Monday, April 25, 2011

SIRR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.Yang Menciptakan semua makhluqNya atas qudrat dan 'iradatNya. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat.

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...
Kaifa halukum sahabat2 seperjuangan di luar sana? Moga kita sentiasa beroleh taufiq hidayah Allah untuk bersama-sama mereka yang istiqomah memperjuangkan orang Islam pada jalan yang haq...

Syukur pada Mu ya Allah ku panjatkan kepada-Mu... dengan inayah taufiq hidayah Allah, akhirnya setelah berbulan tak dapat update blog, pada hari ini Allah beri kekuatan dan kesempatan berkongsi sedikit ilmu yang telah dikongsikan bersama sahabat-sahabat yang telah menjemput ana memberi ceramah baru-baru ini pada 16 April 2011 yang bertajuk SIR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM... masuk ini dah 3 kali ana diminta tajuk yang sama. Oleh kerana banyak permintaan untuk tajuk yang sama, maka itu ana rasa terpanggil untuk berkongsi inputnya di dalam blog ana yang usang ini...

Apabila disebut perkataan SIR...dari segi bahasanya maksudnya ialah RAHSIA...Dari segi istilah, maksudnya ialah sikap berahsia daripada menceritakan kepada orang lain tentang sesuatu... BIARLAH RAHSIA kata orang...

Sebelum ana meneruskan coretan ana di sini, ana nak tanya, pernah tak orang tanya pada kita, tapi kita tak nak orang lain tahu tentang cerita atau sesuatu yang ada pada kita itu. Kita cuba bersungguh-sungguh menyimpannya sebaik-baiknya. Takut orang lain tahu. Takut orang lain akan ambil kesempatan, takut orang akan buat itu buat ini kat kita, buat bukan-bukan kat kita??? Macam2 lagi gambaran takut yang memomokkan diri kita...

Oleh itu, bermacam-macamlah teknik, strategi dan cara yang kita lakukan untuk memastikan "apa yang kita simpan itu" tidak jatuh ke tangan atau pengetahuan orang lain.Pendek kata berhati-hati dan berwaspada...Inilah yang dikatakan KONSEP HAZAR.

Saidina Ali ada berkata; “Suatu kebatilan yang tersusun akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak tersusun”.

Secara kesimpulannya bahawa teknik dan strategi yang mantap dan tersusun amat penting jika kita ingin kejayaan dalam meneruskan kerja-kerja Islam.

Hazar dari segi bahasa Hazar bermaksud menjaga, mengumpul, dan menghimpun, tersembunyi, tersimpan, dan hati-hati. Manakala dari segi istilah Hazar ialah suatu sikap berhati-hati dengan menjaga & menyimpan maklumat-maklumat serta himpunan rahsia dari segi perkara yang menakutkan & dari orang-orang yang benci kepadanya. Sikap ini disebut sebagai waspada.
Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Bukan semua orang yang suka kepada kita. Bukan semua orang suka apa yang kita buat. Bukan semua orang suka kita duduk dalam saff perjuangan Islam. Kadangkala kaum keluarga kita sendiri tak suka dengan apa yang kita buat, termasuklah ibubapa kita. Mungkin ibu bapa dan keluarga sesuatu yang buruk boleh berlaku pada kita jika kita buat kerja-kerja Islam atau terlibat dalam jemaah Islam. Pendek kata, tak ramai yang suka apa yang kita buat jika perjalanan kita menepati jalan yang haq. Ramai yang dengki, ramai yang benci, ramai yang takut dengan apa yang kita buat.

Oleh itu, pelbagai cara yang dilakukan oleh pihak2 yang kita anggap memusuhi kita membuat perancangan untuk menjatuhkan kita, merosakkan kerja da'wah kita, serta tidak kurang yang berusaha untuk menggagalkan rancangan kita. Semua ini dibuat demi melempiaskan nafsu mereka yang sibuk mengejar dunia, yang tidak mahu tunduk dengan syariat Allah, dan takut dengan perkara-perkara yang tidak nyata. Secara ringkasnya, pelbagai cara yang digunakan untuk menyekat kerja-kerja da'wah Islam.



Pun begitu, ketahuilah inilah sunnatulah dalam perjuangan. PASTI ada sahaja cabaran, mehnah dan tribulasi yang perlu kita hadapi... Disebalik kebencian sesetengah pihak kepada mereka yang berjuang pada jalan ALlah, lebih ramai lagi yang sangat gembira dengan kehadiran kita di dalam arena perjuangan Islam ini... pendek kata TIDAK SEDIKIT yang menyukai golongan yang memperjuangkan Islam, golongan yang duduk bersama saff perjuangan Islam.

Oleh kerana terdapat pihak yang tidak menyukai individu-individu yang berjuang bersama golongan yang memperjuangkan Islam maka itu KONSEP SIR DAN HAZAR perlu diterapkan... Jangan terlalu boros dalam menyampaikan maklumat sehingga sampai satu tahap kerja-kerja da'wah Islam disekat oleh pihak-pihak tertentu.

Hazar (waspada) diambil adalah berdasarkan kepada kajian terhadap suatu kesan, impak yang menimpa pada individu mahupun jemaah jika sesuatu perbuatan atau tindakan itu dilakukan. Jemaah sering menekankan agar angggotanya sentiasa mengamalkan konsep SIR DAN HAZAR bagi tujuan untuk mengurangkan akibat menimpa jemaah dan diri individu dalam jemaah.
Tapi apa yang menyedihkan dan mengecewakan ialah apabila ramai yang salah faham terhadap konsep SIR DAN HAZAR DALAM GERAKAN ISLAM... Sehingga ramai takut dengan bayang-bayang sendiri, takut nak menjalankan kerja-kerja Islam, ramai yang berputus asa dan membuatkan mereka hanya menyerahkan kepada taqdir tanpa berusaha dengan kesungguhan.

Akibat daripada tertipu dengan ungkapan HAZAR (Waspada), maka ramai yang tidak boleh bergerak, sehingga tidak dapat keluar dari kepompong kehinaan, kejahilan, dan kelemahan. Semuanya akibat daripada momokkan PERASAAN TAKUT YANG MENYELUBUNGI DIRI... sehinggakan ramai dalam kalangan penggerak Islami lari daripada medan jihad yang menjadi kewajipan mereka. Bermacam-macam alasan yang kita dengar daripada sahabat-sahabat yang selama ini duduk dan bergerak bersama...antara alasan yang sering disebut-sebut...takut dipecat, takut diambil tindakan, terikat dengan akujanji, dan seumpamanya yang semuanya bermain dengan alasan.

Ketahuilah sahabat-sahabat yang dihormati pada jalan ALlah...
Waspada seharusnya menambahkan lagi kecekalan kita dalam meneruskan perjuangan Islam. Sebab kita tahu bahawa jatuh bangun kerja kita berdasarkan kepada pengalaman kita yang memerlukan perancangan yang teliti. Berwaspada hendaklah kena pada tempatnya. Salah letak sikap waspada, maka kesannya boleh mendatang kerugian kepada dakwah Islam yang seterusnya.

Orang-orang yang jahil yang tidak mengetahui konsep sir dan hazar dengan betul akan menjadi berani tidak bertempat, takut tidak berwaktu. Orang yang tidak mengamalkan hazar dalam perjuangan mereka kerana mereka tidak pernah mengalami kesukaran sebagaimana para pejuang-pejuang Islam alami. Orang-orang jahil yang saban harinya diulit dengan kesenangan, kekenyangan, dan kemudahan tidak ada apa yang ditakuti dan dicemburui kerana mereka tidak pernah membawa panji-panji dakwah Islamiyyah.
Sahabat-sahabat yang diingati kerana Allah...
Lihatlah apa yang dialami oleh pejuang-pejuang Islam sehingga mutakhir ini, para pejuang Islam akan sentiasa diburu, dibunuh, dipenjarakan, diseksa, ditekan, dan ditohmah dengan berbagai-bagai tohmahan. Inilah yang mendewasakan pejuang Islam dan amalan hazar ini akan menjadikan gerakan Islam sentiasa bernafas dan bergerak setiap zaman.

JOM TENGOK DAN HAYATI MAKSUD LAGU NI...

p/S: Mohon maaf atas salah silap. Semoga perkongsian ilmu ini menjadi ilmu yang bermanfaat buat kita. aameen

Friday, December 31, 2010

MAJLIS BACAAN RATIB AL-HADDAD BERSAMA HABIB ABD RAHMAN BIN ALI AL-MASYHUR DI BAITUL QURRA' - 1 JANUARI 2011

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum.

Muslimin muslimat yang dihormati pada jalan Allah...

Ana diamanahkan oleh al-mu'allim mudir Pondok Baitul Qurra' Sg. Udang Melaka untuk menjemput kepada semua Muhibbin muslimin muslimat dengan rasa penuh hormatnya kerana Allah untuk menghadiri Majlis Ratib Al-Haddad Bersama Habib Abd Rahman Bin Ali Al-Masyhur seperti ketetapan berikut:

TARIKH:
1 JANUARI 2011
(26 Muharram 1432H)

MASA:
Selepas Maghrib (7.oo p.m)

TEMPAT:
Pondok Baitul Qurra' Sg.Udang Melaka

Bermula pada jam 7.pm. Majlis ini akan dihadiri oleh Habib Abdul Rahman Bin Ali Al-Masyhur iaitu Mudir Darul Mustafa Di Sanaa' Yaman.

Mohon agar dapat disampaikan undangan ini kepada sekalian para muslimeen serta muslimat.

Semoga dengan kehadiran kita ke majlis menambahkan lagi seri majlis serta mendapat limpahan rahmat dan redha ALlah Subhanahu wa ta'ala dan dimuliakan oleh para Malaikat. Aameen.

Dari Abu Bakrah ra., Dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Jadikanlah dirimu orang alim atau orang yang menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pelajaran agama, atau pun orang yang mencintai (tiga golongan yang tersebut); dan janganlah engkau menjadi (dari) golongan yang kelima, yang dengan sebabnya engkau akan binasa."
(Al-Bazzar)

p/s: Penulis mendapat maklumat terus daripada al-mu'allim Ustaz Hj Zulkifli Bin Hj Ismail, Mudir Baitul Qurra' Melaka. Insha'ALlah maklumat ini sohih.

Wednesday, November 10, 2010

Perihal Lelaki Dan Wanita Terlanjur.

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum.

Baru-baru ini penulis ditanyakan oleh pelajar-pelajar, dan pernah ditanya oleh seorang teman tentang perihal lelaki dan wanita yang dah terlanjur.

Memang perkara ni dah semakin berleluasa di negara kita. Bahkan pihak yang berwajib pun kadangkala tak berhati-hati dalam soal pendaftaran anak-anak yang baru dilahirkan. Soalan ini juga pernah ditanyakan kepada Ustaz Azhar Idrus. Maka ini soalan dan jawapannya.

Soalan:

1.Seorang wanita yg terlanjur dan kini wanita tersebut telah mengandung lebih kurang 2 bln.Dia tidak bekahwin dgn lelaki tersebut ttp sebaliknya berkahwin dgn lelaki lain.Adakah anak yg lahir itu boleh di bin atau bintikan dgn suami yg dinikahi itu?.Bagaimana status perkahwinannya dan anak yg dilahirkan.

Jawapan:

1.Sah hukumnya disisi Mazhab Syafie dan ulamak yang sepakat dengannya pernikahan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan yang sedang mengandung anak zina dan apabila lahir nanti hendaklah dibinkan anak itu kepada ibunya tersebut.

wallahua'lam

Kawin cepat-cepat!!! JAUHI MAKSIAT!!!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين



Segala puji-pujian bagi Allah kerana masih memberi kita peluang untuk hidup bagi memperbaiki 'amalan. Dia sahaja yang layak dipuji...Maha Suci ALlah Yang Maha Agung, lagi Maha Penyayang... Selawat dan Salam buat Nabi yang Agung Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam, buat keluarga Baginda, para tobi'en,para waliyullah, para 'ulama muktabr dan sekali para pengikut Baginda hingga yaumul qiyaamah...

Assalaamu'alaykum... muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Hidup di dunia ini hanya sementara. Dari takde, tengok2 kita dah dilahirkan. Dari seorang bayi kemudian meningkat kepada ke alam kanak-kanak, dari alam kanak-kanak ke alam remaja, akhirnya dewasa. Dari bujang ke alam perkahwinan, sehinggalah (jika diizinkan Allah) mencecah usia warga emas. Semua itu kehendak Allah.


Pernah satu ketika sahabat penulis diminta memberi ceramah bertajuk Mencari Kebahagiaan, Mencari Ketenangan Jiwa.. Akhirnya, beliau menemui antara asbab seseorang manusia itu mendapat ketenangan jiwa adalah dengan BERKAHWIN... subhanaLlaah...benar apa yang dikatakannya.



Dewasa ini, kita sering dipaparkan oleh media-media massa berkenaan dengan masalah yang melibatkan remaja yang cuba berjinak-jinak dengan alam perkahwinan. Menjalin hubungan seperti orang yang dah berkahwin dan natijahnya, semakin banyak bayi-bayi yang tak berdosa dijumpai di jalanan, disemak samun, di dalam lubang jamban, dibelukar, di tepi longkang dan tak sedikit yang dibuang di dalam sungai mahupun longkang serta dibakar. Sungguh BIADAB bagi mereka yang hanya mementing NAFSU SERAKAH tapi tidak memikirkan akan HUKUM ALLAH...TAKUTLAH PD ALLAH WAHAI PENCINTA DUNIA....



(Ya ALlah, jauhkanlah anak zuriat keturunanku dan kaum kerabat ku daripada perlakuan dosa-dosa yang keji apatah lagi dosa-dosa besar)...


Ana sering mengingatkan remaja dan anak-anak pelajar... jika dah tak mampu untuk mengawal nafsu, cubalah untuk berpuasa. jika tak mampu sangat dah, mohonlah izin daripada ibu bapa, bicara molek-molek (elok-elok) dengan mereka...Minta dinikahkan. Pepun begitu, fikirlah sebaik-baiknya sebelum membuat keputusan, kerana apa yang kita putuskan hari ini, menjadi salah satu penentu masa depan...

Jom tengok video ni...


Monday, November 1, 2010

Balasan Melewatkan Solat

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.. Dialah Yang Menciptakan apa-apa yang ada di langit dan di bumi. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar kita kekasih Allah Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah yaumul qiyamah..

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...

Sekalian pembaca yang ana hormati pada jalan Allah..

Pagi ini ana sempat membuka Facebook...ana menulis di Wall dengan ucapan:
"Kbaikn mnghidupkn cahaya d dalam hti & kekuatan dlm ber'amal. Sedangkn kburukan mnyebabkn kgelapn dalam hati & kelemahan dalam ber'amal. Jadiknlh hari ini lebih baik dr smlm, andai ada hri esok, jdikan hri esok lebih baik dr hri ini...Andai diri x pernah solat... segerakanlah menunaikannya. JGN TUNGGU SAAT PMBALSAN sdgkn diri belum mbuat "persiapan"...
Saat ana klik dkt HOME, ana terjumpa dengan satu artikel yg dishare oleh salah seorang kawan yang ada dalam list. Artikel ini jika dibaca dengan mata hati, dgn 'aqal yg waras, dipertimbangkn dgn 'ilmu dan al-qur'an... insha'Allah...kita akan berasa insaf dan tidak akan mengulangi perbuatan MELEWAT-LEWATKAN SOLAT DENGAN SENGAJA, tanpa ada keuzuran...Mungkin ada yang berpuas hati dan x kurang juga ada yg bg 'komplen' ttg kebenaran cerita ini...ana hnya skadar ingin berkongsi, dan mohon bacalah dgn MATA HATI... sesungguhnya setiap sesuatu itu ada maksud tersirat di sebalik yg tersurat.

Marilah kita bersama-sama membacanya...dan renungkan, serta ambik iktibar...(T_T)

Balasan...Melewatkan Waktu Solat

by Zun Nun Al Misri on Sunday, 31 October 2010 at 12:46

بسم الله الرحمن الرحيم
Suatu cerita yang telah berlaku beberapa tahun dulu di Makkah …Kisah Benar … kisah yang boleh kita renungkan bersama serta jadikan panduan dalam diri kita ini. Kisah yang anda baca ini bukannya datang dari majalah Mastika atau majalah2 tabloid tetapi kisah dari tanah perkuburan Sa’raya, Makkah.
Pada beberapa tahun dahulu ada seorang perempuan yang berumur 40an telah meninggal dunia. Mereka telah mengusung jenazah beliau untuk dikebumikan di tanah perkuburan Al Ma’ala yakni lebih kurang 2 kilometer dari Masjidil Haram selepas solat zuhur. Apabila sampai sahaja di tanah perkuburan tersebut, alangkah terperanjatnya mereka bila mendapati se ekor ular yang berwarna Hitam sebesar peha bersisik tebal telah berada di dalam liang lahat (dalam kubur tersebut). Subhanallah … keadaan ular tersebut amat menggerunkan. Mereka pun terus berlalu dari situ dan membawa jenazah wanita tersebut ke tanah perkuburan yang lain yakni di tanah perkuburan Sa’raya lebih kurang setengah jam memandu dari situ (8 km Jauhnya) . Apabila mereka sampai di tanah perkuburan tersebut, rupa-rupanya Ular Hitam yang sama juga telah menunggu jenazah wanita yang ingin dikebumikan di situ.
Allahuakbar … mereka mengambil keputusan untuk memindahkan serta mengangkat ular tersebut dan letakkan di luar yakni berjauhan sedikit dari kawasan tersebut dan mengkebumikan jenazah wanita itu (yang peliknya Ular Hitam itu tidak melakukan apa-apa bila disentuh oleh mereka).
Sebagai gambar hiasan pemudah cerita
Selepas sahaja mereka mengkebumikan mayat wanita itu, tiba-tiba Ular Hitam yang diletakkan berjauhan dari situ terus datang menjalar dengan pantas dan masuk meluru ke dalam kubur wanita itu. MasyaAllah (seperti menjunam kedalam swimming pool dari atas – keadaan sewaktu ular itu masuk ke dalam kubur). Dengan beberapa seketika mereka mendengar bunyi seperti dahan-dahan pokok yang dipatah patahkan dan apabila mereka melihat ke dalam kubur wanita tersebut, alangkah terperanjatnya kerana Ular Hitam sedang membelit jenazah wanita itu serta mematah matahkan tulang jenazah itu …
Subhanallah.Ada beberapa orang yang berada di persekitaran kubur itu turut pengsan melihat kejadian itu. Selepas diselidiki kenapa perkara tersebut boleh terjadi, rupa-rupanya sewaktu hayatnya, wanita tersebut suka melewat lewatkan Solatnya.
Marilah kita ambil iktibar dan pedoman dari kejadian ini. Semoga Allah swt kuatkan iman kita dalam mendirikan solat 5 waktu daripada gangguan syaitan dan iblis insyaAllah. Ini baru seksaan di dunia akibat melewatkan solat….Bagaimana kalau tak solat…..
laman facebook:http://www.facebook.com/profile.php?id=1653352718#!/note.php?note_id=158405774195048&id=1690640107


p/s:

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Ketahuilah kalian, bahawa...sesunggunya Seseorang yang meninggalkan solat, mereka akan menanggung bala bukan saja di dunia, malah pada saat kematian, di alam kubur dan juga di akhirat.

Bala diterima di dunia bagi mereka yang meninggalkan solat:
• Allah akan menghilangkan berakah dari setiap rezeki diperoleh;
• Allah mencabut cahaya orang salih daripada dirinya;
• Dia akan dibenci oleh orang beriman.

Bala ketika saat meninggal dunia:
• Roh akan dicabut ketika dalam keadaan dahaga, walaupun sudah meminum air dari seluruh sungai;
• Kesakitan luar biasa ketika rohnya dicabut;
• Dia dikhuatirkan kehilangan iman. (na'uuzubillaahi min zalik)
Bala di dalam kubur:
• Takut terhadap pertanyaan malaikat Mungkar dan Nakir;
• Kubur menjadi gelap gelita, sempit sehingga tulang rusuknya bersatu;

Bala di akhirat:
• Hisab menjadi berat;
• Dimurkai Allah SWT;
• Diseksa Allah SWT dengan api neraka.

Demikianlah bala yang menanti bagi mereka meninggalkan solat lima waktu. Marilah kita ber'amal untuk kehidupan kita selepas kematian, iaitu kehidupan yang abadan abada.

Saturday, October 30, 2010

AKHLAQ CERMIN HATI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang.Yang Menciptakan semua makhluqNya atas qudrat dan 'iradatNya. Segala pujian hanya layak untuk Allah Subhanahu wa Ta'ala Tuhan semesta 'alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad Sollaahu 'alaihi wa sallam Rosul akhir zaman, ahli keluarga Baginda, para sahabat radiyallahu 'anhum & sesiapa sahaja yang mengikut mereka dengan ikhlas sehinggalah hari kiamat.

Assalaamu'alaykum wa rahmatullaahi wa barakatuh...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Banyak perkataan yang digandingkan dengan HATI..SAKIT HATI, HATI SAKIT, MAKAN HATI BERULAM JANTUNG, BUTA HATI, MATA HATI...dan baaanyak lagi...Teringat ana satu lirik lagu, lagu kumpulan Saff One...

Buta mata tak nampak jalan di dunia, kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju ke hilir ke hulu...
Selamatlah di dunia yang fana ini
bila mana mata tidak buta, Melalui pengalaman diri, kerana jalan itu sudah biasa...

Tapi bagaimana pulak kalau buta mata hati??? (klik video ini..(^_^)



Ana sering terdengar dan ditanya:
1. Apasal orang yang solat, tapi tetap buat jahat?
2. Apsal orang yang pakai tudung konon-kononnya tutup aurat tapi masih berperangai buruk?
3. Tutup aurat je, tapi mulut... ya rabbii, suka mencarut?

ini adalah sebahagian soalan-soalan yang menyebabkan kita sendiri pun berasa pelik... kerana pada hakikatnya solat adalah tiang agama. Solat adalah sumber kekuatan dan benteng diri bagi seseorang daripada melakukan perbuatan keji dan maksiat. Solat dapat menjadikan seseorang itu berakhlaq mulia... Tapi kenapa? why? semua soalan-soalan di atas tetap berlaku???

Ada orang jawab, tepuk dada...tanya iman...hmm... iman tu letaknya di mana pulak??? sesetengah orang akan jawab, iman itu letaknya di hati... HATI lagi disebut... habis tu? Bagaimana keadaan hati seseorang itu jika dia memiliki akhlaq yang buruk dan keji??? Inilah sedikit gambaran ayat yang menunjukkan bahawa Akhlaq Seseorang adalah Cerminan Hati...

Benarlah Sabda Nabi Muhammad Sollaahu 'Alaihi wa sallam:

إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!

Hati apakah yang dimiliki oleh mereka2 yang sanggup berbuat perkara ini??

Akhlaq berasal daripada perkataan 'arab yang kata akarnya ialah khuluq yang bermaksud perangai, @ tingkah laku, tabiat, kepercayaan, pegangan atau agama.

Berdasarkan kepada pengertian ini akhlaq adalah semulajadi, tabiat dan agama yang mempamerkan gambaran atau rupa bathin seseorang.

Imam al-Ghazali pernah berkata:
Akhlaq ialah keadaan jiwa seseorang yang mendorong untuk melakukan perbuatan tanpa pertimbangan 'aqal terlebih dahulu.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Bila disebut jiwa ianya disamaertikan dengan HATI...Orang yang berakhlaq buruk dikatakan adalah orang yang mempunyai hati yang kering-kontang, hati yang gersang, hati yang dipenuhi debu-debu dosa...Manakala orang yang berakhlaq mulia dikatakan orang yang mempunyai hati yang bersih, hati yang suci, hati yang tenang, hati yang sentiasa redha dan dekat dengan Allaah...

Hati yang banyak buat dosa kepada manusia dan kepada Allah, akan dipenuhi "debu-debu hitam" yang hanya akan kembali putih @ hilang apabila seseorang itu mohon ampun dan maaf serta bertaubat kepada Allah.Sedarlah!!! Manusia yang berhati kotor akan sering melakukan maksiat terhadap Allah. Na'uuzubillaahi min zalik.

Antara nikmat yang berharga yang dianugerahkan Allah kepada manusia ialah NIKMAT HATI. Raja segala gerak geri dan tingkah laku yang dipertontonkan oleh manusia. Hati yang diciptakan adalah semulia-mulia kejadian. DI situlah 'aqal manusia, di situlah buruk, baik, sihat dan lemahnya manusia. Pendek kata di situlah segala-galanya. Janganlah membiarkan hati terus ber"penyakit". Sehingga tanpa sedar, hati kita sebenarnya sudah menghadapi saat "nazak". Fikir-fikirkan, renung-renungkan dan ambillah tindakan untuk merawat hati kita agar segala tindak tanduk kita sesuai dengan syariat Allah. Insha'Allah.

Telah berkata Syeikh 'Abdul Qodir Al-Jailani:
"Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. "



Kasihan bayi yang malang ni (T_T) ...sebahagian anggotanya digigit dan dibaham oleh serangga dan haiwan...Bagaimanakah "cuaca" hati seorang insan yang sanggup melakukan perbuatan ini???

Pemilik hati yang gersang, kering kontang, kemarau ataupun lebih parah lagi hati yang nazak... dah tentu akan memiliki akhlaq yang buruk dan keji. Mutakhir ini, gelaja sosial semakin banyak terjadi... zina? rogol? bunuh? seks bebas? buli? cabul? merempit? bom orang? bakar orang? dan bermacam-macam lagi berlaku di negara kita Malaysia... ini menunjukkan negara kita semakin ramai yang berpenyakit hati... na'uzubillaahi min zalik. Maka itu hendaklah semua pihak bekerjasama termasuk diri kita sendiri berusaha bersungguh-sungguh untuk membersihkan hati sehingga kita benar-benar memperolehi hati yang suci bersih, tenang dan bahagia, seterus beroleh limpahan rahmat dan redho Allah... aameen.




Telah berkata seorang 'ulama, Ibrahim Al-Khawa R.A:
"Sesungguhnya ubat hati itu ada 5 perkara, maka ubatilah hati kamu dengan 5 perkara tersebut:
Pertamanya, BACALAH AL-QUR'AN dgn menghayati isi kandungannya.
Kedua, MENGOSONGKAN PERUT dari TERLALU kenyang @ puasa
Ketiga, BANGUN BERIBADAT di waktu malam (qiamullail)
Keempat, MENGHAMPIRKAN DIRI KPD ALLAH (beribadat) disepertiga malam
Kelimanya, sentiasa BERSAMA-SAMA di dalam majlis orang-orang yang soleh"



p/s:
Dengan ucapan alhamdulillah ana panjatkan kesyukuran, atas limpah kurniaNya, Allah memberi kekuatan dan kelapangan masa untuk berkongsi 'ilmu insha'Allah. Dikesempatan ini, ana ingin mengucapkan terima kasih kepada PK HEM SMK Bongawan Encik Kassim Samat atas kesudian beliau menjemput ana untuk menyampaikan ceramah dalam Program Nisa' Permata Hati yang bertajuk Akhlaq Cermin Hati di SMK Bongawan pada 25 September 2010. Antara sekolah yang pelajar-pelajarnya sentiasa dahagakan 'ilmu lebih-lebih lagi 'ilmu yang berkaitan 'aqidah dan 'ibadah.