Monday, April 13, 2009

ALLAH PENCIPTA...MAKHLUQ DICIPTA

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. Tuhan yang mencipta dan mentadbir 'alam jagat raya. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluq yang diciptakan-Nya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak bagi diri-Nya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kekasih ALlaah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sekalian para mujaahideen penegak kalimah tauhid , penyampai dan pencari kebenaran di muka bumi ALlaah yang fana' ini hingga hari qiamat. Aameen.





Sesungguhnya segala yg baharu yg wujud seperti
segala benda dan segala amalan perbuatan adalah diciptakan oleh Allah Ta'ala. Dan Allah Ta'ala Maha Mencipta daripada sekecil-kecil makhluq seperti zarah mahupun sebesar-besar makhluq seperti 'arasy. Dan daripada segala perbuatan hamba seperti diam, niat di hati, lintasan di hati adalah juga diciptakan/dijadikan oleh yang Maha Mencipta (
الخالقُ) iaitu Allah Ta'ala.

Hendaklah kita ketahui juga bahawa segala yg baharu yg wujud itu berlaku bukan secara tabiat dan bukanlah juga berlaku dengan 'illah, bahkan segala yang perkara yg baharu yg wujud itu adalah dengan Kehendak Allah Ta'ala berserta KekuasaanNya dan IlmuNya yang Azali.

(لا طبيعةٌ ولا علّةٌ بل دخولُهُ في الوجودِ بمشيئةِ الله وقدرتِهِ، بتقديرهِ وعلمهِ الأزليّ)

Firman Allah Ta'ala:
وَخَلَقَ كُلَّ شَيْءٍ
Dan Dialah (Allah) Yang Menciptakan Segala Sesuatu
[Surah al-Furqan: 2]

Telah Berkata Imam an-Nasafi:

فإذا ضربَ إنسانٌ زجاجًا بحجرٍ فكسرهُ، فالضربُ والكسرُ والانكسارُ بخلقِ الله تعالى
Maka Apabila Manusia Itu Memukul Kaca Dengan Batu Dan Memecahkannya, Maka Pukulan, Perbuatan Memecahkan Kaca Dan Pecahan Kaca Itu Adalah Diciptakan/Dijadikan Oleh Allah Ta'ala

Dan tiadalah apa yang ada pada hamba melainkan usaha (
فليسَ للعبدِ إلا الكسبُ), di mana segala apa yang berlaku adalah ciptaan Allah Ta'ala.

Firman Allah Ta'ala:
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Ke Atasnya Pahala Kebaikan Apa Yg Diusahakannya Dan Ke Atasnya Dosa Kejahatan Apa Yg Diusahakannya
[Surah al-Baqarah: 286]


Ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Ta'ala adalah al-Qadim (Tiada Permulaan KewujudanNya) ya'ni Azali, manakala apa selainNya adalah baharu (فهو القديمُ وما سواهُ حادثٌ). Dan Allah Ta'ala adalah Pencipta segala sesuatu, manakala selainNya adalah makhluq (وهوَ الخالقُ وما سواهُ مخلوقٌ). Dan termasuk daripada mahkluq itu adalah 'alam, manusia, syurga, neraka, 'arasy, kursi, malaikat, jin, langit, tempat, masa dan segala-galanya selainNya di mana kesemuanya diciptakan oleh Allah Ta'ala daripada tiada kepada ada dengan bersifat baharu (makhluq itu adalah baharu).



Sumber:
http://ar-rifaeyy.blogspot.com/

P/s: Tiada yang kekal di dunia ini... semuanya akan binasa. sebagaimana firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:
ولا تدع مع الله إلها ءاخر، لآ إله إلا هو، كل شىء هالك إلا وجحه، له الحكم وإليه ترجعون
Maksudnya:"Janganlah kamu sembah di samping (menyembah Allah), tuhan apa pun yang lain. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Tiap-tiap sesuatu PASTI BINASA, KECUALI ALLAH. Bagi-Nya segala penentuan, dan hanya kepada-Nyalah kamu dikembalikan"
(Surah Al-Qashash: ayat 88)

Apa-apa yang ada di langit dan di bumi dan di antara keduanya adalah ciptaan Allah. Apa jua yang kita miliki, hakikatnya adalah milik Allah jua. Kita ini hanyalah peminjam, dan sudah pasti kita perlu memulangkan semula segala pinjaman kita kepada Yang Meminjamkan kepada kita. Sedarlah, sesungguhnya dunia ini hanyalah tempat persinggahan. Kita adalah musafir yang berkelana, yang bersinggah sebentar di dunia yang fana' mengutip bekalan sebanyak-banyaknya, dan sudah tentu bekalan yang kita usahakan itu, adalah sebaik-baik bekalan untuk persiapan "hari esok"...

Mohon maaf dunia akhirat seandainya ada bahasa yang tidak sedap di dengar, x enak di hati. Mohon teguran dari sahabat-sahabat seandainya ana ada melakukan kesalahan yang bercanggahan dengan syarak.

Min ana al-faqiroh wad-dhoi'fah ila rabbihi

Sunday, April 12, 2009

KEMATIAN SUATU YANG PASTI

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian milik Allah Tuhan Pencipta & Pentadbir 'Alam. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan apa-apa yang ada di bumi dan di antara keduanya. Dia Yang Menghidupkan dan Dia Yang Berkuasa Mematikan. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda dan sahabat-sahabat baginda (yang dimuliakan Allah), dan sekalian para pencari dan penegak kebenaran lillaahi Ta'ala. Aameen.



Ya Allah, berikanlah kami kesempatan untuk memperbaiki diri, menjadi hamba yang lebih dekat dengan Mu, menjadi hamba yang menghadap-Mu dengan penuh kerelaan dan kebahagiaan…

bukan menjadi hamba yang menyesal telah menyia-nyiakan waktu yang ada ini hanya untuk bersenang-senang di dunia yang sementara ini…

Duhai Allah yang Maha Menghidupkan dan Mematikan…
Jikalau sudah waktunya kami menghadap-Mu…
Maka matikanlah kami dalam keadaan iman, islam, dan dengan khusnul khotimah kami Menghadap-Mu… pertemukanlah kami, dengan keluarga kami, bapa,ibu, saudara, teman, seiman dan seislam dalam jannah-Mu (surga-Mu) yang penuh dengan kenikmatan yang telah Engkau janjikan kepada kami

Ya Allah... Hidupkanlah kami dengan iman, matikanlah kami dengan, himpunkanlah kami beserta iman dan masukkanlah kami ke jannah Mu dengan iman...

Ya Allah.. Hidupkanlah kami sebagaimana hidupnya para 'ulama dan mujahidin, dan matikanlah kami sebagaimana matinya para syuhada' dan para soleheen...Aameen

Muslimin dan muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Kematian adalah suatu kepastian... Jika "sampai" waktunya, maka kita akan "pasti" akan "dijemput pulang"... tanpa ada kesempatan mohon ditangguhkan satu saat lagi...

Bermula saat kita hadir di rahim ibu kita, hinggalah kita dilahirkan ke dunia... sehinggalah kita membesar dan diberi kesempatan meniti usia fasa demi masa. Daripada bayi, kemudian beralih kepada kehidupan kanak-kanak, kemudian kepada remaja, kemudian kepada belia, kemudian dewasa, kemudian tua...kemudian ...akan tibalah "saat itu"...



Tapi pastikah kita? yaqinkah kita bahawa kita akan melalui semua fasa kehidupan itu... Berapa ramai yang meninggal dunia dalam usia yang muda? berapa ramai yang meninggal dunia ketika masih lagi di alam kanak-kanak dan remaja. Bahkan ada yang meninggal ketika masih bayi lagi dan tidak kurang juga yang meninggal dunia ketika masih dalam kandungan ibu lagi... fikir-fikirkanlah wahai diriku dan sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah...


Sekembalinya ana dari menghadiri usrah petang tadi (jam 5 ptg), adik ana memaklumkan tentang berita pemergian atok (sebelah ayah ana).. tak lama selepas tu, ana menghubungi ayah ana... ayah ana memaklumkan, pagi tadi... arwah atok sempat pi pekan membeli-belah, dan kemudian singgah di kedai kopi bersembang dengan kawan-kawan yang seangkatan dengannya... selepas tu, atok pi majlis kenduri kahwin di kampung... kemudian dipendekkan cerita... atok pulang ke rumah beliau dan anak-anaknya menyambut hari ulang tahun beliau yang ke 67 tahun... selesai majlis makan kek, kemudian sesi bergambar... tiba-tiba atok rasa sakit perut... dan dikejarkan ke hospital... dalam perjalanan ke hospital, atok memeluk adik iparnya (Hassan) sambil berkata "mungkin aku dah nak mati ni San"... sampai di hospital dan dimasukkan ke emergency... "_____________" tiada lagi degupan jantung... Atok dah "dijemput pulang" Innalillaahi wa inna ilaihi roji'un. Al-Fatihah untuk Arwah Atok.

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita sama-sama bermuhasabah... bila? dimana? bagaimana? saat kematian menjemput kita... ??? Yang PASTI, saat itu akan TIBA JUA AKHIRNYA tanpa boleh ditangguh-tangguh...


Persoalannya...
Telah bersiap-sediakan kita? bagaimana dengan 'amalan kita? Sudahkah kita merancang saat kematian kita? dan satu lagi perkara penting ialah fahaman 'aqeedah kita... pastikan fahaman 'aqeedah kita adalah benar...
'Aqeedah benar maka syurga balasannya, fahaman 'aqeedah salah maka neraka balasannya...(na'uzubillaahi min zalik)

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Kita selalu sibuk merancang untuk tujuan kehidupan kita... esok pi kerja nak pakai apa? esok nak makan apa? esok nak jumpa sape? esok nak kahwin dengan sape? esok tu... esok ni... macam-macam pertanyaan yang pelbagai bentuk dan merangkumi pelbagai aspek yang berlegar-legar di kotak fikiran kita...

Pernah dalam satu bengkel perbincangan tentang pengurusan hidup, dinyatakan bahawa terdapat 6 lapangan dalam hidup (5K, 1I)... Iaitu kerohanian, 'ilmu,kesihatan, kewangan, keluarga dan kerjaya. Itulah lapangan yang harus dirancang, diusahakan dan dijaga agar kestabilan hidup terjamin.

"Kita mesti merancang tahap kerohanian kita. Bagaimana iman kita, turun naiknya. Apakah 'amalan wajib dan sunat yang perlu dilaksanakan secara istiqomah agar indeks kerohanian kita meningkat dari semasa ke semasa...Begitu juga dengan tahap 'ilmu. Bagaimana kita terus belajar menambah 'ilmu agama, kemahiran keibubapaan, pengurusan kewangan dan lain-lain bidang yang diperlukan untuk mengurus diri, keluarga dan kerjaya" (Dipetik daripada majalah Anis, keluaran April 2009 di ruangan Kemudi Hati)



Tapi pernahkah kita membuat perancangan untuk kematian kita? Persiapan untuk kehidupan "di sana"? Walau apapun keadaan, mau atau tidak, apa yang akan kita perolehi "di sana" adalah (atas rahmat dan izin-Nya) bergantung kepada apa yang kita lakukan "di sini" (di dunia yang fana' ini)...

Jam 9 mlm tadi ana TERtengok TV rancangan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ketika menjamah nasi tadi (keluarga membuka channel tersebut.. mau tak mau... Tertengoklah rancangan tu sekejap...untuk menjaga hati ana cepat-cepat menghabiskan makanan dan masuk ke bilik semula... Astaghfirullaah al-'azhim. terkedu ana melihat dan terlihat ketika itu, seorang penyanyi wanita yang dah berusia mungkin 50 tahun lebih, yang layak bergelar nenek terkinja-kinja menari di hadapan pentas... kemudian selepas itu, muncul pula penyanyi yang baru, hasil graduan Akademi Fantasia, yang juga seorang penyanyi wanita tetapi masih muda remaja... Kepada golonga artis yang ana hormati, ana menyeru diri ana sendiri dan kalian... kembalilah ke pangkal jalan...jauhi maksiat... takutlah kepada Allah...umur adalah MODAL kita untuk kehidupan di sana... maka jangan dipersiakannya...

Teringat ana dengan kata-kata seorang penceramah (lebih kurang macam ni bunyinyer):
"gigi makin gugur... pipi makin kendur... mata pun makin kabur.... uban semakin berterabur... yang menunggu hanya lubang kubur"...
Sabda Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam
Maksudnya: "Ada tiga perkara yang mengikuti mayat sesudah wafatnya, iaitu keluarganya , hartanya, dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersamanya adalah amalnya.
(HR.Bukhari Muslim)

Muslimin muslimat, yang se'aqeedah, seiman dan seislam yang ana kasihi kerana Allah...

Marilah kita merancang dan menyiapkan "bekalan" sebanyak-banyaknya … untuk hari "yang pasti" akan kita lalui... hari ketika kita tidak lagi boleh mengelak...segala hal yang dikatakan oleh jasad kita tentang diri kita sendiri ketika di dunia... tentang apa yang kita pandang, tentang apa yang kita katakan, tentang yang apa kita perbuat, tentang segala hal yang kita jalani selama hidup kita. Tubna ilallaah... Wa roja'na ilallaah... wa nadimnaa 'ala maa fa'alnaa... sudah berapa banyak dosa dan kemaksiatan yang telah kita lakukan pada Allah… apakah kita bersedia menanggungnya di yaumul hisab (di hari perhitungan nanti) ….yang pilihannya antara dua... AL-JANNAH AU AN-NAAR...

Muslimin muslimat yang ana hormati dan hargai pada jalan Allah...
Dengan hormat dan rasa kasihnya ana pada jalan Allah terhadap kalian... ana menyeru diri ana sendiri dan sekalian muslimin dan muslimat... Hargailah masa yang diberikan Allah kepada kita. Manfaatkannya dengan sebaik-baiknya...


Marilah kita bertaubat kepada Allah...

Marilah kita mempersiapkan diri kita... Marilah kita memperbanyakkan 'amal soleh... melakukan kebaikan sebanyak-banyaknya, mentaati kedua ibu-bapa...Marilah kita kembali menempuh jalan-jalan yang diredhoi Allah... Jauhilah permusuhan sesama kita.. Marilah kita bersatu dan menyatukan umat ini. Marilah kita memuliakan diri kita dengan ISLAM iaitu memahami dan ber'amal dengan 'aqeedah yang benar, mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya.


Ingatlah bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala tela berfirman dalam surah Al-Ankabut, ayat 69:
"Dan orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak Kami, sesungguhnya Kami pimpin mereka ke jalan -jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang yang berusaha membaiki 'amalannya"
P/s: Artikel ini sebagai muhasabah khusus bagi diri ana dan juga sekalian pembaca yang ana hormati pada jalan Allah. Moga ianya bermanfaat dan dapat dimanfaatkan. Mohon maaf duni akhirat atas tutur bicara mahupun tindakan yang mengguris hati mana-mana pihak. Adalah menjadi kewajipan kita berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran.

Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallah (T_T)

PERINGATAN BUAT PARA PENDAKWAH (T_T)

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Jika niat atau dorongannya telah tercampur dengan kerana -kerana lain atau ada terselit niat-niat lain di dalam kerana Allah itu, dorongannya bukan satu lagi tapi sudah menjadi dua atau tiga. Misalnya, niat membuat kerja itu dicampur sama kerana riyak, megah, nama, glamour, pangkat, duit, kerana orang minta, kerana takut orang tidak suka, untuk mental exercise, kerana boring di rumah, kerana hendak lari daripada masalah, kerana ingin sokongan atau undi, kerana hendak menguji kemampuan, kerana hendak berlawan, kerana hadiah, kerana piala, kerana kawan. Maka orang itu sudah tidak khalis lagi di dalam kerja-kerjanya. Ikhlas sudah tiada, sudah tidak murni, ikhlasnya telah ternoda.

Justeru apa yang dibuat itu `kerana Allah`nya telah bercampur dengan kerana-kerana yang lain. Oleh itu `kerana Allah`nya sudah tidak bersih atau tidak murni lagi, niatnya telah bersekutu. Niatnya telah syirik, iaitu syirik khafi.

Di Akhirat nanti Allah meminta orang itu, "Pergilah minta pahala daripada orang yang awak keranakan itu." Allah Taala tidak akan membalas kebaikan apa-apa kepada orang itu kerana tujuan dia beramal itu tidak kepada Allah lagi atau tidak sepenuhnya kerana Allah Taala tapi ada kerana yang lain selain Allah Taala.

Untuk berlaku ikhlas di dalam sebarang perbuatan kita amat susah sekali. Terutama kerja-kerja dan amalan yang ada hubung kait dengan kepentingan umum atau dengan orang ramai atau amalan yang terdedah kepada pandangan umum seperti ceramah, dakwah, mengajar, belajar, gotong-royong, membaca Al Quran di hadapan khalayak, forum, wawancara, memberi hadiah, memberi bantuan di hadapan umum atau di hadapan orang ramai.
Lebih-lebih lagi bagi orang yang jarang memikirkan hati, kurang muhasabah hatinya, hatinya dibiar atau terbiar, jarang diambil tahu atau diambil kira, selalunya lebih banyak terjebak kepada tidak ikhlas. Ramai yang nawaitunya tercampur dengan hal-hal huzuzunnafsi, kepentingan atau tujuan diri sama ada disedari atau tidak disedari kerana kurang menyuluh hati.

Adakalanya amalan itu awal-awal lagi nawaitu atau niatnya telah rosak. Ibarat membuat rumah atau bangunan di atas lumpur maka awal-awal lagi rumah atau bangunan itu runtuh di awalnya lagi. Kalau tidak di awalnya, rosak pula di pertengahan jalan. Kadang-kadang di awal-awal dan di pertengahan jalan masih hatinya kerana Allah, tidak bercampur kerana kerana yang lain selain Allah Taala, tapi dia terjebak di hujung atau di akhir perbuatannya.

Di sini saya datangkan contoh bagaimana ia boleh terjadi.

a. NIAT ROSAK DI AWAL LAGI

Katalah kita hendak berdakwah di satu tempat pada hari sekian. Sama ada kita yang membuat program itu, mahupun penduduk tempat itu menjemput kita. Hati kecil kita pun berkata: "Ha! Inilah masanya aku akan popular." "Aku akan terkenal!" "Adalah peluang duit poket!" "Aku akan hentam puak-puak ini yang menjadi musuh aku selama ini." "Barulah mereka tahu siapa aku!" "Padanlah muka mereka nanti!" Usaha dakwahnya rosak sama sekali!

Di awal-awal lagi sudah tidak ada keikhlasannya. Bukan kerana Allah Taala tapi kerana diri kita sendiri atau kerana tujuan menghentam, tapi kita menggunakan hak-hak Allah sebagai alat. Ini ibarat melukis di atas air atau membangunkan rumah di atas lumpur.


b. ROSAK DI PERTENGAHAN.
Bagaimana pula rosak di tengah-tengah atau di dalam perjalanannya. Mula-mula memang dibuat kerana Allah. Hati berkata: "Aku wajib menyampaikan seruan Allah itu. Lebih-lebih lagi peluang sudah ada atau sudah terbuka." "Aku mesti mengisi program itu. Aku tidak ada apa-apa keuzuran. Kalau aku tidak mengisi program itu nanti Allah marah. Insya-Allah aku akan pergi berdakwah di tempat itu." Waktu sedang menyampaikan dakwah dengan petahnya, dengan bahasa yang indah, dalil-dalil dan hujah-hujah yang fasih, orang ramai pun mengangguk-angguk. Begitu ceria muka mereka mendengarnya dan menerima apa yang kita sampaikan menunjukkan ada respon dari orang ramai.

Hati kita pun berbunga. Syaitan pun menghembus-hembuskan ke dalam hati untuk kita lupa dengan Allah. Kita pun terasa luar biasa. Hati kita pun membisikkan kepada kita:
"Hebat aku ni!" "Boleh tahan juga aku ini." "Payah juga orang lain hendak menandingi aku."

Di pertengahan dia rosak. Rosak di dalam perjalanan. Keikhlasannya tadi telah diungkaikannya semula. Dia telah berkongsi niat di antara Allah dengan dirinya sendiri, syirik khafi. Ibadahnya atau kebaikannya berdakwah itu telah dibatalkan. Ibarat membuat rumah atau bangunan, sedang membinanya belum pun siap lagi telah diruntuhkan semula.

c. ROSAK DI HUJUNG.

Di awalnya sebelum berdakwah itu niatnya sudah bagus. Dia hendak berdakwah di tempat dan masa sekian-sekian, tujuannya betul kerana Allah. Dia ingin menunaikan tanggungjawab untuk menyampaikan risalah Tuhan kepada umat. Apabila sampai masanya, berhadapan dengan orang ramai, dia pun menyampaikan dakwahnya. Di waktu itu hatinya masih baik. Belum tergugat lagi. `Kerana Allah Ta'ala`nya masih belum terungkai lagi...

Tapi dalam perjalanan pulang dari majlis dakwah itu, ada kawan yang sama-sama berada di dalam keretanya pun bercakap: "Ustaz bercakap tadi sedap betul." "Saya tengok orang ramai di majlis itu mengangguk saja tanda memberi respon." "Ustaz ni kalau terus-menerus boleh membuat dakwah ini, ustaz akan lebih lagi lincah dan matang." Hatinya terus berbunga. Ujub pun datang. Syaitan membisikkan di dalam hatinya bahawa dia orang yang mampu dan berkebolehan.

Dia telah lupa kemampuan itu anugerah dari Allah Taala yang Maha Pengurnia. Patut dia malu kepada Tuhan kerana Allah Taala telah memberi dia berkebolehan di dalam berceramah atau pidato. Maka terbatal pula ibadahnya. Pahala dakwahnya malam itu telah terkorban.
Ibarat membangunkan rumah atau bangunan, siap-siap sahaja rumah itu, ia pun runtuh. Apa yang kita bawa ini adalah sebagai satu contoh. Kita bolehlah kiaskan kepada usaha-usaha dan kerja-kerja yang lain.Apakah usaha dan kerja itu kita buat kerana Allah atau kerana kita seratus peratus atau bercampur kerana Allah dengan kerana kita.

Pesanan Tok Malau... tingkatkan iman , jagalah hati...hati tempat jatuhnya... pandangan Allah Jasad yang lahir tumpuan manusia... Utamakanlah pandangan Allah daripada pandangan manusia...

P/s: artikel ini ana ambik dari blog tokmalau.blogspot.com/ syukran tok coz izinkan ana copy artikel ni (",) Carilah redho Allah sungguhpun dalam murka Allah.. tapi amat berbahaya seandainya kita mencari redho manusia, sedangkan ketika itu Allah murka kepada kita... Na'uzubillahi min zalik.

Semoga Allah sentiasa memelihara niat kita berda'wah lillaahi Ta'ala. Aameen

Wednesday, April 8, 2009

TASAWWUF 1 (Peringatan buat pendakwah)

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian bagi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala. Tuhan yang mencipta dan mentadbir 'alam jagat raya. Wujud-Nya tanpa berhajat kepada tempat kerana tempat itu sendiri adalah makhluq ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang bersifat dengan sifat yang sempurna yang layak bagi diri-Nya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kekasih ALlaah Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda dan sekalian para mujaahideen penegak kalimah tauhid di bumi ALlaah hingga hari qiamat.


Hari ini dan semalam ibarat mengalir satu jalur cahaya yang hebat ke lubuk hati. Kalaulah kita meneliti alam Tuhan ini dengan jiwa yang bersih pasti akan bergetar segala punca nikmat dengan zikrullah.. Tiadalah apa jua walau satu pun yang terpinggir melainkan basah dengan zikrullah…Lantas, atas alasan apakah kita masih kabur terhadap lazat berbicara denganNya? Andai hati cemerlang dengan cahaya, pasti akan membenarkan jalan menemui kebenaran itu sangat luas, cuma kita yang menyempitkannya dengan kaburnya mengenal tawadhu’ dan zuhud. Kita mahkluk yang terpilih memikul beban yang berat, yang tiada satu mahkluk pun menyanggupinya, sesungguhnya pada Allah jualah juga kita memohon kudrat dan moga-moga biar basah hati, aqal dan ruh dengan mengingati Allah.

Al-Habib Al-Hadad pernah berkata:
"Hendaklah bicara orang 'alim yang mengenali Allah berlaku padanya tiga perkara:
1) Mengingatkan nikmat-nikmat (daripada Allah)
2) Melazimkan diri dalam ketaatan
3) Menjauhkan diri dari kemaksiatan

"Setiap 'alim yang terus berbicara dengan orang-orang awam dengan selain daripada tiga pekara ini, maka ia sebenarnya TUKANG FITNAH YANG BESAR"
(Dipetik daripada kitab Hikam, Terjemahan Syed Ahmad Semail)


Mawlana Abul Hassan Ali Nadawi pernah berkata

" Kepetahan berkata-kata dan keluasan ilmu tidak akan dapat memberi kesan yang hebat andai tidak disirami dengan kekuatan rohaniyah yang tinggi."

Diriwayatkan daripada Ibn Abbas RadhiyaAllah Anhuma telah berkata :

" HasbunAllah wa ni’mal al-wakil telah di sebut oleh Ibrahim a.s ketika dilemparkan ke dalam api, telah disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika mereka katakan padanya : " Sesungguhnya manusia telah berhimpun dan menakutkan mereka maka bertambahlah iman mereka dan berkata " حسبنا الله ونعم الوكيل" -

Hadith Sohih Bukhari.

(Dari Kitab "Makharij min al-fitan karya Mustafa ibn Al-Adwi)

P/s:

Sumber http://alqasam.blogsome.com/category/majlis-ilmu/ dan sedikit tambahan dr ana (T_T) al-faqiroh wad-dhifah ilaLllah. Ni jek yg ana sempat utk berkongsi buat masa ni. Moga adik Nurafina dan muslimin-muslimat termasuk diri ana sendiri dapat menjadikannya sebagai pengajaran dan peringatan kita sepanjang melalui jalan dakwah ini. insha'Allah

To buluh, yg bg komen... syukran atas info blog tu... ana tak bermaksud meletakkan tajuk ini sebagai definisi tasawwuf semata-mata...'Ilmu tasawwuf ini terlalu luas... pepun, syukran jaziilan...