Thursday, March 26, 2009

TUNDUKKAN NAFSUMU SEBELUM DIRI DITUNDUKKANNYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian kembali kepada Allah. Dia Menciptakan 'alam ini tanpa bantuan sesiapa. Dia yang menciptakan pendengaran, penglihatan dan hati dan Dia jua yang menyatukan kembali hati-hati manusia. Dia menguasai hati hamba-hambaNya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang kita muliakan yang kita rindui, dan juga buat ahli keluarga baginda, sahabat baginda, para pejuang dan pencari kebenaran hingga hari qiamat kelak.

Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Mungkin, seringkali kita tertanya-tanya pada diri kita... siapa kita pada pandangan Allah? Hinakah kita? muliakah kita? Adakah darjat kita tinggi di sisi Allah atau rendah? Adakah kita penyampai kebenaran? atau penyembunyi kebenaran? atau kita tak tahu mana satu yang benar? atau kita tak tahu pun yang kita tak tahu apa-apa tentang kebenaran? dan lebih parah lagi kita tak tahu bahawa kita tak tahu?


Siapa pun kita... apa pun kedudukan kita... apa pun jawatan kita... apa pun parti politik dan persatuan yang kita ikuti... marilah kita kembali ke jalan Allah... marilah kita berlapang dada... Marilah kita mencari jalan untuk bersatu menentang kebatilan... Marilah kita menyampaikan kebenaran kerana Allah. Agar da'wah Islam tersebar luas dalam keadaan masyarakat memahami 'aqeedah dengan kefahaman yang sebenar... Kerana hanya dengan kesatuan dan kefahaman 'aqeedah yang benar kita mampu menjadi umat yang menggentarkan orang-orang kafir...dan melahirkan ummah yang gemilang. Marilah kita mengamalkan sikap bertanya kerana ingin mencari kebenaran tapi bukan untuk dijadikan perbalahan... Sheikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki pernah berkata "Kebenaran itu memang patut diikuti..."


Mutakhir ini, kita lihat umat Islam sesama sendiri hentam-menghentam kerana bangsa, kerana itu kerana ini... dan kebanyakannya kerana dunia yang akan binasa... sehinggakan kita terlepas pandang, mungkin kata-kata yang kita lemparkan menyebabkan kata-kata itu kembali kepada diri sendiri... bahkan boleh mengganggu gugat keimanan dan keyakinan kita kepada Allah... dan mengganggu gugat keimanan orang lain bahkan melemahkan semangat perjuangan orang lain... Na'uuzubiLlaahi min zalik...

Sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Terlalu payah untuk ana bangkit semula... terlalu sukar untuk menyuburkan semula semangat perjuangan yang ada dalam diri ana semenjak ana mengenali keindahan Islam... macam-macam tohmahan yang ana terima yang melemahkan semangat ana... dalam kepayahan ini, ana berusaha untuk menulis artikel moga menjadi peringatan buat diri ana yang sering alpa dan sekalian pembaca (yang ana hormati kerana Allah) untuk kembali menyusuri jalan da'wah jalan para anbiya', jalan para 'ulama', jalan para syuhada', jalan golongan muqarrobin yang sentiasa istiqomah di jalan da'wah ilaLlaah...

Telah berkata Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani di Madrasah al-Ma'murah, pada hari Ahad pagi bersamaan 3 Syawal 545 H.
"Berpaling daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala ketika turunnya hukum-hukumNya bererti mati agama, binasanya tauhid, musnahnya keredhaan dan keikhlasan. Sedangkan hati orang mukmin tidak mengetahui, mengapa dan bagaimana hendak melayan dorongan nafsunya. Bahkan ia berkata: "Benar...! Semua nafsu itu mesti dilawan, ditentang, dan dimusuhi." Oleh itu, barangsiapa yang ingin memperbaiki dirinya, maka hendaklah berlatih untuk memerangi nafsunya, sehingga dirinya bebas daripada cengkaman kejahatan dan pengaruh nafsu, kerana seluruh nafsu itu mengajak kepada kejahatan"

Nafsu untuk berehat-rehat dari medan da'wah, pemikiran yang dikuasai dengan bermacam-macam perkara sehingga kita menjauhkan diri dari kerja-kerja da'wah, maka itu tandanya kita dah mendengar bujukan syaithan yang mana akhirnya mereka (syaithan) sangat gembira kerana telah berundurnya seorang lagi penyampai kebenaran. Itulah yang dikehendaki syaithan laknatulah. Janganlah takut untuk menyampaikan kebenaran. Benarlah kata-kata seorang sahabat ana yang menghantar SMS pada ana sedang ana menyiapkan artikel ini:
"KEMURKAAN ALLAH LEBIH PERLU UNTUK DIGERUNI... REDHO ALLAH LEBIH UTAMA UNTUK DIDAMBAI DAN KEAMPUNAN ALLAH LEBIH DARI SEGALANYA UNTUK DITAGIHI" (26.Mac.09, 11.43 pm)

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Maksudnya:
"Wahai jiwa yang tenang...! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan penuh reda dan diredhai-Nya Maka masuklah kamu ke dalam golongan hamba-Ku dan masuklah ke dalam syurga-Ku"
(Al-Fajr: 27-30)
Wahai para penda'wah yang ana hormati dan kasihi kerana Allah...
Marilah kita bersama melawan nafsu kita yang mahu mengambil jalan ber'uzlah tanpa menjalankan kerja-kerja da'wah... Ujian yang datang silih berganti itu tandanya ALlah masih menyayangi kita. Kita dipilih untuk mendapat ujian. Itu tandanya kita sedang dalam pemerhatian Allah. Moga kita sentiasa berhati-hati dalam setiap langkah yang diaturkan, dalam setiap tutur bicara yang kita ucapkan dan dalam setiap tingkah laku yang kita lakukan...(Sedang ana mengedit artikel ini, sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah telah menghantar SMS: "Yakin Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, yakin pada Allah bukanlah keindahan nikmat, yakin pada Allah adalah meletakkan keREDHAan pada ketentuan-Nya, rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, di situ air mata yang menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka , indahnya tarbiyah Allah tersirat rahmat & hikmah, di uji sebagai tanda sayang-Nya" (Nik Fillah, 11.57 pm, 26.Mac.09) (Macam tau2 jek (T_T)

Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...
Marilah kita tinggalkanlah kehidupan duniawi yang melalaikan hati kita mengingati Allah. Ambillah dunia seadanya dan jangan jadikan ia sebagai keutamaan. Kegembiraan yang kita cari di dunia melalui hiburan dan pesta-pesta terasa nikmat untuk sementara waktu, sedangkan roh kita merintih merayu untuk diberi "makanan"...



Apabila kita mampu menggembleng dan menundukkan nafsu kita sendiri, maka seluruh nafsu itu akan menjadi baik... KEBAIKAN YANG BERADA DALAM KEBAIKAN. Sehingga jadilah ia mengikuti semua ketaatan dan meninggalkan semua kejahatan dan kedurhakaan.

Jiwa yang tenang kesan mengembalikan segala-galanya kepada Allah membentuk jiwa yang penuh ketaqwaan dan hilang daripada segala keburukan, serta tiada ketergantungan kepada makhluq. Hal ini telah berlaku kepada Nabi Ibrahim Khalilullah, baginda telah terlepas daripada kongkongan nafsunya dan baginda hidup dengan tenang, bebas daripada pengaruh nafsu yang sentiasa mendorong manusia kepada melakukan kejahatan.

Ketika jiwa tenang, maka akan datang pelbagai jenis makhluq yang menawarkan bantuan. Ketika itu baginda menjawab:
"Aku tidak memerlukan pertolongan kamu sekalian. Dia (Allah) mengetahui keadaanku dan memenuhi segala permohonanku"

Kerana penyerahan dan ketaqwaan baginda yang tidak berbelah bagi itu, maka ALlah berfirman kepada api, katanya:
"Berkata Kami, Wahai api...! Jadi dinginlah engkau dan selamat ke atas Ibrahim...!"

Allah memberi pertolongan kepada orang yang sabar bersama-Nya di dunia tanpa batas, sementara di akhirat pula ia akan dianugerahi kenikmatan tanpa batas, sesuai dengan firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Maksudnya:
"Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas".
(al-Zumar: 10)

Tiadalah samar bagi Allah segala sesuatu yang ditanggung oleh orang-orang yang menanggung kerana-Nya, sementara kita telah melihat sifat Pengasih dan Penyayangnya Allah dan Dia telah memberi kenikmatan-Nya bertahun-tahun kepada kita, pendek kata sebelum sepanjang hayat kita. Kesabaran adalah satu nikmat daripada Allah.

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:

Maksudnya: "Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"
(Al-Baqarah, ayat 153)

Dengan pertolongan dan harapan, marilah kita bersabar bersama-Nya. Ingatlah kepada-Nya dan janganlah kita lalai daripada mengingati-Nya. Janganlah kita sedar sesudah mati, kerana kesedaran ketika itu sudah tidak bermanfaat lagi bagi kita. Tetapi ingatlah kepada Allah sebelum datangnya kematian.


Pesanan NabiyuLlaah Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam:
"Ingat perkara 5 perkara sebelum datang 5 perkara; masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihatmu sebelum masa sakit, masa lapangmu sebelum masa sibuk, masa berada (kayamu) sebelum jatuh miskin, dan masa hidupmu sebelum mati"

Telah berkata Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani:
"Ingatlah kamu sebelum kamu diberi peringatan, bahawa sudah tiada lagi perintah bagi kamu. Perbaikilah hati kamu, kerana apabila hati itu sudah baik, maka akan baik pulalah seluruh keadaanmu. "

Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda (maksudnya):
إن فى الجسد ابن ءادم مضغة إذا صلحت صلح لها سآئر جسده وإذا فسدت فسد لها سآئر جسده ألآ وهى القلب
"Sesungguhnya di dalam jasad anak Adam itu ada segumpal daging. Apabila daging itu baik maka baiklah seluruh jasadnya, apabila daging itu rosak maka akan rosaklah seluruh jasadnya. Ketahuilah...! Dia adalah hati...!

Apepun, artikel ini sebagai peringatan buat diri ana yang seringkali alpa.Ana mohon maaf dunia akhirat zahir bathin, andai tutur bicara ana mengguris hati mana-mana pihak. Lihatlah sesuatu itu dengan mata hati... bukan dengan mata zahir semata-mata... nilailah sesuatu itu maksud yang tersirat disebalik yang tersurat.


P/s: Sumber rujukan Al-Quranul karim, hadith sohih, dan kitab Fathur Rabbani , Syeikh Abdul Qadir Jailani

Daripada Tsauban radiyaLlaahu 'anhu berkata: RasuluLlaah SolaLlaahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Hampir akan tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka"

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi SollaLlaahu 'alaihi wa sallam menjawab: "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih air pada waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan campakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan' " . Seorang sahabat bertanya "Apakah 'wahan' itu hai RasuluLlah?" Nabi menjawab, "cinta pada dunia dan takut pada mati"
(Hadith Riwayat Abu Daud)

Walau macam mana pun bentuk ujian yang dihadapi, marilah kita bersabar... Insha'Allah dengan izin ALlaah ujian itu datang dan dengan izin-Nya jua ujian itu mampu diselesaikan dengan baik. Marilah kita mnyerahkan kembali kepada ALlaah Yang Maha Mengetahui, Maha Penyayang lagi Maha Mendengar. Marilah kita merintih dan munajat kepada ALlaah 'Azza wa Jalla atas segala apa yang kita hadapi.

Firman ALlaah 'Azza Wa Jalla dalam surah Al-Baqarah ayat 153, yang bermaksud

"Hai orang-orang beriman. jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya ALlaah beserta orang-orang yang sabar"

Firman ALlaah 'Azza Wa Jalla dalam surah Muhammad, ayat 7:
"Wahai orang-orang beriman. Jika kamu membantu (agama) ALlaah nescaya Dia akan membantu kamu dan meneguhkan kedudukan kamu"

Apapun keadaan kita, istiqomahlah dan teguhkanlah pendirian dalam soff yang memperjuangkan Islam. Soff yang menegakkan 'aqeedah yang benar...Ahlissunnah wal jama'ah.


Sekian dulu, akhir kalam... ingatilah kata-kata Al-marhum Prof.Hamka "Disaat engkau dilahirkan, engkau menangis dan orang lain tersenyum. BERJUANGLAH! agar disaat engkau menghembuskan nafas terakhir, engkau tersenyum dan orang lain menangis"

Wednesday, March 25, 2009

KHAS UNTUK ID SALAF-SABAH & ID WAHHABI

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Artikel ini khas untuk orang yang menggunakan ID Salaf-Sabah di dalam cbox blog ana http://al-syahidah.blogspot.com.

Kpd individu ID "Salaf-Sabah" dan ID "WAHHABI"...
Jika benar enta pernah belajar ilmu tauhid, jika benar enta pernah belajar 'ilmu tasawwuf, jika benar enta pernah belajar 'ilmu feqah dan lain-lain... kenapa antum sanggup menaburkan fitnah??? Tidak kalian pernah membaca kalamullaah yang menegaskan betapa beratnya dosa fitnah berbanding dosa membunuh?

Antum telah menaburkan fitnah dalam cbox ana terhadap al-mu'allim muhtaram Ustaz Zulkifli Hj. Ismail dan terhadap diri ana dengan tuduhan yang tidak berasas sama sekali dan perbuatan antum sangat berat... Antum menuduh kami wahhabi...

Untuk makluman "Salaf-Sabah", ana dah menghubungi Ustaz Zulkifli sendiri pada 24.Mac.2009 jam 2 petang. Ana memaklumkan beliau tentang kenyataan enta dalam cbox blog ana untuk mendapatkan kepastian sendiri apakah benar kenyataan yang katakan tu... Setelah Ustaz Zulkifli mendengar, beliau cukup marah... Ana yaqin, beliau marah kerana Allah...

Sepanjang pengajian ana di pondok Baitul Qurra' tak pernah ana mendengar beliau menyatakan sebagaimana yang enta dakwakan dalam cbox tersebut bahkan beliau sendiri mengingatkan kepada kami agar tidak terpengaruh dengan fahaman wahhabi yang juga kadangkala mengguna pakai istilah salafi.
Begitu juga dengan Sheikh Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang mana juga adalah salah seorang guru beliau turut menentang fahaman wahhabi.

Enta telah menabur fitnah dan melakukan kesalahan yang sangat berat terhadap al-mu'allim. Enta harus bertanggungjawab di akhirat nanti di atas pertuduhan enta terhadap al-mu'allim Ustaz Zulkifli dan sekalian para guru beliau. Ramai tok guru beliau adalah kebanyakannya adalah terdiri daripada golongan Habaib. Tahun lepas beliau sekali lagi diberi peluang untuk bertalaqqi kitab di Tarim, Hadramaut Yemen selama 2 bulan. Pertuduhan enta terhadap al-Mu'allim ustaz Zulkifli boleh diibaratkan juga turut menuduh tok-tok guru beliau yang mana mereka adalah ahlul bait termasuklah Habib 'Umar bin Hafiz adalah tok guru al-Mu'allim Ustaz Zulkifli. Bahkan Ustaz Zulkifli sendiri salasilah keluarga beliau sampai kepada salah seorang cucu RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam (ana tak ingat sama ada saidina Hussin Bin Ali R.A atau Saidina Hassan, Bin 'Ali R.A , maaf) Sedangkan golongan ahlul bait adalah golongan yang dipelihara oleh Allah Subhanahu wa Ta'ala dengan keberkatan Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam. Bertaubatlah! Jangan menghina 'ulama.

(Habib 'Umar Bin Hafiz - salah seorang guru al-Mua'llim Ustaz Zulkifli)

Kepada Salaf-Sabah yang ana hormati pada jalan Allah...

Jika benar enta adalah salah seorang muridnya, al-mu'allim muhtaram meminta enta menghubungi beliau dan memohon maaf kepada beliau. Jika tidak, mahu atau tidak enta kena jawab nanti di akhirat kelak. Pertuduhan enta terhadapnya sangat berat. Seluruh dunia membaca apa yang enta tuduhkan. Bagaimana enta boleh kata al-mu'allim ustaz Zulkifli sebagai wahhabi??? sedangkan beliau sendiri menyambut maulidurrasul, dan mengamalkan Ratib Al-Haddad yang mana 'amalan-'amalan seperti ini bagi wahhabi adalah bid'ah...

Beliau juga seringkali mengundang para Habaib ke pondok beliau untuk tujuan majlis ta'lim bahkan baru-baru ini pada 8 March 2009, bersamaan 12 rabiualwal, MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL telah diadakan di Baitul Qurra. Majlis ini telah dihadiri oleh para habaib seperti HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini yang telah datang dari Hadramaut Yemen, Habib Ali Zain dan HABIB Najmudin. Majlis ini telah dihadiri oleh ramai tetamu dan mendapat sambutan yang amat baik... tak percaya, enta boleh layari blog Baitul Qurra" http://baitul-qurra.blogspot.com/...
(Gambar ini adalah rakaman ketika Majlis Sambutan Maulidurrasul di Baitul Qurra' pada 8 Mac.2009)

Tarik balik kata-kata enta dan mohon maaf secara terbuka...Amanah lah dengan ilmu. Dan untuk makluman enta, artikel ini ditulis kerana al-Mu'allim Ustaz Zulkifli sendiri yang minta ana menulis artikel ini yang ditujukan khas untuk ID SALAF-SABAH.Jagalah adab-adab seorang murid, sebagaimana yang dipesan oleh Imam Ghazali:

"Jangan jahat sangka terhadap gurunya apabila ia meliat gurunya mengerjakan seuatu pekerjaan yang pada zahirnya menyalahi ilmunya {bukan menyalahi agama} maka gurunya itu adalah lebih mengetahui dengan rahsia segala perbuatannya. Dalam hal ini hendaklah ia mengingati akan perkataan Nabi Musa 'alaihissallam bagi Nabi Khidir 'alaihissallam seperti yang disebutkan di dalam Al-Qur'an:

قال أخرقتها لتغرق أهلها لقد جئت شيئا إمرا
Maksudnya: "Berkata {Nabi Musa kepda Nabi Khidir): Apakah engkau rosakkan kapal ini untuk engkau menenggelamkan semua penumpangnya. Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar"
(Surah al-Kahfi: ayat 71)

Maka hendaklah ia mengingati bahawa sebenarnya dia tersalah keingkarannya itu. Kerana ia hanya memandang hukum yang zohir pada sisinya. [Ikuti kisah Nabi Musa 'alaiissallam dan Nabi Khidir 'alaihissallam dalam surah al-Kahfi, ayat 60 -82)

Pastikan dan fahamkan dengan betul apa yang dikatakan oleh Ustaz Zulkifli tersebut dengan sebaik-baiknya. Apepun ana mohon maaf dunia akhirat atas segala tutur bicara yang mengguris hati sekalian pembaca yang membaca dan terbaca artikel ini.
..

P/s: Berikut adalah kata-kata ID Salaf-Sabah dlm cbox ana sebagai rujukan flasback enta...

Salaf-Sabah: terima kasih empunya blog....kami sokong anda because
anda dan guru anda menyokong Wahhabi. takbir!
16 Mar 09, 13:33
Salaf-Sabah: tak sangka empunya blog ini berguru dgn
Wahhabi. ana prnh tny Ust. Zul guru empunya blog.
Beliau kata Wahhabi adalah Ahli Sunnah sbnr.kita mesti ikut mrk
16 Mar 09, 13:30
Salaf-Sabah: Salam.ini adalah blog Wahhabi krn taruk
org org Wahhabi.bagus

Monday, March 23, 2009

AKIBAT 'ILMU TAUHID TIDAK DIPELAJARI & DIFAHAMI DGN BETUL, MAKA...

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi ALlaah Tuhan Pencipta Pendtadbir 'Alam. Wujud-Nya ALlaah tanpa permulaan dan tanpa pengakhiran. Dia-lah Yang Menghidupkan dan Dia-lah Yang Mematikan. Hanya kepada-Nyalah kita pasti akan dikembalikan (entah hari ini, esok, lusa???).. Maha Suci ALlaah dari bersifat kekurangan. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam buat Nabi junjungan besar kita Nabi Muhammad SollaLlaahu'alaihi wa sallam, ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian penyampai risalah Islam yang suci hingga yaumul Qiyamah.


Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Artikel ini buat peringatan untuk diri ana dan sekalian manusia... sebagai muhasabah buat diri ana yang seringkali alpa. kekadang andai kita rasa terpinggir dan dipinggirkan oleh sahabat-sahabat, saat itulah baru kita teringat pada Allah. Sedang tika kita bergembira dengan keluarga dan sahabat handai, kita seolah-olah terleka dengan saat nikmatnya bermunajat kepada Allah. Kesibukan kita melayan ahli keluarga, sahabat handai dan mungkin juga mesyuarat ke sana, mesyuarat ke sini, program sana, program sini... kita terlupa nak menjaga solat di awal waktu...Kita terlupa nak membaca Al-Qur'an dan segala 'amal-'amal yang mempu meningkatkan iman. Alangkah hinanya diri ini (T_T)

Kekadang kita sibuk berprogram tak kira apa bentuk program bahkan program islamik tapi kita lupa nak memprogramkan diri kita dengan tarbiyyah ruhiyyah. Ataupun, kekadang dalam program sahaja kita menjaga segala 'amalan sunat yang sudah diletakkan dalam tentatif, tapi balik rumah, balik kampus, dan balik ke tempat asal kita... kita terlupa nak 'amalkan segala tarbiyyah yang kita perolehi daripada program...

Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah mengingatkan kepada kita betapa iman boleh meningkat, dan boleh menurun. Ada yang paginya beriman, petangnya kafir, dan ada yang petang beriman dan paginya kafir.. na'uzubiLlaahi min zalik...

Ketahuilah! Hakikatnya iman boleh meningkat dengan ketaatan kepada ALlaah, dan iman boleh menurun lantaran maksiat kepada ALlaah...

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah....

Ana ingin mengingatkan diri ana sendiri dan sekalian pembaca yang dihormati pd jalan Allah...Pernah tak bertanya pada diri sendiri? Bila kita akan "dijemput kembali"? Pernah tak muhasabah diri, cukupkah 'amalan kita untuk menjadi bekalan kita di sana nanti? Dah berapa banyak ke sumbangan kita pada agama Allah? dan kalau rasa banyak, berkualiti ke sumbangan kita tu? Ikhlas ke kita dengan kerja da'wah kita? Sabarkah kita dalam da'wah ini dengan segala ujian yang sentiasa datang silih berganti? Andai rasa keseorangan dalam perjuangan, siapa sebenarnya yang benar-benar kita lihat istiqomah dan tak jemu-jemu memberi motivasi kepada kita dengan kata-kata yang boleh mengobarkan kembali semangat juang kita? ke kita masih terus dipinggirkan, dibiar atau terpaksa mengambil keputusan untuk terus berdiam diri lantaran ...(T_T)


Pada 21 Mac, sabtu malam ahad, ana dikejutkan dengan sms yang mengejutkan dan boleh meluruhkan jantung dari seorang adik junior (bekas pelajar kampus U_,_) dia dapat mesej bertubi-tubi daripada seorang juniornya... dan diforwardkan kepada ana. Mesej tersebut adalah seperti berikut (hehehe... mcm2 soalan multiple choice jek):

"Assalaamu'alaikum. Tolong saya jawab kwn, sy dh try jwb tpi makin banyak pula persoalannya. Nanti saya forwardkn sms nya.
SMS PERTAMA (21 Mac, 10.01 pm):
nk tnya ni, Allah SWT mmg ana ketahui Yg Maha Kuasa, tpi hati ana asyik nk tnya, apa gunanya malaikat? Allah boleh lakukan apa2 shj mengikut kehendak-Nya, jdi x perlu malaikat lagilah kan?uu... mamdoh yg bingung (Ni tn.blog tak tahu mksud mamdoh tu pe)

SMS KEDUA (21.Mac, 10.02pm):
x fhm... tpi mmg kita x kn & x boleh samakan Allah dgn manusia. Abdullah x dpt buat jambatan sbb dia x de skill mbuat, dia x mmpu buat, & itu mnunjukkan dia hnya seorang manusia yg lemah- jdi dia akan minta tolong org lain buat/ handle.. cuma yg pelik bingung ana ialah kekuasaan Allahku yang agung, maka Allah tidak perlukn pertolongan/ kerja dr malaikat kan? utk mnunjukkan adanya makhluk lain ana fhm, samalah mcm dicipta nya jin, syaithan & lain2.. tpi ada malaikat maut, malaikat mungkar, dll ... bukannya Allah mmg dh tau?

SMS KE-3 (21.Mac, 10.03pm):
Kiranya bg ana patutnya tiada pembahagian tugas @ pemberian tugas kpd malaikat la kalau mcm tu... dan mmg malaikat hnya melakukan apa yg disuruh Allah, hanya dgn izin Allah SWT baru dpt dilakukan , tpi kenapa tdk Allah yg lalukan? semua ciptaan Allah dlm kekuasaan Allah, apa perlunya malaikat? ana kdg2 takut juga nk tnya ni, tpi harapan ana, kalau enti rasa sukar, ana minta maaf... ana masih seorang muslim, tpi soalan2 begini ana nk tau jawapan. kalau soalan2 takdir, tu ana x berani, sbb jwpn dh jelas. cuma yg ni je ana...

SMS KE-4 (21.Mac, 10.05):
mm... kerajaan..mm.. raja tu malas :P tpi masih ada kekuranganlah ana rasa jwpn tdi... Allah yg Maha Berkuasa x perlu ada "bagi pihak" utk lakukan perkara2 tersebut... Malah Allah mengetahui kesemua keinginan/ kelakuan stiap ciptaan , even sampaila ke kuman, sel darah merah... maksudnya tak payah ada malaikat utk lakukan kerja.. Allah mmg boleh buat, x perlu bantuan pun... dh mmg kekuasaan-Nya.. hnya KUN FAYAKUN dh jdi.. seolah2 Allah kurang "tenaga", kurang "kuasa", kurang "masa", krn malaikat buat kerja... Astaghfirullah...

SMS KE-5 (21.Mac.09, 10.06pm):
dan yg ana faham, Allah is absolute , Allah x payah pertolongan, x peranakkn, Maha Kuasa krn mmg Allah dpt lakukan apa2 shj... tpi kenapa ada malaikat buat tugas2 tertentu? sbb x nk samakn dgn kerajaan manusia ana makin x fhm psl kekuasaan tu. ana tau Allah ada, tau Allah bkuasa, tpi malaikat... syaithan mmg hampeh, tpi no need 4 malaikat bila Allah dpt lakukannya ... huhu, tolong ana...

SEDIH, TAKUT, TERKEJUT, GENTAR tatkala mendapat soalan seperti ini... mempersoalkan tentang kejadian ciptaan Allah... mempersoalkan kenapa perlu kewujudan malaikat... ni menunjukkan adik yg bertanya ini tidak mengetahui dan memahami soal 'aqidah dgn kefahaman yg sebenar... stiap kali dpt msj yg baru drpd adik trsebut, tak henti ana beristighfar... soalan sebegini boleh merosakkan aqidah...
Soalan-soalan ini timbul kesan daripada kurangnya pengetahuan terhadap ilmu tauhid.

ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]

Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu kita dapat meperbetulkan 'aqeedah, akhlaq, dan menyempurnakan segala urusan kita dengan baik. Bahkan dengan ilmu juga, akan mampu menambah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala di samping dapat menjauhkan diri kita daripada terjebak dengan amalan-amalan jahiliah, jenayah, gejala sosial bahkan menjauhkan kita daripada perbuatan yang mensyirikkan ALlaah.


(Perbuatan jenayah seperti gambar2 ini juga adalah akibat daripada tidak mendalami dan memahami ilmu Tauhid...)

Telah berkata Hujjatul Islam Imam Ghazali di dalam kitab beliau Ihya' 'Ulumuddin, bahawa 'ilmu itu ada dua:
1. 'Ilmu fardhu 'ain: seperti 'ilmu 'aqeedah dan 'ibadah (WAJIB setiap orang Islam mempelajarinya)
2. 'Ilmu fardhu kifayah: seperti 'ilmu kedoktoran dan perniagaan (mesti ada sebahagian umat Islam yang mempelajarinya)


P/s:
POSTiNG pertama: Artikel ini insha'ALlah ana akan update utk mberi jawapan atas persoalan yg diajukan...
Segala pandangan drpd sekalian pembaca terhadap artikel ini amat2 dialu-alukan... maaf ana lambat update blog. ada masalah internet connection. Maaf dunia akhirat atas sgala kekasaran tutur bicara dan tindakan ana sama ada scara sedar atau tidak. Sama-samalah kita berlapang dada dengan semua org. Yang haq tetap dikatakan yg haq..

Jemput baca:
http://al-syahidah.blogspot.com/2009/02/kelebihan-mengetahui-memahami-ilmu.html
http://al-syahidah.blogspot.com/2009/01/tuntulah-ilmu-ya-talib-al-haq.html


Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilallaah