Monday, September 7, 2009

UNIVERSITI KEHIDUPAN, MARI USAHAKAN!

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Assalaamu'alaykum wa rohmatullaah... dikesempatan yang ada ini, ana ingin berkongsi email yang telah diemailkan kepada ana untuk tujuan perkongsian, renungan dan tindakan pihak yang berkenaan...(insha'Allah akan ditambah sedikit lagi gambar sebagai bukti...

"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.

Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya...

Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.

Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif. Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.

Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.

Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.

Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.

Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,

"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".

Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,

"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-

Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah."

"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."

Hati saya menyapa:-

"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."

Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?

Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?

"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih tepat:-

"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."

Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-

"Ah. pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah."

Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.

Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-

"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."

Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,

"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib. Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.

Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-

"Nanti datang lagi ye.."

Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-

"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."

Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.

Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.

Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.

InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.

Semoga sedikit niat ini mendapat bantuan ilahi, amin.

"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"

Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi



Bersama pesakit HIV

Gambar Jesus di sana sini.


Dewan kuliah di gereja ini

Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya, "Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"

Kenangan bersama penghuni

Wednesday, September 2, 2009

TERMASUK AIR KETIKA BERPUASA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

Soalan: Sewaktu berpuasa, termasuk air itu bagaimana hukumnya?

1. Seorang yang berkumur-kumur untuk berwudhuk kemudian tertelan air dimaafkan dan puasanya tetap sah, dengan syarat kumur-kumur itu tidak berlebihan. Jika dia berkumur-kumur dengan banyaknya air atau lebih daripada 3 kali maka, walau tertelan air dengan tidak sengaja, dihukumkan batal puasa.



2. Seorang yang ada najis dalam mulutnya seperti darah, kemudian berkumur-kumur, walaupun berlebihan semata-mata hendak menghilangkan najis tersebut, maka jika tertelan air, maka dimaafkan dan puasanya tetap sah.



3. Seorang yang mandi junub, kemudian termasuk air dalam telinganya, maka dimaafkan dan puasanya tetap sah. Tidak dimaafkan jika dia mandi dengan menyelam.


4. Seorang yang mandi sunat atau mandi kebiasaan, maka tidak dimaafkan jika termasuk air ke dalam telinganya. Dikira batal puasanya.

Sumber: http://fekah.blogspot.com/2007_09_01_archive.html

P/s: Berpada-padalah dan beringatlah serta berjimatlah menggunakan air (^_^)

Tuesday, September 1, 2009

TIPS BERBUKA PUASA

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


1. Sebaiknya 10 minit sebelum berbuka, kita bersiap diri dengan pakaian sembahyang dan berwudhuk.


2. Apabila masuk waktu Maghrib, maka sunat untuk kita melaungkan azan. Jika sudah ada orang lain yang melaungkan azan, maka sunat kita menjawab azan.

3. Selesai azan, kita membaca doa azan, kemudian barulah kita membaca doa berbuka puasa dan doa makan. Maksud sabda Rasulullah s.a.w: “Setiap orang yang berpuasa mempunyai doa yang dikabuli di waktu berbukanya.” (Riwayat Hakim)

4. Berbuka dengan mendahulukan makan kurma dan sebaiknya makan ia dengan bilangan yang ganjil; 1, 3 atau 5 biji.


5. Dalam hadis, Rasulullah menganjurkan berbuka dengan kurma, dan jika tiada kurma, maka mulakan berbuka itu dengan minum air. Air itu ialah air tawar dan jika tiada air tawar bolehlah dengan air yang manis. Sesetengah ulamak berpendapat, boleh makan makanan yang manis sebagai ganti ketiadaan kurma.
6. Sunat menyegerakan berbuka puasa dan tidak melambat-lambatkannya secara sengaja. Sebaiknya berbuka ringan sekadar mengalas perut untuk segera menunaikan sembahyang Maghrib.


7. Orang yang berbuka dengan sangkaan waktu maghrib sudah masuk kemudian ternyata belum lagi waktu maghrib, puasanya pada hari itu jadi batal. Wajib qadha puasa.

P/s: Selamat berbuka puasa (^_^)
http://fekah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Monday, August 31, 2009

TIPS BERSAHUR & TRAGEDI KETIKA BERSAHUR



1. Maksud Sabda Rasulullah: “Makan sahur adalah berkat, maka janganlah kamu tinggalkan sekalipun hanya dengan meminum seteguk air.” (Riwayat Ahmad)

2. Sunat melewatkan waktu sahur, sekira-kira sempat berhenti makan sahur itu pada waktu imsak.

3. Dianjurkan mematuhi waktu imsak sebagai langkah berhati-hati. Waktu imsak ialah waktu sebelum masuk waktu subuh dan tempohnya lebih kurang membaca 50 ayat Al-Quran secara sederhana. Dinilai tempoh waktu menghabiskan surah Al-Mursalat itu memadai kerana surah itu mengandungi 50 ayat. Pendapat lain, cukup dengan nilaian 10 minit sebagai tempoh waktu imsak.

4. Sunat makan sahur dengan kurma sepertimana yang dianjurkan Rasulullah, “sebaik-baik makanan sahurmu adalah kurma.”



5. Niat makan sahur belum memadai sebagai niat puasa makanya orang yang belum berniat puasa, wajib niat pada waktu sahur dengan niat puasa. Sekurang-kurang niat, adalah “sahaja aku puasa Ramadhan”.

Sumber: http://fekah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

p/s: Selamat bersahur dan salam Ramadhan al-Mubarak

Artikel tambahan:



Perkataan asal bagi puasa ialah saum, yang bererti menahan diri daripada makan dan minum dan apa sahaja yang membatalkannya mulai terbit fajar hingga terbenam matahari. Antara perkara yang sangat-sangat digalakkan sebelum kita memulakan puasa adalah bersahur. Didapati masih ramai masyarakat Islam, khususnya golongan muda, yang salah memahami pengertian sahur dengan menyangka sahur adalah nama kepada hidangan yang dimakan sebelum berpuasa esok hari.

Ada pula masih mempunyai tanggapan salah bahawa makan sahur merupakan syarat puasa hingga apabila tidak bersahur, mereka pun tidak berpuasa.
Apabila ditanya mengapa tidak berpuasa, alasan lazim adalah.. "semalam tak sahur!".

Sebenarnya, sahur adalah nama waktu lebih kurang sejam setengah sebelum terbit fajar. Ia merupakan antara waktu yang sangat diberkati hingga apa sahaja kebaikan yang dilakukan pada waktu itu akan diberkati dan diberikan ganjaran yang sangat lumayan.
Waktu sahur juga antara waktu yang baik untuk berdoa. Segala doa yang diminta pada waktu sahur tidak akan ditolak. Bagi yang mempunyai hajat dan inginkan hajatnya itu dikabulkan oleh Allah, jangan lepaskan peluang berdoa pada waktu sahur.

Rasulullah saw bersabda: "Bersahurlah, sesungguhnya pada waktu sahur itu berkah."
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Hukum makan pada waktu sahur adalah sunat dan sama sekali bukan syarat sah puasa. Mereka yang makan pada waktu sebelum sahur dengan niat mahu berpuasa tidak akan mendapat segala kebaikan waktu sahur. Hikmah makan pada waktu sahur antara lain adalah ia dapat memberikan kita tenaga untuk berpuasa menahan lapar dahaga sepanjang hari.


Nabi Muhammad saw bersabda: "Dapatkanlah pertolongan makan waktu sahur bagi berpuasa sepanjang hari dan dapatkan bantuan tidur sejenak pada waktu zuhur (qailuulah) bagi melakukan solat pada waktu malam."
(Hadis sahih riwayat Al-Hakim).

Hendaklah diusahakan bangun pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Nabi Muhammad bersabda: "Makan pada waktu sahur itu berkat. Janganlah kamu tinggalkan walaupun kamu hanya dapat meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya akan berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Oleh Ustaz Abdul Rahman Mohamed

Termasuk Air Sewaktu Mandi Di Bulan Puasa


Soalan: Bagaimana jika termasuk air ke dalam telinga sewaktu mandi wajib pada hari berpuasa?


Jawapan:

Di hari berpuasa, sunat mandi wajib itu disegerakan sebelum fajar. Jika mandi wajib selepas fajar, dan berlaku termasuk air ke dalam telinga, atau ke dalam mulut sewaktu berkumur atau melepasi pangkal hidung sewaktu memasukkan air ke dalam hidung; semuanya itu dimaafkan atas kerana mandi wajib tadi. Tidak dimaafkan jika mandi itu berlebih-lebihan sehingga membazirkan air, dan berkali-kali mandinya atau basuhan pada anggotanya.

Tidak dimaafkan juga jika mandi itu mandi sunat dan mandi harus. Berbeza pendapat sesetengah ulamak yang mengatakan dimaafkan juga pada mandi sunat. Mandi sunat itu ialah seperti mandi pada hari jumaat dan mandi sesudah memandikan mayat.
Mandi wajib atau sunat atau harus di bulan puasa dengan cara menyelam membatalkan puasa sekiranya termasuk air seperti yang yang disebutkan. Untuk itu, tidak dianjurkan untuk menyelam sewaktu berpuasa.

Sumber: http://fekah.blogspot.com/2008_09_01_archive.html

Thursday, August 20, 2009

DOA ISTERI BUAT SUAMI...

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

أللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ وَلَكَ الشُّكْرُ كَمَاأنْتَ أهْلَ لَهُ
وَكَمَا يَنْبَغِي لِجَلاَلِ سُلْطَانَكَ وَلِكَرِيمِ وِجْهِكَ
وَعِزِّ جَلاَلِكَ اِذْ يَسَّرْتَ لِي هَذَا الزَّوْجَ, أللَّهُمَّ
أجْعَلْهُ قُرَّةَ عَيْنٍ لِى وَعَوْناً عَلَى طَاعَتِكَ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ سُكْناً وَعَلَيْهِ نَاصِيَةً مُبَاَرَكَةً
اللَّهُمَّ حَبِّبْنِي اِلَيْهِ وَحَبِّبْهُ اِلَيَّ
وارْزُقْنَا الذُّرِّيَّةَ الصَّاِلحَةَ لَّتِى بِصَلاَحِهَا صَلاَحَ دِيْنِنَا وَدُنْيَانَا
اللَّهًمَّ اجْعَلْ مَا بَيْنِي وَبَيْنَهُ مِثْلَ مَا بَيْنَ عَلِيًا وَفَاطِمَةً
اللَّهُمَّ ألِّفْ بَيْنَ قَلْبِي وَقُلُوْبِ أهْلِهِ بِرَحْمَتِكَ يَا ارْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَنْهُ عُيُوْبِي وَاسْتُرْ عَنِّي عُيُوْبَهُ
وأظْهَرْ لِي مَحَاسِنَهُ وارْضَنِي بِمَا رَزَقْتَنِي وَبَارِكْ لِي فِيْهِِ
اللَّهُمَّ سَخِّرْ لِي زَوْجِي,اللَّهُمَّ يَسِّرْ أُمُورِي مَعَهُ وَصَرِّفْ عَنِّي شَرَّهُ
وَأقْنَعْنِي بِهِ وَأقْنَعْهُ بِي
أللَّهُمَّ اجْعَلْنِي بِعَيْنِهِ كَبِيْرَهُ وَفِي عَيْنِي صَغِيْرَهُ
أللَّهُمَّ أفْتَحْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي وَأَهْلِي وَأنْتَ خَيْرَ الْفَاتِحِيْنَ
اللَّهُمَّ يَاجَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمِ لاَ رَيْبَ فِيْهِ ,اجْمَعْ بَيْنِي وَبَيْنَ زَوْجِي عَلَى خَيْرٍ
اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي لَهُ كَمَا يُحِبُّ وَاجْعَلْهُ لِي كَمَا اُحِبُّ,وَاجْعَلْنَا لَكَ كَمَا تُحِبُّ
اللَّهُمَّ اجْعَلْ قَلْبَ زَوْجِي مُعَلَّقٌ بِحُبِّكَ ثُمَّ حُبِّ نَبِيِّكَ ثُمَّ حُبِّي
اللَّهُمَّ يَا وَلِيَّ نِعْمَتِي وَيَامَلاَذِي فِي كُرْبَتِي
اجْعَلْ نَقْمَتَهُ عَلَىَّ بَرْداًً وَسَلاَماًً كَمَا جَعَلْتَ النَّارَ بَرْداًً وَسَلاَماً عَلَى أِبْرَاهِيْمَ
أللَّهُمَّ أهْدِيْهِ اِلَى مَاتُحِبُّ وَتَرْضَي
أللَّهُمَّ أَيْقَنْتَ قَلْبِي بِكَ بِأَنِّي لاَ أُهْلِكَ وِانْتَ مَعِي

أللهُمَّ آمِين

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku.

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu

Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati

Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku

Dan rezekikan kami zuriat yang soleh yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia

Ya Allah jadikan antara kami berdua sebagimana antara Ali dan Fatimah

Ya Allah satukan hatiku dengan hati-hati ahli keluarganya dengan rahmatMu Wahai Yang Maha Pemurah

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku

Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya

Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannyaJadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku

Ya Allah jadikanlah aku dimatanya hebat dan jadikanlah ia dimataku kecil

Ya Allah bukakanlah antaraku dan suamiku dan ahli keluarganya sesungguhnya Engkau sebaik-baik pembuka

Ya Allaha yang menghimpunkan manusia pada hari Kiamat, himpunkan aku dan suamiku dalam kebaikan

Ya Allah Engkau jadikan aku sebagaimana yang ia sayangi dan jadikan ia sebagaimana yang aku sayangi dan jadikan kami sebagaimana yang Engkau sayangi

Ya Allah Engkau jadikan hati suamiku tergantung kepadaMu dan kemudian tergantung kepada rasulMu dan kemudian kepadaku

Ya Allah Engkaulah yang menguruskan kenikmatan dan kelazatan dalam kesusahanku,Jadikanlah kegarangannya terhadapku suatu kesejukan dan keselamatan sebagaimana engkau jadikan api ke atas nabi Ibrahim suatu kesejukan dan keselamatan

Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha

Ya Allah Engkau yakinkanlah hatiku bahawa sesungguhnya aku tidak akan dicelakai dan Engkau sentiasa bersamaku

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah

Ya Allah perkenankanlah

ADAB MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan Sekalian 'Alam. Milik-Nya kerajaan langit dan bumi dan di antara kedua-duanya. Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. Maha Suci Allah yang bersifat dengan segala kesempurnaan. Dia-lah Yang Menciptakan siang dan malam. Selawat dan salam buat Nabiyullah, khotamunnabiyyin Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, buat ahli keluarga baginda, para sahabat baginda, para tabi'en, para waliyullah, para 'ulama yang haq, dan sekalian para pejuang kebenaran hingga yaumul qiamah. Aameen.

PantaiBerbatuKarang
Hari silih berganti hari, minggu berganti minggu seterusnya... Pejam celik, pejam celik, akhir kita direzekikan Allah untuk bertemu sekali lagi bulan Ramadhan al-mubarak 1430 H. Bulan yang mulia, bulan yang penuh keberkatan dan rahmat daripada Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Dikesempatan ini, ana ingin berkongsi sedikit adab-adab kita sebagai seorang muslim dalam menyambut ketibaan Ramadhan yang ana copy dari satu website dan ana edit ckit-ckit (^_^) ditambah ngan gambor-gambor.

Perlu diketahui bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SollaLlaahu 'alaihi wa sallam iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.

Berikut ini adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi SolllaLlaahu 'alaihi wa sallam.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.”

(al-Baqarah 2:183)

1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.

Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing, untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawal hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.

2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.

Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:

“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ”

(al-Qadr 97:1-3)

Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.

3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.

Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.

Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”


4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.

Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa… sesungguhnya aku sedang berpuasa.”


6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia. (Jangan mengintai keburukan orang lain)

eyes-72

Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagilah dalam bulan Ramadhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.


7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.

Kita sangat-sangat disarankan untuk sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saling membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
"Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka."

Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangat dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita.


8. Lipatgandakanlah 'amal 'ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.

Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;

  • Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.
  • Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
  • Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
  • Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
  • Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
  • Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
  • Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
  • Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:

“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

SELAMAT BERPUASA! AMPUN MAAF ZAHIR BATHIN, FIDDUNYA WAL AKHIRAH ATAS SEGALA SALAH SILAP ANA...

Selamat Berpuasa!!