Showing posts with label 'AQEEDAH. Show all posts
Showing posts with label 'AQEEDAH. Show all posts

Monday, October 26, 2009

RENUNGKAN KEBESARAN ALLAH: JANGAN RAGU KEWUJUDANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir dan Pencipta alam. Dia Maha Kuasa, Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dia-lah yang menciptakan segala apa-apa yang ada di langit dan di bumi... Selawat dan salam buat kekasih Allah, utusan yang mulia Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan sekalian orang-orang beriman dan pejuang kebenaran hinggalah yaumul qiyamah.


Assalaamu'alaykum wa rohmatuLlahi wa barakatuh...
Musilimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah... Bacalah artikel ini dengan MATA HATI yang disinari dengan nuriman yang mendambakan redho Allah dan mengharap ketenangan hati...

Mari kita renungkan penciptaan alam ini. Rehatkan minda dan tenangkan hati dengan mengingati kejadian-kejadian yang menunjukkan kebesaran serta kekuasaan Allah...Bukankah dengan mengingati Allah kita dijanjikan-Nya ketenangan hati ???


Firman Allah Subnahu wa Ta'ala:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. (Yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Ya Robb kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka (Ali Imran: 190-191)


Maha Suci Allah...cuba kita lihat gambar bumi... satu planet yang diciptakan Allah. Yang didiami oleh manusia... Bumi yang bulat berpusing-pusing mengelilingi matahari...kejadian yang diaturkan Allah ini menyebabkan berlakunya siang dan malam. SubhanaLlaah... tidak pernah sama sekali berlaku pertembungan...Tidak kah kita mahu menggunakan aqal fikiran untuk memikirkan kejadian yang hebat ini??? Adakah semua itu boleh terjadi dengan sendirinya???


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Allah menciptakan pelbagai jenis haiwan. Ada yang hidup di dalam air.dan ada yang di darat.. Semuanya menjalani kehidupan sesuai dengan kejadian ciptaan mereka... Ada yang boleh dimakan, ada yang menjadi tunggangan, ada yang berkaki dua, ada yang berkaki empat, ada yang hidup tak bertulang belakang... secara ringkasnya, kejadian penciptaan tersebut sudah menunjukkan betapa ada Dzat Yang maha Agung Maha Kuasa yang menciptakan segala apa yang ada di langit dan di bumi ini...

Tidakkah kalian ingin beriman? Masih kah kalian angkuh daripada menyembah Allah Yang Menciptakan diri anda hingga sanggup dan berani melakukan maksiat secara tersembunyi mahupun terang-terangan? tanpa segan silu?? Sibuk berhibur hingga melupakan tanggungjawab sebagai muslim??? Sibuk mengumpul harta hingga kewajipan solat dan membayar zakat diabaikan??? Marilah kita tepuk dada, tanya iman... Bukan tanya selera...tanya selera, nafsu yang menjawabnya...


Atau kalian masih ragu akan kewujudannya??? Firman Allah ta'ala :

" أََََفِي اللهِ شَكٌّ "
Maknanya: “ Apakah ada keraguan terhadap Allah ?!”.(Surah Ibrahim : Ayat 10)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Comelnya anak kucing ni kan??? dari kecil beralih ke remaja... dari remaja beralih ke alam dewasa... dari dewasa ke alam keibubapaan... kemudian melahirkan anak... sehinggalah usia semakin meningkat ke umur mendekati kematian... Tanya diri kita sendiri... sudah cukupkah 'amal kita untuk menjadi bekalan menghadap hari perhitungan kelak???




Lihat di sana sini... di langit, kelihatan burung berterbangan di udara... Cuba lihat di padang, di dahan dan di ranting-ranting pokok... Kelihatan burung-burung sedang berkicau riang bertasbih memuji kebesaran Allah dengan bahasa mereka yang tersendiri yang telah diilhamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala...


Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Pergunakanlah sebaik-baiknya pancaindera yang diciptakan untuk mengenali Allah. Dan ketahuilah bahawasanya, Allah tidak sama dengan makhluq yang diciptakan-Nya...


Imam Ar-Rifa'ie pernah berkata:
" غَايَةُ الْمَعْرِفَةِ بِاللهِ الإيقَانُ بِوُجُودِهِ تَعَالى بِلاَ كَيْفٍ وَلاَ مَكَانٍ"
Maksudnya: “Setinggi-tinggi ma’rifatullah (mengenal Allah ta’ala) adalah dengan meyakini bahawa Allah ta’ala ada tanpa bentuk dan tanpa tempat”.

Taatilah perintah Allah semampu yang terdaya. Jangan sesekali mengabaikan solat fatdhu... Tunaikanlah kewajipan yang telah difardhukan ke atas kita walau apa keadaan kita sekalipun. Kita hidup di dunia ini hanyalah sementara...Berusahalah agar kematian kita nanti dalam husnul kotimah (mati dalam keadaan yang baik)...


Tugas seorang manusia bahkan jin sekalipun telah pun dinyatakan oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam firman-Nya:

{ وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإِنسَ إِلاَّ لِيَعْبُدُونِ } (الذاريات/56).
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”


P/s: Mohon maaf dunia akhirat atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan samada secara sedar mahupun tidak.

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah

Wednesday, July 22, 2009

MI'RAJ DAN SYUBHAH TEMPAT BAGI ALLAH

Bercerita tentang mi'raj Junjungan Nabi SAW, maka kerap-kali berlaku salahfaham pada segelintir masyarakat, di mana sesetengah "pendakwah" menggunakan peristiwa ini sebagai hujjah bahawa Allah ta'ala itu bertempat dan berarah, subhanAllah. Sedangkan mi'raj itu adalah sesuatu yang dialami oleh seorang hambaNya yang paling utama, Junjungan Nabi SAW, yang bermi'raj itu adalah baginda, Allah adalah yang memi'rajkan baginda. Maka yang bertempat dan yang mengambil tempat itu adalah hamba, dan sekali-kali bukan Allah SWT yang mengambil tempat. Di sinilah kita kena membezakan isyarat kepada makanah (darjat kedudukan) dan kepada makan (tempat).

Jika dikatakan tatkala Junjungan Nabi naik ke langit, maka kedudukan baginda menjadi lebih hampir kepada Tuhan, maka persoalannya ialah adakah dengan keberadaan baginda di bumi setelah mi'raj itu menjadikan baginda berada lebih jauh dari Tuhan? Sudah tentu tidak, kerana wujudnya Allah tidak bertempat, tidak berjarak, tidak berarah, wujudnya Allah berbeza dan menyalahi segala yang baharu.

Sama juga dengan keadaannya jika dibuat perbandingan dengan peristiwa Nabi Yunus AS yang ditelan ikan dan dibawa ke dasar lautan. Jika Tuhan itu bertempat di langit, maka adakah dengan beradanya Nabi Yunus di dasar lautan itu baginda berada jauh dari Tuhan? Sungguh Allah sentiasa dekat dengan hamba-hambaNya yang sholeh dengan rahmatNya dan kasih-sayangNya. Juga dekat dengan hamba-hambaNya yang derhaka dengan kemurkaan dan seksaanNya.

Prof. Dr.a-Muhaddits Habib Muhammad bin 'Alawi bin 'Abbas bin 'Abdul 'Aziz al-Maliki Al-Hasani Rahimahumullah

Prof. Dr. al-Muhaddits Habib Muhammad bin `Alawi bin `Abbas bin `Abdul `Aziz al-Maliki al-Hasani rahimahumUllah, adalah antara ulama yang memperjelaskan waham yang ditimbulkan oleh puak yang menempatkan Allah di sesuatu tempat, subhanAllah. Dalam karya beliau yang berjodol "Wa Huwa bil Ufuqil A'laa", beliau rahimahUllah menyatakan sebagai berikut:-
Tidak sepatutnya seseorang muslim yang mendengar kisah mi'raj mengenai naik dan turunnya Junjungan Nabi SAW ke langit, untuk menyangka bahawa antara hamba dan TuhanNya terdapat jarak yang tertentu yang dapat dijangkau, kerana sangkaan yang sedemikian adalah suatu kekufuran, yang mana kita berlindung dengan Allah daripadanya. Bahawasanya naik dan turun ini hanya dinisbahkan kepada hamba (yakni Junjungan Nabi SAW) dan bukannya kepada Tuhan.

Meskipun Junjungan Nabi SAW pada malam isra' tersebut berkesudahan dengan mencapai jarak kedudukan seumpama dua anak panah atau lebih hampir lagi, tetap baginda tidak melepasi maqam / kedudukan seorang hamba.
Dan keadaan baginda dengan Nabi Yunus bin Matta AS ketika ditelan ikan serta dibawanya ke lautan lepas sehingga ke dasar lautan adalah sama, dalam hal ketiadaan jarak bagi Allah dengan ciptaanNya, ketiadaan arah, ketiadaan mengambil tempat, ketiadaan had pembatas, dan ketiadaan dapat dijangkau (yakni bukanlah artinya bila Junjungan Nabi SAW mi'raj ke atas maka baginda lebih hampir kepada Tuhan berbanding Nabi Yunus yang dibawa ikan ke dasar lautan dari segi tempat dan jarak - satu di atas dan satu di bawah - kerana Allah tidak bertempat sehingga boleh didekati atau dihampiri dengan diputuskan jarak yang tertentu.)

Dan telah dikatakan oleh segelintir ulama, bahawa ikan tersebut telah membawa Nabi Yunus sejauh perjalanan 6,000 tahun, sebagaimana disebut oleh Imam al-Baghawi dan selainnya.
Apabila telah engkau ketahui yang sedemikian, maka yang dikehendaki dengan naiknya Junjungan Nabi SAW dan menempuhnya baginda jarak yang jauh tersebut adalah untuk menzahirkan / menyatakan kedudukan baginda kepada penghuni langit dan menyatakan bahawasanya bagindalah makhluk Allah yang paling utama. Pengertian ini diperkuatkan lagi dengan dijadikan buraq sebagai tunggangan baginda, lalu dihubungkan bagi baginda akan mi'raj (alat untuk naik ke langit), dijadikan baginda imam bagi para nabi dan malaikat, sedangkan Allah ta'ala berkuasa untuk mengangkat baginda tanpa buraq dan mi'raj.
Maka diisra` dan dimi`rajkan Junjungan Nabi SAW dengan menggunakan makhluk seperti buraq dan mi'raj adalah untuk menzahirkan kemuliaan dan ketinggian baginda di antara sekalian makhluk. Inilah hakikat sebenar mi'raj Junjungan SAW ke langit, agar dipersaksikan kepada segala penghuni langit akan darjat ketinggiannya penghulu sekalian makhluk. Tidaklah ia menunjukkan Allah berada di sesuatu tempat, Maha Suci Allah daripada mengambil faedah dari makhlukNya dan Maha Suci Ia daripada mengambil bagi lapang.
ِ

http://bahrusshofa.blogspot.com/2009/07/miraj-syubhah-tempat-bagi-allah.html
**********************************************
الله موجود بلا مكان

Thursday, July 16, 2009

WAHAI DIRI...INSAFLAH!

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa, Tuhan Pencipta dan Pentadbir sekalian 'alam. Maha Suci Allah, Tuhan Yang Maha Adil. Dia memberi keampunan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan meng'azab kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Sungguh, Dia-lah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahlul bayt, sekalian para sohabat, para tab'ien, para 'ulama haq, para waliyuLlah, dan sekalian para pejuang dan pengikut kebenaran sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia hingga akhir zaman. Aameen.



Lahirmu kerana satu tujuan
Hidupmu bukan sekadar mengecap kenikmatan
Kemanisan dunia tidak akan berkekalan
Jangan sampai kau sesat di hujung jalan

Wahai diri...hari-harimu berlalu tanpa kau sedari...
(Ayat seterusnya... klik video di atas:)
Bacalah dengan mata hati...
Moga kita benar-benar membawa keinsafan dalam diri




p/s: Salam ukhuwwah, salam perpaduan dari ana. Ana mohon maaf dunia akhirat pada sekalian sahabat-sahabat kerana dah lama ana tak update blog ana. Sepanjang bulan mei-jun ana sibuk ngan kursus dan beberapa siri program yang telah diaturkan sejak awal tahun lagi. Oleh itu, ana kurang ada kesempatan nak update blog. Maaf sgt2... Skrg ni pula, ana kena athma lagi...Allahu akbar, kesakitan ini mengingatkan dan menyedarkan ana betapa perlunya kita menghargai masa kita. Memanfaatkannya dengan sebaiknya. Untuk kebahagiaan dunia dan akhirat. Doakan ana al-faqiroh wad-dhoi'fah ilaLlaah.