Thursday, May 14, 2009

WASIAT BUAT PENCINTA KEBENARAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada Allah Yang Maha Kuasa, Tuhan Pentadbir sekalian 'alam. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa-apa sahaja yang ghaib mahupun yang tersembunyi apatah lagi yang nyata. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa yang ada di dalam hati hamba-hamba-Nya. Dia jua Yang Maha Mengetahui ikhlas atau tidak akan niat hamba-hambaNya dalam tutur bicara dan tindakan. Tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah. Tiada daya dan upaya melainkan semua itu atas kekuasaan Allah Yang Maha Agung. Selawat dan salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahlul bayt, sekalian para sohabat, para tab'ien, para 'ulama haq, para waliyuLlah, dan sekalian para pejuang dan pengikut kebenaran sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia hingga akhir zaman. Aameen.


Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Kekadang tanpa sedar, sedang kita sibuk berusaha mencari cinta manusia dan mencari kebahagiaan dunia... tapi...Kita alpa dalam memburu dan menggapai cinta yang hakiki yang membawa kepada kebahagiaan yang abadi...

Bahkan bukan sahaja kita lalai dalam memburu cinta Allah, sedar tak sedar kita telah dan sedang mencari permusuhan sesama sendiri, sesama muslim... sama ada orang yang kita kenali mahupun yang kita tidak kenali...melalui tutur bicara kita sama ada secara langsung mahpun melalui alam maya ini...

Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Hentikanlah permusuhan... Hentikanlah menjadi orang yang memulakan permusuhan... Hentikanlah kata-kata yang menjadi asbab tercetus permusuhan... Carilah titik pertemuan... Berbicaralah demi kebenaran....
Dalam menegakkan yang haq, perlu ada ketegasan tapi jangan lupa... hiasilah peribadi dan tutur bicara kita dengan kelembutan... Moga da'wah berkesan dan berkekalan... insha'Allah, akan mendatangkan manfaat buat diri kita di hari "kemudian"... Amatlah rugi dan menyedihkan seandainya, kita tak sedar bahawa kita bersengkokol dengan golongan yang lalai dalam menyemai benih kasih sayang sesama muslim. Sedarlah saudara segamaku... Bahawa perbuatan ini akan menyebabkan kerasnya hati... sehingga menyukarkan hidayah untuk menembus di sanubari... Wa'iya zubiLlaah.



Ingatlah wahai saudara seagamaku, se'aqeedahku...

Segala tindakan kita, perbuatan kita, renungan mata kita, bicara kita, riak wajah kita, senyum tawa kita, bahkan kata-kata di hati kita yang tak terucap dari lidah kita, pendek kata apa sahaja yang kita lakukan di dunia ini akan mendapat dihisab dan dinilai di hari penghisaban kelak...

Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman dalam surah Az-Zalzalah, ayat 6 -8 yang bermaksud:
"Pada hari itu, manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan yang bermacam-macam, supaya diperlihatkan kepada mereka (balasan) pekerjaan mereka. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula."

Dalam syair ada menyebut:
"Apabila anda ada kebaikan, maka anda akan dikasihi... perkataan yang anda didiamkan dan pekerjaan anda juga menjadi harus. Sebaliknya, jika anda mempunyai kejahatan maka anda tidak dikasihi, malah perkataan anda tertolak dan pekerjaan anda juga melampaui batas"

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

وَلاَ تَسْتَوِى الْحَسَنَةُ وَلاَ السَّيِّئَةُ ؛ اِدْفَعْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِى بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَاَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيْمٌ .

"Dan tiadalah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia".
(Surah Fushilat, ayat 34)



Oleh itu, marilah kita membiasakan diri kita menjaga adab kepada sesiapa pun... Ikutilah sunnah nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam... perlu diingat yang haq tetap haq, yang bathil tetap bathil... walau bagaimana pun, usahakanlah untuk menjaga adab dalam menyampaikan yang haq...Moga beroleh kasih sayang dari Yang Maha Penyayang... Insha'Allah akan ditunjukkan jalan kebenaran... akan dilapangkan dada menerima kebenaran... akan dibuang dari dada kita hasad dengki, dendam kesumat dan permusuhan...

Firman Allah Subahanu wa Ta'ala:

اُدْعُ اِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ، وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِى هِيَ اَحْسَنُ ؛ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ اَعْلَمُ بِمَنْ ضَلَّ عَنْ سَبِيْلِهِ ، وَهَوَ اَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِيْنَ .

"Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.
(Surah An-Nahlu, ayat 125)

Muslimin-muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Marilah kita mencari cinta Allah... Marilah kita berusaha untuk mengenal Allah...Marilah kita berusaha menepati syarat-syarat untuk memperoleh cinta Allah. Telah berpesan Al-Sayyid Muhyiddin 'Abdul Qodir Al-Jailani di Madrasah al-Ma'murah, hari Jumaat pagi, 21 Zulkaedah, 545 H:
"Ketahuilah!Mencintai ALlah, bukanlah suatu hal mudah dilakukan, sehingga setiap orang mengaku bahawa dia mencintai Allah. Betapa banyak orang yang mengaku bahawa dia mencintai Allah, sedangkan pada hakikatnya ia masih jauh daripada-Nya"

Telah berkata Al-Habib 'Abdullah bin Alwi Al-Hadad:
"Sesungguhnya, orang yang berbahagia itu ialah yang selalu bersandar diri kepada-Nya, dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya, meletakkan dirinya di dalam kuasa dan kekuatan-Nya, berserah diri dan tunduk sepenuhnya kepada qudrat dan iradat-Nya. Bersungguh-sungguh meletakkan harapan dan keinginan kepada apa yang ada di sisi-Nya. Adapun orang yang sengsara dan terjauhkan dari segala keberuntungan adalah yang berpaling dari Allah, tiada ingat kepada-Nya, bahkan selalu mengikuti bisikan hawa nafsunya dan mengutamakan dunianya di atas akhiratnya."


Sahabat-sahabat, muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Marilah kita sama-sama berfikir tentang kehidupan yang bakal kita lalui... satu kehidupan yang PASTI semua orang akan hadapi... yakni kehidupan akhirat... Bahagia kah kita? celakakah kita? gembira kah kita? derita kah kita? calon syurga kah kita? calon neraka kah kita? Na'uzubiLlaahi min zalik...
Ketahuilah! Berfikir tentang akhirat itu dapat menerangkan hati dan mempusakai ma'rifatullah...Sebaliknya banyak berfikir tentang tentang dunia, boleh membawa kepada kematian hati. Sesiapa yang hatinya mati, hati itu akan menjadi kenderaan syaithan.. Oleh itu, berasa takutlah dengan keadaan demikian...


Sedarlah wahai muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Timbul daripada berfikir itu sembilan perkara:

1.Perasaan takut

2. Taubat

3. Sembahyang pada malam hari
4.'Ibadat

5. Qana'ah iaitu memadai apa yang ada
6. Pemurah

7.Beradab

8.Merendah diri

9.Menyucikan dirinya daripada tiap-tiap sesuatu

"Kesemua ini menghasilkan faedah yang sangat banyak dalam agama dan dunia orang yang berfikir. Sesiapa yang banyak berfikir, banyaklah pula perasaan takutnya dan sesiapa pula yang banyak perasaan takutnya, hatinya akan menjadi terang benderang. Sesiapa yang memiliki hati yang terang benderang, dia dapat melihat yang mana baik dan yang mana jahat dan sudah tentu dia tidak akan memilih yang jahat kecuali memilih yang baik-baik sahaja"


Hati-hati dengan sifat lalai sebagaimana sembilan perkara berikut:
1. Kasih kepada kemuliaan
2. Kasih kepada harta
3. Kasih kepada kekayaan

4. Kasih kepada pekerjaan dunia

5. Kasih kepada pakaian

6. Kasih kepada perempuan
7. Kasih kepada tidur

8. Banyak makan

9. Banyak minum

"Salah satu perkara di atas banyak sekali membawa kepada kebinasaan dalam agama dan dunia bagi orang yang lalai"

Allah Subhanahu wa Ta'ala benci kepada 10 perkara yang dimiliki oleh 10 jenis manusia:

1. Sifat bakhil dari orang kaya.
2. Takabbur dari orang-orang fakir.

3. Sifat tamak dari para ulamak.

4. Sedikit (sahaja) rasa malu dari kaum wanita.

5. Kecintaan kepada dunia dari orang-orang tua.

6. Sifat malas dari para pemuda.
7. Kezaliman dari pemimpin.

8. Sifat penakut dari orang-orang yang berperang.

9. Sifat ujub dari hamba-hamba yang zahid.
10. Sifat riyak dari para ahli ibadah.

(kata-kata ahli hikmah)

Akhirul kalam, mohon maaf dunia akhirat atas tutur bicara ana... Semoga dapat dimanfaatkan demi kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maaf lama tak online. Masalah internet connection. BarokaLlaahu fiikum

Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilaLlaah.


"KEMBALILAH KEPADA ALLAH"

Friday, May 8, 2009

MULIANYA AKHLAQ HABIB 'UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ حفظه الله تعالى

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


AL-HABIB 'UMAR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ



Al-Habib 'Umar bin Muhammad bin Salim Bin Hafidz
bersama Al-Habib 'Umar Bin Muhammad Bin Hud Al-Attas

Al-Habib 'Umar bin Hafidz bersama Al-Habib Zainal 'Abidin bin 'Abdurrahman

Al-Habib 'Umar bin Hafidz (kanan) bersama Al-Habib Zein Bin Smith (tengah)
P/s: Gambar ini ada hasil ehsan sahabat ana Muhammad Hairullah.


Wajahnya sentiasa terukir dengan senyuman yang mendamaikan...


P/s: Kenalilah 'ulama, dekatilah mereka, cintai mereka, pelajarilah 'ilmu-'ilmu dari para 'ulama yang amanah dengan 'ilmunya...lebih-lebih lagi 'ulama daripada kalangan ahlul bayt... BarokaLlaahu fiikum ya ahlul bayt...

(Kehadiran mu ya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam... benar-benar membawa rahmat buat sekalian 'alam...
UHIBBUKA YA RASULULLAAH SOLLALLAAHU 'ALAIHI WA SALLAM)


Ana al-faqiroh wad-dho'ifah ilallah

VIDEO DARIPADA:
http://al-fanshuri.blogspot.com/2009/04/habib-umar-bin-muhammad-bin-salim-bin.html

Tuesday, May 5, 2009

HARGA KASIH IBU? ANAK? INDIVIDU? MASYARAKAT? PEMIMPIN???

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Pentadbir 'alam. Dari-Nya kita datang, kepada-Nya kita akan dikembalikan. Maha Suci Allah yang menciptakan sesuatu itu mengikut kehendak-Nya. Dia Menciptakan sesuatu daripada tiada kepada wujudnya sesuatu itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui apa yang tersimpan di dalam rahim seseorang wanita itu. Maha Suci Allah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara ghaib lagi tersembunyi. Dia-lah Tuhan yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Maha Suci Allah daripada bersifat dengan segala sifat ketidaksempurnaan.Maha Suci Allah yang Maha Pengampun, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dengan limpahan kasih-Nya maka berkasih sayanglah sekalian makhluq-makhluq-Nya. Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat baginda, para tab'ien, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang Islam dan umat Islam sama ada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Aameen.



Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Sedangkan haiwan sayangkan anak-anaknya... Inikan pula manusia yang dianugerahkan 'aqal fikiran untuk memikirkan sesuatu perkara itu sama ada baik mahupun buruk... Apatah lagi jika diterangi lagi dengan suluhan IMAN dan TAQWA kepada Allah... Maka akan bertebaran limpahan kasih sayang dengan rahmat-Nya di muka bumi Allah ini...


Gambar-gambar berikut jadikanlah sebagai iktibar kita untuk melihat sejauhmana kejadian ini dapat dibenteras oleh semua pihak... Tindakan yang segera WAJIB diambil. Usah menuding jari pada sesiapa, tapi tanyalah diri sendiri... Sejauhmana kita ada membantu menangani masalah ini daripada terus berlaku... Mencegah itu lebih baik daripada merawat...




Sempena hari ibu... Em... bila tarikh ibu yang sebenarnya???ada yang kata 10.Mei, ada yang kata 13.Mei... tapi pada ana setiap hari adalah hari ibu... setiap hari kita perlu meraikan ibu kita... Di bawah ini ana kongsikan email yang ana terima dari kakak dan sahabat ana untuk kita renungi bersama...(Sementara membaca artikel ini, dijemput sahabat-sahabat yang sudi membaca artikel ini, klik video di bawah... Hayati dan renungkan... Moga timbul keinsafan dalam diri untuk menerapkan nilai kasih sayang dalam keluarga :)




Orang kata aku lahir dari perut mak..

(bukan org kata...memang betul)

Bila dahaga, yang susukan aku... mak
Bila lapar, yang suapkan aku...
mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku...
mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari...
mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ...
mak
Bila nak bermanja, aku dekati...
mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya...
mak
Bila nakal, yang memarahi aku...
mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma...
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah...
mak
Bila takut, yang tenangkan aku...
mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk...
mak
Aku selalu teringatkan ...
mak
Bila sedih, aku mesti talipon...
mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu...
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada...
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah...
mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga...
mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu...
mak
Bila ada masalah, yang paling risau...
mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni...
mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku...
mak
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk...
mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku...
mak
Yang selalu berleter kat aku...
mak
Yang selalu puji aku...
mak
Yang selalu nasihat aku...
mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk...
mak


Aku ada pasangan hidup sendiri....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....
mak


Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....
emakku

Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak

Bila sambut valentine... Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan

“Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku

Selalu.. mak ingat kat aku

Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak

Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

Berderai air mata jika kita mendengarnya........


Tapi kalau mak sudah tiada..........

MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya.....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, & keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata,

"Saya Sayangkan Ibu".

Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya...

Selamat Hari Ibu buat ibu-ibu dan bakal ibu di seluruh dunia (^_^)

Min ana al-faqiroh wad-dhoi'fah ilaLlaah