Thursday, October 21, 2010

QADHA' PUASA 6 HARI BULAN SYAWAL ADAKAH DAPAT PAHALA PUASA SUNAT SYAWAL?

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Assalaamu'alaykum wa rahmatullaah..
Muslimin muslimat yang dirahmati Allah... Penulis mohon maaf atas kelewatan perkongsian 'ilmu berkaitan puasa qadha'. Sungguhpun sekarang dah masuk bulan Zulkaedah dan dah lepas bulan Syawal, tapi penulis yaqin persoalan ini tetap akan timbul saban tahun bahkan akan timbul "tetiba' di ruangan kotak fikiran kita... Sebagaimana telefon bimbit penulis, seringkali dihadiri pertanyaan-pertanyaan daripada adik-adik remaja dan sanak saudara berkenaan puasa qadha' tak kira bulan tak kira masa... Berikut antara soalan yang sering ditanya dan jawapan yang mudah-mudahan dapat difahami dengan mudah oleh semua pembaca:

(1). Boleh ke puasa qadha' digantikan sekali ngan puasa sunat di bulan
Syawal?
(2). Macamane pulak ngan pahalanya. Dikira berganda ke?
(3). Macamne nak mengqadha'kan puasa yang tertinggal 5 hari semasa saya
berumur 12 tahun (akil baligh) kerana saya ragu-ragu masih belum
mengqadha'kan puasa tersebut sebab tak tahu macamne nak buat.
(4). Ape bacaan niat puasa qadha' ek?

Berikut ada penerangannya yang ringkas insha'Allah padat dan menjawab persoalan-persoalan yang sering timbul di kotak fikiran kita...

1.Untuk soalan (1) dan (2)


1. Di sisi kebanyakan ulama niat puasa sunat boleh disertakan dalam niat puasa wajib dan bukan sebaliknya iaitu tidak boleh disertakan niat puasa wajib dalam puasa sunat. Perkara ini juga dinyatakan di dalam kitab Al-Minhaj karangan Imam Nawawi (Jilid 1/23) dan Syarahnya karangan Imam Jalaluddin Al-Mahalli.

2. Oleh itu dalam soal ini, seorang wanita muslimah yang mengqada'kan puasanya sebanyak 6 hari dalam bulan syawal juga akan mendapat pahala puasa sunat 6 hari di bulan Syawal berdasarkan kaedah tersebut dan pendapat ini dipegang oleh ulama-ulama mazhab Syafie serta telah difatwakan oleh Imam Al-Ramli (Fatwa Al-Ramli jilid 2/66).

3. Dalil yang dipegang oleh mereka adalah hadis baginda s.a.w yang berbunyi:

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال كان كصيام الدهر رواه مسلم

"Sesiapa yang berpuasa Bulan Ramadan kemudian mengekorinya dengan enam hari di Bulan Syawal maka seumpama dia telah berpuasa selama setahun"-
Riwayat Muslim.

Keterangan:

Rasulullah tidak menyatakan dalam hadis bentuk puasa yang perlu dilaksanakan untuk mendapat pahala selama setahun itu samada dalam bentuk puasa sunat atau wajib seumpama qadha' maka lafaz hadis adalah tergolong dalam lingkungan lafaz muthlaq. Yang dinyatakan hanyalah pahala itu diperolehi kepada sesiapa yang mengikuti puasa ramadhan dengan puasa syawal tanpa membataskan bentuknya. Kaedah syara' telah menyatakan bahawa mengikat lafaz muthlaq tanpa dalil adalah batal.

sumber: http://serambiazhari.blogspot.com



Untuk soalan (3)...tentang bacaan niat puasa qadha'

"Sahaja aku berpuasa qadha' pada esok hari kerana Allah Ta'ala"

Sebagaimana puasa fardhu di bulan Ramadhan, niat puasa qadha' ini juga hendaklah dibaca selepas matahari terbenam, dan sebelum terbit fajar...

P/s: Selamat ber'amal dan memanfaatkan 'ilmu yang diperolehi. Moga kita menjadi insan yang diredhoi lagi diberkati...

Sekian, wassalam.

Mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran bicara dan ucapan. Moga dikira sebagai 'ilmu yang bermanfaat untuk kita di dunia dan di akhirat.

min ana al-faqiroh ila rabbihi

No comments:

Post a Comment