameen. MASHA' ALLAAHU KAANA WA MAA LAM YASHA' LAM YAKUN, WA LAA HAWLAA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH...

P/s: Video di bawah jadikanlah sebagai renungan untuk keinsafan



Perlu diingat... siapa pun ibu bapa kita, siapa pun datuk moyang kita... Hidayah perlu dicari... Iman perlu ditingkatkan dari hari ke sehari...

Dalam melayari kehidupan di dunia yang fana' ini, kita sentiasa terpaksa membuat pilihan yang tepat di antara banyak-banyak pilihan... Jika nafsu mutma'innah yang menang, maka senanglah diri dalam membuat pilihan di antara pilihan... dan dah tentu dengan rahmat Allah, seseorang itu pasti akan membuat pilihan yang tepat demi menjaga keimanannya kepada Allah, bahkan dapat meningkatkan ketaqwaan kepada-Nya.

Dengan pertolongan dan harapan, marilah kita bersabar bersama-Nya. Ingatlah kepada-Nya dan janganlah kita lalai daripada mengingati-Nya. Janganlah kita sedar sesudah mati, kerana kesedaran ketika itu sudah tidak bermanfaat lagi bagi kita. Tetapi ingatlah kepada Allah sebelum datangnya kematian.


Pesanan NabiyuLlaah Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
"Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara; masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihatmu sebelum masa sakit, masa lapangmu sebelum masa sibuk, masa berada (kayamu) sebelum jatuh miskin, dan masa hidupmu sebelum mati"

Telah berkata Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani:
"Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. "

Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (maksudnya):
إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!

Apepun, artikel ini sebagai peringatan buat diri ana yang seringkali alpa.Ana mohon maaf dunia akhirat zahir bathin, andai tutur bicara ana mengguris hati mana-mana pihak. Lihatlah sesuatu itu dengan mata hati... bukan dengan mata zahir semata-mata... nilailah sesuatu itu maksud yang tersirat disebalik yang tersurat.

Monday, October 26, 2009

RENUNGKAN KEBESARAN ALLAH: JANGAN RAGU KEWUJUDANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir dan Pencipta alam. Dia Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dia-lah yang menciptakan segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi... Selawat dan salam buat kekasih Allah, utusan yang mulia Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan sekalian orang-orang beriman dan pejuang kebenaran hinggalah yaumul qiyamah.


Assalaamu'alaykum wa rohmatuLlahi wa barakatuh...
Musilimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah... Bacalah artikel ini dengan MATA HATI yang disinari dengan nuriman yang mendambakan redho Allah dan mengharap ketenangan hati...

Mari kita renungkan penciptaan alam ini. Rehatkan minda dan tenangkan hati dengan mengingati kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah...Bukankah dengan mengingati Allah kita dijanjikan-Nya ketenangan hati ???


Firman Allah Subnahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran: 190-191)


Maha Suci Allah...cuba kita lihat gambar bumi... satu planet yang diciptakan Allah. Yang didiami oleh manusia... Bumi yang bulat berpusing-pusing mengelilingi matahari...kejadian yang diaturkan Allah ini menyebabkan berlakunya siang dan malam. SubhanaLlaah... tidak pernah sama sekali berlaku pertembungan...Tidak kah kita mahu menggunakan aqal fikiran untuk memikirkan kejadian yang hebat ini??? Adakah semua itu boleh terjadi dengan sendirinya???


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Allah menciptakan pelbagai jenis haiwan. Ada yang hidup di dalam air.dan ada yang di darat.. Semuanya menjalani kehidupan sesuai dengan kejadian ciptaan mereka... Ada yang boleh dimakan, ada yang menjadi tunggangan, ada yang berkaki dua, ada yang berkaki empat, ada yang hidup tak bertulang belakang... secara ringkasnya, kejadian penciptaan tersebut sudah menunjukkan betapa ada Dzat Yang maha Agung Maha Kuasa yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi ini...

Tidakkah kalian ingin beriman? Masih kah kalian angkuh daripada menyembah Allah Yang Menciptakan diri anda hingga sanggup dan berani melakukan maksiat secara tersembunyi mahupun terang-terangan? tanpa segan silu?? Sibuk berhibur hingga melupakan tanggungjawab sebagai muslim??? Sibuk mengumpul harta hingga kewajipan solat dan membayar zakat diabaikan??? Marilah kita tepuk dada, tanya iman... Bukan tanya selera...tanya selera, nafsu yang menjawabnya...


Atau kalian masih ragu akan kewujudannya??? Firman Allah ta'ala :

" أََََفِي اللهِ شَكٌّ "
Maknanya: “ Apakah ada keraguan terhadap Allah ?!”.(Surah Ibrahim : Ayat 10)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Comelnya anak kucing ni kan??? dari kecil beralih ke remaja... dari remaja beralih ke alam dewasa... dari dewasa ke alam keibubapaan... kemudian melahirkan anak... sehinggalah usia semakin meningkat ke umur mendekati kematian... Tanya diri kita sendiri... sudah cukupkah 'amal kita untuk menjadi bekalan menghadap hari perhitungan kelak???




Lihat di sana sini... di langit, kelihatan burung berterbangan di udara... Cuba lihat di padang, di dahan dan di ranting-ranting pokok... Kelihatan burung-burung sedang berkicau riang bertasbih memuji kebesaran Allah dengan bahasa mereka yang tersendiri yang telah diilhamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...


Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Pergunakanlah sebaik-baiknya pancaindera yang diciptakan untuk mengenali Allah. Dan ketahuilah bahawasanya, Allah tidak sama dengan makhluq yang diciptakan-Nya...


Imam Ar-Rifa'ie pernah berkata:
" غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَانٍ"
Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala) adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

Taatilah perintah Allah semampu yang terdaya. Jangan sesekali mengabaikan solat fatdhu... Tunaikanlah kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita walau apa keadaan kita sekalipun. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...Berusahalah agar kematian kita nanti dalam husnul kotimah (mati dalam keadaan yang baik)...


Tugas seorang manusia bahkan jin sekalipun telah pun dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya:

{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ } (الذاريات/56).
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”


P/s: Mohon maaf dunia akhirat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada secara sedar mahupun tidak.

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah