Monday, October 26, 2009

RENUNGKAN KEBESARAN ALLAH: JANGAN RAGU KEWUJUDANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir dan Pencipta alam. Dia Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dia-lah yang menciptakan segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi... Selawat dan salam buat kekasih Allah, utusan yang mulia Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan sekalian orang-orang beriman dan pejuang kebenaran hinggalah yaumul qiyamah.


Assalaamu'alaykum wa rohmatuLlahi wa barakatuh...
Musilimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah... Bacalah artikel ini dengan MATA HATI yang disinari dengan nuriman yang mendambakan redho Allah dan mengharap ketenangan hati...

Mari kita renungkan penciptaan alam ini. Rehatkan minda dan tenangkan hati dengan mengingati kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah...Bukankah dengan mengingati Allah kita dijanjikan-Nya ketenangan hati ???


Firman Allah Subnahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran: 190-191)


Maha Suci Allah...cuba kita lihat gambar bumi... satu planet yang diciptakan Allah. Yang didiami oleh manusia... Bumi yang bulat berpusing-pusing mengelilingi matahari...kejadian yang diaturkan Allah ini menyebabkan berlakunya siang dan malam. SubhanaLlaah... tidak pernah sama sekali berlaku pertembungan...Tidak kah kita mahu menggunakan aqal fikiran untuk memikirkan kejadian yang hebat ini??? Adakah semua itu boleh terjadi dengan sendirinya???


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Allah menciptakan pelbagai jenis haiwan. Ada yang hidup di dalam air.dan ada yang di darat.. Semuanya menjalani kehidupan sesuai dengan kejadian ciptaan mereka... Ada yang boleh dimakan, ada yang menjadi tunggangan, ada yang berkaki dua, ada yang berkaki empat, ada yang hidup tak bertulang belakang... secara ringkasnya, kejadian penciptaan tersebut sudah menunjukkan betapa ada Dzat Yang maha Agung Maha Kuasa yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi ini...

Tidakkah kalian ingin beriman? Masih kah kalian angkuh daripada menyembah Allah Yang Menciptakan diri anda hingga sanggup dan berani melakukan maksiat secara tersembunyi mahupun terang-terangan? tanpa segan silu?? Sibuk berhibur hingga melupakan tanggungjawab sebagai muslim??? Sibuk mengumpul harta hingga kewajipan solat dan membayar zakat diabaikan??? Marilah kita tepuk dada, tanya iman... Bukan tanya selera...tanya selera, nafsu yang menjawabnya...


Atau kalian masih ragu akan kewujudannya??? Firman Allah ta'ala :

" أََََفِي اللهِ شَكٌّ "
Maknanya: “ Apakah ada keraguan terhadap Allah ?!”.(Surah Ibrahim : Ayat 10)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Comelnya anak kucing ni kan??? dari kecil beralih ke remaja... dari remaja beralih ke alam dewasa... dari dewasa ke alam keibubapaan... kemudian melahirkan anak... sehinggalah usia semakin meningkat ke umur mendekati kematian... Tanya diri kita sendiri... sudah cukupkah 'amal kita untuk menjadi bekalan menghadap hari perhitungan kelak???




Lihat di sana sini... di langit, kelihatan burung berterbangan di udara... Cuba lihat di padang, di dahan dan di ranting-ranting pokok... Kelihatan burung-burung sedang berkicau riang bertasbih memuji kebesaran Allah dengan bahasa mereka yang tersendiri yang telah diilhamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...


Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Pergunakanlah sebaik-baiknya pancaindera yang diciptakan untuk mengenali Allah. Dan ketahuilah bahawasanya, Allah tidak sama dengan makhluq yang diciptakan-Nya...


Imam Ar-Rifa'ie pernah berkata:
" غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَانٍ"
Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala) adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

Taatilah perintah Allah semampu yang terdaya. Jangan sesekali mengabaikan solat fatdhu... Tunaikanlah kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita walau apa keadaan kita sekalipun. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...Berusahalah agar kematian kita nanti dalam husnul kotimah (mati dalam keadaan yang baik)...


Tugas seorang manusia bahkan jin sekalipun telah pun dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya:

{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ } (الذاريات/56).
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”


P/s: Mohon maaf dunia akhirat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada secara sedar mahupun tidak.

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah

Thursday, October 22, 2009

MAJLIS HAUL IMAM AL-HADDAD - 27.OKT.09 (SELASA)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa " Majlis Haul Imam Al-haddad Rahimahullah " akan diadakan di Pondok Baitul Qurra’ pada 27 Oktober 2009 (Selasa)
.

Majlis ini akan dihadiri oleh Ulama' Besar dari Hadramaut , Yemen, iaitu Habib Mokhsein iaitu Timbalan kepada pemegang keturunan anak anak, cucu cucu Rasulullah (selawat dan salam keatas Baginda) dari sebelah keturunan Imam Al-haddad.

Secara ringkasnya, majlis ini akan dimulakan dengan bacaan Ratib Imam Al-haddad diikuti Solat Magrib berjemaah,bacaan Qasidah oleh para pelajar Baitul Qurra , Majlis Tazkirah oleh al_habib Mokhsein, , Solat Ishak berjemaah dan diakhiri dengan jamuan makan. Harap kepada semua dapat menghadiri majlis ini andai berkesempatan.

SUMBER: http://baitul-qurra.blogspot.com/2009/10/majlis-haul-imam-al-haddad.html

p/S: MUDAH-MUDAHAN MAJLIS BERJALAN LANCAR. BAROKALLAAHU FIIKUM

Junjungan Nabi SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:-

"Mengingati / menyebut para nabi termasuk dalam perbuatan ibadah, mengingati orang-orang sholeh adalah kaffaarah (pelebur dosa kesalahan), mengingati mati itu adalah sedekah dan mengingati kubur itu mendekatkan kamu dengan syurga."
Hadits ini diriwayatkan Imam ad-Dailami dalam "Musnad al-Firdaus" daripada Sayyidina Mu`adz RA dengan sanad yang dinilai sebagai dhoif. Dhoif - dhoif pun hadits jugak, tetap ada kemungkinan sabdaan Junjungan SAW. Oleh itu, mari kita raikan majlis haul Imam al-Haddad dan majlis-majlis yang seumpamanya. Mudah-mudahan majlis khair ini akan menarik kepada majlis-majlis kebajikan yang lain. (Petikan dari:http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/10/jom-haul.html)

BACAAN RATIB AL-HADDAD






















SUMBER: http://www.iqra.net/site/RatibAlHaddadArabic
dan http://www.alhawi.net/ratib_al.htm