Monday, April 6, 2009

TAZKIRAH BUAT HATI-HATI YG MENCARI REDHONYA...

بسم الله الرحمن الرحيم

Segala puji-pujian kembali pada Allah Pemilik, Pencipta dan Pentadbir alam semesta. Dia Menguasai kerajaan langit dan bumi dan di antara keduanya. Tidak Dia menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Dia yang menjadikan penyakit dan Dia jualah yang akan menyembuhkan sesuatu penyakit atas keizinan-Nya. Semuanya dicipta atas kehendak-Nya dan Dia-lah Yang Maha Mengetahui atas sesuatu penciptaan itu. Maha Suci Allah daripada bersifat dengan sifat yang tidak layak bagi-Nya. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, nabi junjungan, nabi yang dirindui, keluarga Baginda, sahabat-sahabat Baginda dan sekalian pejuang, penyampai dan pengikut jalan yang benar hingga hari yang dijanjikan. Aameen.

.
Diriwayatkan bahawa RasululuLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
أضنوا شياطينكم بقول لا إله إلا الله محمد رسول الله فإن الشيطان يضنى بها كما يضنى أحدكم بعيره بكثرة ركوبه وشيل أحماله عليه
Maksudnya:
"Sakitilah syaithan-syaithanmu dengan ucapan:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
"kerana syaithan akan menjadi takut kerananya, sebagaimana salah seorang kamu menyakiti untanya dengan sering mengendarainya dan memberikan beban yang berat kepadanya"

Telah berkata Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin 'Abdul Qadir Al-Jailani, di Madrasah al-Ma'murah, hari Ahad bersamaan 7 Rejab 545 H.
"Wahai kaumku...! Sakitilah syaithan mu dengan keikhlasan dalam membaca ( لا إله إلا الله) bukan semata-mata melafazkannya sahaja. Tauhid itu akan membakar syaithan-syaithan manusia dan jin kerana tauhid itu adalah bagaikan api bagi syaithan dan cahaya (nur) bagi orang yang bertauhid...

Bagaimana kamu dapat mengucapkan lafaz ( لا إله إلا الله) sedangkan hatimu bersemayam bermacam-macam tuhan...? Segala sesuatu yang engkau jadikan sandaran dan engkau anggap sebagai sumber kekuatan selain daripada Allah, maka bermakna itu adalah sembahan mu. Tidak ada ertinya Tauhid yang engkau lafazkan dengan lidahmu, apabila ia disertai oleh kemusyrikan yang ada di dalam hatimu. Tiada faedahnya kebersihan tubuh badan zohir, apabila hatimu dipenuhi najis"

Muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan Allah...

1. Berimanlah dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan kepada Allah dengan mengesakan-Nya. Ini mampu menyakiti syaithan. Ketahuilah bahawa orang musyrik akan disakiti oleh syaithannya. Keikhlasan adalah intisari daripada suatu ucapan dan perbuatan.

2. Janganlah menghadiri suatu tempat yang akan mengobarkan api nafsu dan perangai jahat yang ada pada dirimu... Kerana menghadiri tempat-tempat sedemikian akan merosakkan rumah agama dan rumah imanmu

Ketahuilah! Penghayatan kalimah tauhid dan keikhlasan dalam keimanan kepada Allah mampu memadamkan api nafsu dan syaithan yang sentiasa berkobar-kobar.



3. Pelajarilah 'ilmu daripada guru yang mursyid
- yang bertaqwa kepada Allah
- yang meninggalkan semua larangan-Nya
- yang menjadi pewaris Anbiya', yang arif
- yang meng'amalkan 'ilmunya serta ikhlas dalam semua tindakannya.
* Sesuatu 'ilmu lebih afdal diperolehi daripada mulut seseorang, bukan melalui buku.. Sebaiknya pelajari 'ilmu lebih-lebih 'ilmu agama secara bertalaqqi dengan guru yang dithiqohi.

ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]


3. Pelajarilah 'ilmu dengan ikhlas...

- Sehingga terpelihara diri kita dari kemunafikan
- Tuntutlah 'ilmu semata-mata kerana Allah bukan kerana makhluq atau dunia-Nya

* Salah satu tanda bahawa seseorang itu ikhlas dan benar-benar menuntut 'ilmu itu kerana Allah ialah:
- Bertambahnya rasa takut dan gentar kepada Allah.
- Perasaan takut dan rendah diri kepada Allah sentiasa bermukim di dalam diri

* Telah berkata Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin 'Abdul Qadir Jailani:
"Disebutkan dalam kitab Taurat, bahawa barangsiapa yang semakin bertambah 'ilmunya, maka bertambah pulalah kesakitannya... Tahukah kamu apa yang dimaksudkan dengan kesakitan itu...? Kesakitan yang dimaksudkan di sini ialah ketakutan kepada Allah dan berhina diri kepada-Nya dan ber'ibadah kepada-Nya. Jika engkau tidak mempunyai 'ilmu, maka belajarlah! jika engkau tidak memiliki 'ilmu, tidak ber'amal, tidak ikhlas, tidak sopan dan tidak berbaik sangka kepada para guru, bagaimana engkau akan dapat menghasilkan sesuatu yang bererti...?"



4. Pejamkanlah matamu daripada segala yang diharamkan Allah...

- Cegahlah nafsumu yang mengajak melakukan perkara yang dilarang Allah
- Jangan turutkan keinginan nafsu yang membuak-buak tu...
- Berdoalah kepada Allah "Ya Allah... Tundukkan nafsu pada jalan-Mu. Pimpinlah hatiku dalam menuju redho-Mu"



5. Biasakanlah memakan makanan yang halal...
- Peliharalah bathinmu dengan bertaqwa kepada Allah
- Peliharalah zohirmu dengan mengikuti sunnah RasululuLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam.



6. Biasakanlah diri bersahabat kerana Allah dan bermusuhan kerana-Nya

- Persahabatan selain kerana-Nya akan mengundang permusuhan
- Sebagaimana Sabda Nabi Muhammad sollaLlaahu 'alaihi wa sallam yang bemaksud:
"Ikatan iman yang paling kuat ialah kasih sayang kerana ALlaah dan marah kerana ALlaah"
[Hadith diriwayatkan Ahmad daripada al-Bara' Ibn Azib]

Saiyidina 'Umar al-Khattab pernah mengingatkan dengan kata-katanya:
"Engkau mestilah mencari saudara-saudara yang jujur. Hiduplah dalam lingkungan mereka, kerana mereka merupakan perhiasan di waktu senang dan bekalan di waktu kesukaran"

7. Bersabarlah di atas segala ujian dari-Nya dan bersyukurlah...
- Tidak sanggup bersabar atas suatu penderitaan dan tidak bersyukur atas sesuatu nikmat, maka seseorang itu dikatakan belum lagi benar-benar beriman.

RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam telah bersabda:
الصبر من الإيمان كالرأس من الجسد
Maksudnya: "Sabar adalah sebahagian daripada iman, sebagaimana kepala adalah sebahagian daripada jasad."

8. Bertaqwa dan bertawakkallah kepada Allah...
- Sebahagian daripada hakikat Islam ialah tawakkal kepada Allah tanpa berbelah bagi
- Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
ومن يتق الله يجعل له، مخرجا ويرزقه من حيث لايحتسب
Maksudnya:
"Dan barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberi rezeqi dari arah yang tiada disangka-sangka..."
(Surah At-Thalaq: ayat 2-3)

- Sesungguhnya manusia itu sama sahaja di sisi Allah. Apa yang membezakan antara kita semua adalah taqwa kepada Allah. Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam surah Al-Hujurat ayat 13)
إن أكرمكم عندالله أتقكم
Maksudnya:
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi ALlah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu"

9. Hindarkan diri dari memuji diri sendiri
- Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
فلا تزكوآ أنفسكم هو أعلم بمن اتقى
Maksudnya:
"Maka janganlah kamu menganggap dirimu bersih, sebenarnya ALlah lebih tahu siapakah yang lebih bertaqwa kepada-Nya"
(Surah An-Najm: ayat 32)

-Ketahuilah bahawa memuji diri sendiri itu akan mengurangkan harga diri mu di sisi manusia dan menyebabkan turunnya kemurkaan Allah

10. Jauhilah melaknat dan memaki hamun
- Telah berkata Al-Imam Hujjatul Islam Al-Ghazali r.a
"Jangan sesekali engkau melaknat sesuatu daripada makhluq Allah, sama ada binatang atau manusia. Jangan engkau hukumkan secara pasti ke atas seseorang daripada ahli qiblat (seorang muslim) bahawa dia telah menjadi kafir atau munafik kerana Allah sahaja yang Mengetahui apa yang tersembunyi dalam hatinya. Maka jangan engkau campur tangan dalam urusan antara mereka dengan Allah"

Beliau menambah:
"Dan ketahuilah bahawa pada hari qiamat nanti engkau tidak akan ditanya kenapa engkau tidak melaknat pulan bin pulan dan kenapa engkau diam (daripada menyebut kejahatannya) bahkan... engkau tidak akan ditanya kenapa engkau tidak pernah melaknat iblis seumur hidupmu. Engkau tidak akan ditanya demikian pada kiamat nanti...

Tetapi... jika engkau telah melaknat seseorang maka engkau PASTI akan ditanya kenapa engkau melaknat akan dia. Maka janganlah engkau melaknat apa sahaja daripada makhluq Allah. Sesunggunya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam TIDAK PERNAH mencela makanan yang rendah (tidak sedap), bahkan apabila beliau berkenan baginda akan memakannya dan apabila baginda tidak berkenan,baginda meninggalkannya (dengan tanpa mencela)"

Muslimin muslimat yang ana kasihi pada jalan Allah...
*** Dengan melakukan 'amalan-'amalan ini, Insha'Allah, kita akan dapati SUARA HATI YANG BENAR dengan kemakrifatan kepada Allah. Sehingga kita mampu melihat sesuatu yang tersirat di sebalik yang tersurat dan melihatnya dengan mata hati yang disinari dengan makrifatullah.Sehingga melahirkan jiwa yang benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan agama Allah. Kerana bukan redho manusia yang diharapkan tapi cinta dan redho Allah yang diidam-idamkan. insha'Allah***


P/s:
Akhirul kalam... Mohon maaf dunia akhirat seandainya ada gaya bahasa mahupun tutur bicara yang tidak menyenangkan mana-mana pihak. Artikel ini adalah sebagai peringatan buat diri ana yang seringkali terleka dalam mencari cinta-Nya (T_T) dan buat hamba-hamba Allah yang mencari redho-Nya (",) Sebahagian artikel ini adalah pesanan daripada guru-guru ana dan juga bersumberkan kitab Fathur Rabbani daripada Syeikh 'Abdul Qadir Jailani dan kitab Bidayatul Hidayah daripada Imam Al-Ghazali r.a.

Bahagian ni (utk sahabat2 yg tertanya2 khabar ana :)

AlhamduliLlaah, syukur kepada Allah kerana sekali lagi diberi kekuatan untuk menulis artikel ini.. Semua itu atas kehendak dan keizinan Allah. Setelah 4 hari ana MC, dengan keizinan Allah... ana cuba untuk hadir ke sekolah pada hari Jumaat (3.April.09) ... sbenarnya masih tak larat... melihat wajah-wajah comel pelajar-pelajar yang dahagakan 'ilmu menyebabkan ana berusaha untuk bertahan sungguhpun ketika mengajar ana batuk dan hampir muntah dan pitam... Kesan alahan ubat yang diberi doktor ketika dimasukkan ke emergency... sehingga hari ini, alhamdulillah ana hampir sembuh cuma tangan sedikit menggeletar dan masih lagi bernafas bukan seperti orang yang normal :)

Indahnya ujian dari Allah... Penyakit itu ujian... Penderitaan itu juga ujian... Kegembiraan jua ujian...Apa yang kita alami zahir dan batin sama ada menyakitkan atau tidak... itu juga adalah ujian... untuk menguji sama ada kita tetap bersabar dan bersyukur kepada-Nya...


Pada tengahari sabtu yang lepas (4.April)...entah dari mana datangnya. kekuatan (ana sedar & yaqin dah tentu semua itu atas kehendak Allah Yang Berkehendak akan berlakunya sesuatu itu).. ana TERdorong untuk menggagahkan diri menghadiri satu program Islam yang dianjurkan oleh alumni kampus... sepanjang program tu, ana seperti orang yang tak sakit... kemudian pada sabtu malam tu, ana mendapat panggilan telefon oleh Ketua Muslimat untuk menghadiri muktamar pada keesokkan harinya untuk mempengerusikan majlis....

Pada asalnya ingin menolak kerana kesihatan yang tak mengizinkan...mana mungkin ana mampu mempengerusikan majlis dalam keadaan nafas yang tak teratur, batuk berpanjangan dan tekak yang sakit... tapi apa yang terkeluar dari mulut ana ... ana mengiyakan (menyetujui) permintaan beliau. Tak sanggup rasanya mengecewakannya dengan menolak permintaannya...

Akhirnya dengan kehendak Allah, alhamdulillaah ana dapat mempengerusikan Muktamar tersebut sungguhpun batuk sekali sekala dan tak sekerap sebelumnya. SUBHANALLAAH... hukum adat, bila makan ubat selalunya akan sembuh, tapi jika tidak diizinkan Allah... Penyakit kita tidak akan sembuh... Setelah ana menghadiri program-program tadi, SUBHANALLAH...bagi ana ianya menjadi asbab ana untuk hampir sembuh...

Moral: Hukum adat bagi pisau, tabiatnya adalah memotong... tetapi boleh jadi tidak dapat memotong sebagaimana yang terjadi pada pisau yang digunakan oleh Nabi Ibrahim 'alaihissalllam ke atas puteranya Nabi Ismail 'alaihissallam... Ubat yang kita telan... hukum adat tabiatnya mampu menyembuhkan tapi boleh jadi tidak menyembuhkan atas kehendak-Nya. Allah nak bagi tunjuk akan kebenaran bahawa Al-Qur'an dan Islam itu adalah penawar bagi orang-orang beriman (",)


Al-Qur'an adalah penawar bagi orang beriman... dan bagi ana program-program Islam juga sebagai penawar hati bagi mereka yang lemah iman seperti ana yang dhoif ini yang sentiasa terdedah melakukan dosa sama ada sedar atau tidak... Jika iman sihat ia mampu menjana kesihatan dan keseimbangan pada JERI (Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek kite).

Akhirul kalam, Mohn maaf dunia akhirat seandainya bahagian ini mengambil sedikit masa sahabat-sahabat utk membacanya. Harapan ana agar setiap penulisan ana mudah-mudahan tidak melalaikan antum daripada mengingati Allah bahkan semakin mengingati-Nya. Tapi apalah daya ana... hamba-Nya yg juga sering terlalai...

Bersama-samalah kita berusaha untuk meningkatkan iman agar mampu menjadi mukmin yang sejati, yang soleh/hah,lagi diredhoi dan diberkati Allah. Semua ini menjadi pemangkin utk mbentuk baitul muslim, seterusnya akan terbentuknya biah solehah, dan seterusnya daulah Islamiyyah... Dengan syarat kita perlu memulakan pada diri kita sendiri. Jadikan diri kita sebagai penegak kalimah toyyibah dalam diri dan keluarga :)


Ana al-faqiroh wad dhoifah ilaLlaah

Saturday, April 4, 2009

FAHAMI KALIMAH TOYYIBAH INI YA AYYUHAL MUSLIMUN!



Kalimah
(
أشهد أنْ لا إله إلا الله
) membawa erti Aku bersaksi bahawa 'Tiada Yang Berhak Disembah Melainkan Allah' iaitu dengan makna ( لا معبودَ بحقّ إِلا الله ). Iaitu tiada Tuhan yang kita berhak menyembahnya dengan merendahkan diri serendah-rendahnya ( نهاية التذلّل ) melainkan Allah Ta'ala. Adapun, orang-orang kafir menyembah tuhan lain (pada sangkaan mereka itulah tuhan mereka seperti berhala, lembaga besar di atas 'Arasy dan lain-lain) yang hakikatnya bukan tuhan, maka itu sebenarnya bukanlah tuhan yang sebenar yang berhak disembah.

Dan perlu ditegaskan bahawa hanya Allah sahaja yang perlu kita ketahui, yakini dan iktiraf adalah Tuhan yg Hak berhak untuk disembah dengan pengabdian diri hanyalah kepadaNya. Dan kita tidak boleh mengiktiraf tuhan lain seperti yg disangka puak kuffar sebagai tuhan.

Firman Allah Ta'ala:
إياك نعبد
Hanya Engkau (Yang Berhak & Layak) Kami Sembah
[Surah al-Fatihah : 5]

Manakala kalimah (
أشهد) membawa erti:
  • (Aku Mengetahui, Aku Meyakini/Mempercayai, Aku Iktiraf)
  • (I Know, I Believe, I Declared)
  • ( أعلمُ وأعتقدُ وأعترفُ
Maka hendaklah kita bersaksi (mengetahui di hati dan mempercayai di hati dengan mengiktirafkan (melafazkan) dengan lisan) bahawa Tiada Tuhan Yang Sebenar Yang Berhak Untuk Disembah Melainkan Allah Sahaja.


Setiap mukallaf itu hendaklah mengetahui dan memahami (ma'rifah) tentang Allah & RasulNya dengan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah sekali seumur hidupnya untuk masuk ke dalam Islam. Walaubagaimanapun, bagi mukallaf yang telah dilahirkan di dalam Islam (ibu & ayahnya telah Islam), maka cukuplah dengan diwajibkan mengucapkan Dua Kalimah Syahadah pada setiap kali solatnya yang ditunaikan.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:


أشهد أنْ لا إله إلا الله وأشهد أنَّ محمدًا رسول الله
[Aku Bersaksi Bahawa Tiada Tuhan (Yg Berhak Disembah)
Melainkan Allah

Dan (Nabi) Muhammad Adalah Rasul Allah]

Bagi mukallaf yg pada asalnya kafir, maka hendaklah dia mengucapkan dengan lafaz Dua Kalimah Syahadah ini dengan betul dan tepat. Dan hendaklah diterjemahkan pada bahasa yang dia fahami jika tidak memahami Bahasa 'Arab bagi A'jamiyyan. Perlu kita ketahui bahawa setiap perkataan yg dilafazkan perlu tepat dan jika tidak mampu untuk menyebut dengan tepat seperti pada huruf ha pedas bagi kalimah (محمدًا) maka boleh disebut dengan (أبا القاسم) iaitu 'Bapa kepada Qasim' yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad (صلى الله عليه وسلم).

SUMBER: http://ar-rifaeyy.blogspot.com/


p/S:
semoga melalui penghayatan, pemahaman dan pengaplikasian hakikat kalimah toyyibah ini mampu melahirkan individu yang cekal, tabah dan istiqomah dalam menyusuri kehidupan dunia yang fana' dan penuh pancaroba ini dan sekaligus menggegarkan dunia hingga muncul kelompok-kelompok yang tidak gentar terhadap musuh yang nampak & yang x nampak dalam merealisasikan tertegaknya Daulah Islamiyyah.

Semoga golongan ini bersatu teguh melakukan amar ma'ruf nahi mungkar demi mencari redh0-Nya.
Sehingga Islam menguasai dunia di segenap ceruk penjuru dunia. Mudah-mudahan kita dipelihara oleh Allah Ta'ala untuk kekal berada di dalam Islam selama-lamanya. TAKBIR!!!

(Wa Allah Ta'ala A'lam wa Ahkam).

Wednesday, April 1, 2009

SEDIKIT RENUNGAN BUAT HAMBA-HAMBA ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

"Ya Allah... Limpahkanlah rahmat-Mu kepada Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam dan keluarganya, dan limpahkanlah kesabaran ke dalam diri kami, serta kukuhkanlah pendirian kami. Perbanyakkanlah pemberian-Mu kepada kami serta berilah kami rezeqi dan kemampuan untuk bersyukur terhadap rezeqi itu"




Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Suka ana mengingatkan diri ana... Marilah kita sentiasa melazimkan diri bertanya pada diri sendiri... Siapa kita di sisi Allah? Muliakah kita? Hinakah kita? Dan berapa banyak 'amal kebaikan yang kita lakukan? dan dah berapa banyak dosa yang kita mungkin lupa untuk bertaubat kepada Allah??? (Na'uzuubillahi min zalik). Walau bagaimanapun keadaan kita, di mana pun kedudukan kita, hanyalah Allah sahaja yang Maha Mengetahui... Siapa kita di sisi-Nya... (T_T)

Perlu diingat wahai muslimin muslimat yang ana hormati pada jalan-Nya...
Kita semua sama sahaja di sisi Allah, yang membezakan antara kita hanyalah IT... Selalu ana ulang-ulang ayat ni, Not Information and Technology. But IMAN & TAQWA...

Sahabat-sahabat yang ana kasihi pada jalan Allah
Silih berganti ujian datang kepada kita. Tak kira masa dan tempat pasti kita diuji. Hari ni dah masuk hari ke-empat ana tak dapat hadir ke sekolah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik. Masih tak bermaya untuk menjalankan tugas. Tapi ana gagahkan diri juga untuk menulis artikel-artikel di dalam blog ana ... Mudah-mudahan sepanjang istirahat ana di rumah tidak berlalu begitu sahaja.

"Ksianya akak... 3 sekaligus... harap kak mac ada kekuatan utk beribadat ya... kak rehatlah cukup2 ya. bole sambung dakwah kakak & mengajar cepat2 kat sekolah :-)"
(1.Apr.09:4.01pm)

"Assalamu'alaikum cIkGu... Saya doakn ckgu cpat sembuh ya...Murid yg selalu syg pd cikgu.. Ehe.. From 5A"
(1.Apr.09:8.32 p.m)

"...dalam senyum teruji kesabaran, dalam tenang teruji keihklasan, dalam kepimpinan teruji kebijaksanaan, dalam jama'ah teruji segala-galanya... tiada salahnya jatuh... andai ia mengajar kita bangun, tiada salahnya tersesat, andai ia menunjuk ke jalan yg lurus... sungguh hebat org yg beriman".. Allah berfirman dalam hadis Qudsi.. "Jika hamba2Ku tdk mahu terima qada' n& qadarku, maka carilah alam yg lain slain dr alamku ini..." skdr prkongsian
(1.Apr.09: 11.24 p.m)

Siang dan malam, h.phone ana sentiasa berbunyi tanda masuknya SMS. Sahabat handai, rakan taulan dan anak didik ana menghantar SMS memberi kata-kata motivasi. (Di atas adalah antara mesej2 yg ana terima) Terharu rasanya... Dalam pada itu, sahabat yang tak mengetahui keadaan ana tika ini telah menghantar SMS mohon bantuan ana untuk menjadi dan mencari fasilitator untuk Program Memperkasakan 'Aqeedah dan program motivasi di dua buah sekolah menengah luar bandar. Kawan ayah ana telah menghantar SMS kelmarin kepada ayah ana... meminta ana menyampaikan motivasi bagi pelajar Tahun 6 di sekolah beliau.

Allahu akbar! Masya'Allah... SubhanaLlah.... Tiada daya dan upaya melainkan dengan bantuan Allah jua... Alangkah indahnya masa lapang, alangkah nikmatnya sebuah kesihatan.
..
Saat ini baru terasa betapa nikmatnya sebuah kesihatan... Ana mohon maaf dunia akhirat kepada kalian, dengan keadaan ana seperti sekarang ini, terlalu sukar bagi ana untuk menyempurnakan permintaan kalian wahai sahabat-sahabat yang ana hormati dan kasihi pada jalan Allah (T_T) Insha'Allah andai ada kekuatan ana akan usahakan untuk hadir. Doakan ana...




Ikhwan wa akhowat yang ana kasihi pada jalan Allah...
Ketahuilah kita diciptakan bukan untuk kekal lama dan bukan untuk bersenang-lenang serta bersuka-ria di muka bumi Allah yang fana' ini. Dunia ini cukup indah tapi tidak setanding dengan kehidupan di "sana" bagi mereka yang layak dan telah dijanjikan Allah. Marilah kita mengubah apa-apa yang dibenci oleh Allah yang ada pada diri kita menjadi keredhoan-Nya. Marilah kita mentaati Allah dan Rasul-Nya sesuai dengan ucapan kita:
لا إله إلا الله محمد رسول الله
Maksudnya: "Tiada Tuhan (yang berhak untuk disembah) melainkan Allah, Muhammad adalah pesuruh Allah"

Marilah kita fahami kalimah toyyibah ini...
Ucapan ini perlulah diucapkan dengan penuh keimanan dan ketaqwaan kepada Allah. Ditunaikan hak-haknya. Betapa ramai dengan mudah melafazkan kalimah yang suci, kalimah yang agung ini... tetapi berapa kerat sahaja yang benar-benar melaksanakan hak-haknya yang perlu ditunaikan???

Teringat ana sebuah lagu daripada sebuah kumpulan penyanyi rock kalau tak silap (ana tak tahu nama kumpulan dan tajuk lagu tersebut. Ana hanya terdengar beberapa bait lagu tersebut ... tu pun tak pasti ana terdengar kat mane)... Lirik lagu tu seperti berikut:


"Tiada lafaz yang paling agung..lafaz cintamu..."

Astaghfirullah... Kepada pembuat lirik, berhati-hatilah kalian... (bahkan sesiapapun) termasuk diri ana sendiri)... Jangan sampai tanpa sedar, apa yang dilakukan boleh merosakkan 'aqeedah sendiri dan orang lain. Sesungguhnya Tiada lafaz yang paling agung melainkan kalimah toyyibah ini...
لا إله إلا الله محمد رسول الله

Berbalik persoalan menunaikan hak-hak yang terdapat dalam kalimah toyyibah ini...
Iman adalah ucapan dan tindakan, yang tidak akan diterima dan tidak bermanfaat bagi kita jika kita gandingkan ia dengan kemaksiatan, kesalahan dan menentang Allah. Iaitu melakukan perbuatan-perbuatan seperti meninggalkan solat, puasa, tidak membayar zakat, dan meninggalkan 'amal kebaikan.

Jika demikian perlakuan kita, dimanakah manfaat syahadatain atau pengakuan yang sudah kita ikrarkan itu...?

Ketahuilah! apabila kita sudah mengucap (لا إله إلا الله محمد رسول الله ) bermakna kita telah mengaku. Jika ditanya, apakah bukti pengakuan kita...? Bukti pengakuan itu ialah mematuhi segala perintah dan menjauhi segala larangan, sabar terhadap ujian, dan pasrah terhadap ketentuan atau taqdir Allah. Inilah bukti pengakuan itu, namun begitu semua ini tidak akan diterima kecuali dengan keikhlasan semata-mata kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala.


Muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...
Sedarlah! Sesungguhnya tidak diterima suatu ucapan tanpa 'amal dan tidak diterima 'amal tanpa keikhlasan dan sesuai dengan sunnatuLlaah.

Berikut adalah ringkasan peringatan buat renungan diri ana yang sering alpa dan untuk sekalian pembaca yang ana hormati dan hargai kerana Allah...

1. Cintailah Allah dan Rasul-Nya melebihi engkau mencintai apa-apa sahaja yang engkau miliki di dunia ini. Nescaya engkau akan dapat yang disekeliling mu akan mencintai dan menyayangi dirimu... Bahkan akan sentiasa sedia membantumu.

2.Berilah kelapangan orang-orang miskin dengan sebahagian hartamu

Surah Al-Baqorah ayat 271 yang bermaksud:
"Sekiranya kamu bersedeqah dalam keadaan terang-terangan, itu memang satu perbuatan yang baik, tetapi sekiranya kamu merahsiakan dan beri pada golongan miskin, maka itulah yang paling baik"


Surah Ali 'Imran yang bermaksud:
"Kamu sekali-kali tidak akan mendapat kebaikan (yang sempurna) melainkan kamu menafqahkan sebahagian harta yang kamu kasihi"

3. Jangan menolak orang-orang yang meminta ketika kamu mampu memberinya sesuatu, tak kira banyak mahupun sedikit (yang penting jangan sesekali menghampakan mereka... Bantulah sedaya mungkin sungguhpun hanya dengan sebuah senyuman mahupun kata-kata motivasi :) Jika benar tak de apa yang boleh kita lakukan. Tapi berusahalah untuk membantu orang yang datang kepada kalian sehingga ia berhasil menemui apa yang dihajatinya)


4. Didiklah diri dengan sifat suka memberi, kerana perbuatan ini amat dicintai oleh Allah.. Bukankah hakikatnya Allah yang membuatkan kita mampu memberi... Bukankah Dia yang memberi kita rezeqi yang lebih sehingga dengan sedikit kelebihan itu kita mampu menghulurkan bantuan kepada orang lain... Tak kiralah sama ada pemberian kita itu "yang boleh nampak" mahupun yang bersifat "ma'nawi"...


5. Tangisilah dosa-dosa yang telah engkau lakukan. Tinggalkan dunia tika engkau beribadah kepada Allah, dan ingatlah Allah walau dimana engkau berada. Dia Maha Melihat apa yang kita lakukan. Pendek kata, dalamilah makna hakikat kesaksian yang seringkali diucapakan dalam solat

لا إله إلا الله محمد رسول الله

Firman ALlaah Subhanahu wa Ta'ala:

فاعلم أنه لاإله إلا الله واستغفر لذنبك
Maksudnya: "Maka ketahuilah, sesungguhnya tidak ada Tuhan kecuali ALlaah dan mintalah (pengampunan dari ALlaah) atas dosamu"
(Surah Muhammad, ayat 19)

P/s:
Akhirul kalam... Syukurilah nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita... Memberilah kepada yang meminta... Tapi janganlah tunggu orang meminta baru kita memberi... sebaiknya memberilah tanpa dipinta. Berinfaqlah pada jalan Allah dengan segala apa yang ada pada kita di jalan Allah... Sama ada harta benda, buah fikiran, tenaga dan masa bahkan nyawa kita sekalipun demi perjuangan Islam. Kita ingin melihat ketuanan Islam kembali gemilang. Orang yang tulus dalam perjuangan Islam adalah golongan yang sedikit, maka jadilah orang yang sedikit itu...!

Mohon maaf dunia akhirat andai ada kesilapan dalam tutur bicara ana yang mengundang perasaan dan hati yang tidak senang kepada sekalian pembaca. Artikel yg ana tulis ini berdasarkan apa yang ada di hati dan yang pernah dipelajari serta berpandukan kitab Fathur Rabbani, daripada al-Sayyid Syaikh Abdul Qadir al-Jailani dan (ana olah sedikit sebanyak mengikut gaya bahasa ana yang ana yaqin sudah tentu banyak kesilapan.) .

Oleh itu, ana amat berbesar hati atas segala teguran yang ikhlas dr sekalian pembaca. Betulkanlah ana andai bicara dan tindakan ana bercanggah dengan syari'at Allah. Bukankah berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran itu adalah akhlaq Islam :) Usah biar sahabat kalian terleka dan tanpa sedar melakukan perbuatan yang menyalahi 'aqeedah yang haq. Mudah-mudahan dijauhkankita daripada segala sifat-sifat mazmumah dan dihiasi peribadi kita dengan sifat-sifat mahmudah. Syukran jaziilan. Baarokallaahu fiikum


Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ila Rabbihi

NIKMAT ISLAM WAJIB DISYUKURI

Disampaikan oleh:
HABIB KASIM IBN JA'FAR IBN MUHAMMAD as-Saqqaf al-Hadrami al-Husaini ketika sambutan Maulidurrasul di Baitul Qurra' Melaka, pada 8.Mac.2009.

(Nota berikut merupakan nota ringkas yang telah diambil ketika Habib sedang menyampaikan Tazkirahnya. )

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين

1. Kalimat Syukur itu sendiri merupakan nikmat dari Allah. Nikmat Allah sentiasa diperbaharui dengan kita sentiasa melakukan sujud syukur. Manusia tidak mampu mensyukuri segala kenikmatan Yang Allah berikan.


2. Kita tidak sedar dengan kewujudan nikmat ALLAH sehingga nikmat itu ditarik balik dari Allah Subhanahu wa Ta'ala.

3. Cuba kita perhatikan salah satu nikmat dari Allah, iaitu kebolehan kita bernafas. Bila nikmat itu diambil , contohnya seperti ketika kita diserang dan dicekik orang, kita akan rasa betapa besarnya kehilangan kerana tidak dapat bernafas. Manusia tidak akan sedar akan kenikmatan yang diberi kepadanya sehingga kenikmatan itu diambil daripadanya. Oleh itu kita wajib sentiasa bersyukur kepada Allah.

4. Antara nikmat-nikmat dari Allah yang besar adalah Nikmat Islam, kita digolongkan di dalam golongan yang beriman dan kita digolongkan di dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atasa baginda) iaitu umat yang lebih baik daripada umat-umat yang terdahulu.

5. Daripada nikmat Islam itu sendiri, terkandung lebih banyak nikmat. Umat terdahulu menjadi debu dan dihancurkan kerana tidak beriman kepada Allah. Jibril ('alaihissalam) pernah bertanya kepada Allah, mengapa manusia tidak dijadikan sama rata, lalu Allah menyatakan Dia lebih suka dikenali dan disyukuri oleh hamba-hamba-Nya

6. Orang orang kafir turut menerima kenikmatan, contohnya kenikmatan Keamanan dan kenikmatan makanan walaupun tidak beriman pada Allah dan Rasul-Nya. Orang Islam menikmati kenikmatan yang khusus, iaitu tergolong dalam umat Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas Baginda) dan menjadi pengikut baginda. Nikmat Khusus ini wajib kita syukuri sebagai orang yang beriman.

7. Nikmat Makanan, makanan mengandungi sumber-sumber nutrisi untuk keperluan badan. Bila dimakan, para malaikat menyalurkan kandungan-kandungan nutrisi di bahagian bahagian yang sudah ditetapkan Allah. Jika nutrisi-nutrisi tidak disalurkan dengan betul, sudah tentu pertumbahan bahagian badan kita tidak seimbang.

8. Ilmu ilmu yang baru ditemui dan diterokai adalah sebagian kecil daripada ilmu Allah. Contohnya Maut, para doktor hanya dapat mendefinisikan mati itu bila jantung manusia telah berhenti dan otak tidak berfungsi lagi. Sementara para Ulama mendefinasikan maut itu apabila keluarnya roh dari jasad, atau bila roh berpisah daripada badan dan sesungguhnya Roh itu adalah perkara khusus bagi Allah.

9. Marilah kita beramai ramai bersukur kepada nikmat terbesar iaitu nikmat Islam dengan berusaha meningkatkan keimanan. Dalam nikmat Islam , ada nikmat tergolongnya kita semua di dalam golongan Nabi Muhammad (Selawat dan salam ke atas Baginda). Mensyukuri nikmat ini boleh dilakukan seperti mengamalkan sebanyak sunnah sunnah Nabi. Mempelajari sirah-sirah Nabi, membaca Qasidah dan sebagainya.

10. Kita harus sedar, Islam itu merupakan Nikmat terbesar. Kita tidak pernah sekali pun berdoa kepada Allah,"Jadikan aku seorang Muslim….” Atau “ jadikan aku tergolong dalam Umat Nabi Muhammad …..” (selawat dan salam ke atas baginda). Sesungguhnya Allah akan memberi petunjuk kepada sesiapa Dia kehendaki.

11. Kita wajib untuk sentiasa bersyukur kepada Allah. Setiap nikmat wajib disyukuri, Ramai di antara kita banyak beribadat, tetapi sedikit sahaja golongan yang bersyukur. Maka jadilah dari golongan yang sedikit.

12. Antara cara cara terbaik kita melahirkan kesukuran kepada Allah ialah:

a. Jangan sesekali kita meletakkan kepala untuk tidur melainkan sudah melakukan solat sunat Witir

b. Dalam satu hari dan satu malam, buka dan bacalah Al-Quran walaupun hanya dengan membaca satu muka. Dan berhati-hatilah jika kita tidak membaca Al-quran dalam tempoh seminggu.

13. Kita harus meyakini dan mengimani bahawa sebab kita mendapat semua nikmat ini adalah disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan dalam ke atas baginda). Surga, Islam dan setiap kebaikan diperoleh para Muslim atas sebab Nabi junjungan kita ,Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda). Amalan yang 70 para malaikat keletihan menulis ganjaranya adalah bersukur dan berterima kasih menerima kenikmatan disebabkan Nabi Muhammad (selawat dan salam ke atas baginda)

p/s: Sumber: http://baitul-qurra.blogspot.com/ dan sedikit penambahan gambar dr ana. Mulianya seseorang itu kerana Islam dan hinanya seseorang jika melucutkan Islam dalam dirinya. Wa'iyazubillaahi min zalik