Tuesday, March 3, 2009

SOLAT PEMANGKIN KHAIRA UMMAH

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang Memiliki dan Mentadbir 'Alam. Tiada sekutu bagi-Nya. Dia-lah Yang Maha Pemberi Rezeqi, Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat, Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Allaah wujud tanpa berhajat kepada tempat sebagaimana makhluq-Nya yang berhajat kepada tempat untuk wujud. Selawat dan salam buat Nabi junjungan Muhammad SollaLlaahu 'alahi wa sallam, ahlul bait seluruhnya, para sahabat, para tabi'en, para 'ulama' yang haq dan sekalian pejuang agama Allah hingga yaumul qiamah. Aameen
Pembaca yang dirahmati Allaah...
satu ketika ana mendapat mesej di h.phone ana daripada seorang adik yang ana kenali... dia berkata "Salam k.jannah, sya nk tnya, apakah hukum menggugurkan kandungan, sekiranya seseorg itu dirogol, berdosa ke kak?...

(Lihatlah gambar-gambar ini... Inilah kesan bilamana 'aqeedah tidak kuat terpasak di dada, & 'ibadah fardhu ditinggalkan tanpa rasa berdosa... Maka dosa besar dianggap pula satu hiburan bagi mereka yang membiarkan nafsu bermaharajalela (T_T)

Beberapa minggu selepas tu, ana dapat lagi mesej dari seorang pelajar "Assalamualaikum ustazah, ustazah blh tnya ka? Mcm mana mau khusyuk dlm sembhyg. Mksdnya time smbyg 2 x fikir yg lain" "Scara ringkas ana membalas mesej tersebut (lebih kurang bunyinye) "Jaga pemakanan. Krn pemakanan mnjadi salah satu faktor pnyumbang kpd kekhusyukan solat."

Kemudian, budak tu membalas mesej lagi "oh, ustazah? Mcm mana mahu melupakan dosa yg sngt besar yg pernah dlakukn? ustaza, sya akui, saya pernah berzina, tpi sya ingin betul2 bertaubat & ingin kembali ke jalan Allah. Tapi sya slalu dibayangi dgn dosa2 tersebut. Tlg ustazah, sya malu, sbenarnya sya mahu berdepan dgn ustazah utk bertanyakn soal ini, tapi saya saya malu sngt ustazah". Ana tergamam dan berfikir panjang sepanjang ana memandu balik ke rumah. Ana tak balas mesej pelajar tu saat itu juga (tengah driving kan... jadi kena fikir molek-molek untuk memberi nasihat)...


Persoalan adik dan pelajar ini tadi membawa ana berfikir dengan satu fenomena di salah sebuah sekolah di bandar "X"... Yang mana pelajar perempuannya (muslim) ramai yang clubbing, minum arak, kissing ngan pasangan masing-masing malah lebih daripada itu gejala sosial yang mereka terlibat... Ana dapat tahu hal ini satu jam sebelum ana ke sekolah tersebut...


Pada hari sabtu yang lepas (21.Feb.09), ana dijemput menjadi salah seorang ahli panel forum untuk salah satu program yang dikhaskan untuk pelajar-pelajar perempuan sahaja (muslim) di surau sekolah bandar "X" tersebut. Forum tersebut bertajuk "Seindah Hiasan Sebesar Fitnah". Tajuk yang sama dengan tajuk Talkshow yang ana diminta untuk menyampaikannya pada 3.Feb.2009 di salah sebua IPTA di tanah air kita.(Ana ada wat artikelnyer dalam blog ana ni bagi bulan Februari. Dipersilakan untuk membacanyer (",)...
(Namun begitu, di akhir program, ana minta pengerusi pogram memberi kebenaran pada ana 15 minit di masa akhir untuk slot muhasabah... ana ajak adik-adik tu untuk mengimbas kembali dosa-dosa yang mereka lakukan diiringi dengan alunan zikir taubat... dengan bantuan fasilitator sebelum ini juga, subhanaLlaah walhamduliLlaah adik-adik tu sedar akan dosa yang mereka lakukan sehingga ada yang menangis meraung menyatakan rasa gerun mereka kepada 'azab Allah dan ingin bertaubat kepada Allah (T_T) hiba sangat suasana ketika itu... lunaknya hati si pelaku dosa... ana dan fasi dan sekalian kita wahai para pembaca tak lepas dari melakukan dosa.. marilah kita bertaubat atas segala dosa-dosa yang kita lakukan.)

Berbalik tentang kisah adik dan pelajar yang menghantar mesej pada ana & pelajar-pelajar perempuan di sekolah bandar X tadi...Inilah realiti kebanyakan remaja kita masa kini. Era dunia tanpa sempadan. Sehingga semuanyer diredah tanpa sempadan. Pegangan agama sudah hilang dek kerana nafsu yang tak tertahan... Yang penting nafsu puas, saat berbuat dosa seolah-olah hilang ingatan, tak ingat yang mana baik, mana yang buruk... janji si dia pasti ditawan... SEDIHNYER NGAN REMAJA SEKARANG NI... BUKAN REMAJA SAHAJA, TAPI BAPA & MAK REMAJA PUN... sama-samalah berfikir, apakah faktor penyumbang gejala-gejala sosial sekarang ni?

Teman dan sekalian pembaca yang dirahmati Allaah...

Masalah gejala sosial yang terjadi pada masa kini perlu diambil perhatian oleh semua lapisan masyarakat. Antara faktor penyumbang bagi gejala ini ialah lemahnya dan kurangnya keyakinan, pemahaman dan pengukuhan terhadap 'aqeedah dan juga pelaksanaan 'ibadah-'ibadah fardhu seperti solat. Untuk artikel kali ini, ana lebih memfokuskan kepada SOLAT... sebelum ini, ana dah menghuraikan betapa pentingnya menguasai dan memahami ilmu tauhid dalam artikel bulan Februari 2009.
Telah diriwayatkan daripada Abu Hurairah RadiyaLlaahu 'anhu, katanya Sesungguhnya RasuluLlaah SollaLlaahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda yang bermaksud: "Seorang penzina tidak akan berzina jika ketika itu dia berada di dalam keimanan. Seorang pencuri itu tidak akan mencuri jika ketika itu dia berada di dalam keimanan iaitu iman yang sempurna. Begitu juga seorang peminum arak tidak akan minum arak kija ketika itu dia berada di dalam keimanan"
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim-Hadith Mutawatir)

Muslimin dan muslimat yang ana hormati kerana Allaah...
Orang yang beriman MESTI MENUNAIKAN SOLAT FARDHU 5 WAKTU SEHARI SEMALAM kerana sembahyang itu adalah tuntutan iman, dan iman sifat jiwanya (sembahyang) dan nur bathinnya. Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:
الذين يؤمنون بالغيب ويقيمون الصلاة
Maksudnya:"Mereka yang beriman dengan yang ghaib dan mendirikan Solat"
(Surah al-Baqorah: ayat 3)
Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala lagi:
قل لعبادي الذين آمنوا يقيموا الصلاة
"Katakanlah kepada hamba-Ku yang beriman, hendaklah mereka itu mendirikan sembahyang"
(Surah Ibrahim; 31)

Maka nyatalah di sini, bahawa orang yang mendirikan solat adalah orang yang beriman. Mendirikan solat dengan sempurna, insha'Allaah akan dapat memelihara diri seseorang itu daripada perbuatan yang keji dan dosa. Sebagaimana yang telah Allaah Subhana hu wa Ta'ala firmankan dalam surah Al-Ankabut, ayat 45.
وأقم الصلاة إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
"Dan dirikanlah Solat, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran"

Segala kejahatan dan kemungkaran yang merosakkan diri, keluarga dan masyarakat dan menimbulkan pelbagai konflik dan kontoversi, akan dapat dicegah oleh jiwa yang terdidik dengan 'ibadah solat. Solat adalah salah satu alat tarbiyyah yang penting dalam menjana jati diri seseorang individu bahkan juga kepada masyarakat dan negara.

Berdasarkan pemerhatian dan sedikit pengalaman yang ada dalam mendalami jiwa-jiwa remaja sepanjang mendekati mereka... boleh dikatakan bahawa remaja yang terlibat dengan masalah sosial seperti penzinaan, menggugurkan kandungan, kes lesbian, kes gay, kes buli, mencuri, minum arak, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, tak tutup aurat dan sebagainya adalah mereka yang KEBANYAKAN MENINGGALKAN SOLAT...

Ini bukan main-main. Ini betul-betul terjadi!!! Tak percaya, cuba buat survey!!!Bukan tujuan untuk mencari 'aib orang lain tapi bertujuan untuk menjadi pemangkin diri kita untuk turun ke gelangang bersama golongan yang sukarela melakukan amar ma'ruf nahi mungkar TANPA KEPENTINGAN TERTENTU... Amar ma'ruf nahi mungkar LIDDA'WAH ILALLAAH...


Ana tersentak dengan kata-kata seorang ustaz di sekolah ana yang juga selaku Panitia Pendidikan Islam dalam mesyuarat Panitia semalam... Beliau berkata "macam mane ni ye... ramai pelajar kita tak pandai solat, amanah ni untuk kita... kalau kita tak buat "sesuatu", kita kena di akhirat esok".... Kemudian, beliau berkata lagi, "saya dok fikir macam mane ye nak bagi budak kelas 5E ni jadi budak baik & minat belajar? Ustazah tau, saya sampai solat hajat kat rumah untuk diorang. Tak pernah dalam sejarah sepanjang 11 tahun mengajar, saya jumpa budak-budak macam tu"...

SubhanaLlaah, semangat ini yang kita nak muslimin muslimat... mengajar BUKAN kerana ingin menghabiskan silibus mata pelajaran, TAPI kerana benar-benar ingin melahirkan insan yang berguna di dunia dan di akhirat...

Ana akui, ramai yang mengajukan soalan "Tapi ustazah, macamne tu kalau seseorang tu solat, tapi masih tak tutup 'aurat. atau masih bermaksiat seperti berpegang-pegang antara lelaki dan perempuan?" Nah! Di sini perlu dilihat kembali akan kebenaran firman Allaah Subhanahu wa Ta'ala surah Al-Ankabut, ayat 45.
وأقم الصلاة إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر
"Dan dirikanlah Solat, kerana sesungguhnya sembahyang (dapat) melarang dari segala kejahatan dan kemungkaran"

Jika solat masih tidak mampu mencegah seseorang itu daripada perbuatan keji dan mungkar, maka perlu di "check" semula solat tersebut. Tentu ada "something wrong somewhere"... mungkin ada masalah dari segi kesempurnaan rukun wudhu' dan rukun solatnyer. mungkin ada kesilapan dalam makhraj bacaan al-Fatihah... Jadi, kepada mereka yang mendirikan solat tapi maksiat masih dibuat, check balik solat tu... Kerana janji Allah BENAR!!! SOLAT MAMPU MENCEGAH DIRI DARIPADA PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR!!!

P/s: Ini reposting ke3...pada asalnya tajuknyer lain, tapi ana dah tukar tajuknyer ikut kesesuaian jalan cerite... insha'Allaah artikel ini akan diupdate selepas 13hb.Mac sbb tajuk artikel ini adalah tajuk forum yg bakal dilangsungkn di sekolah ana sempena MaulidurRasul 1430H... Oleh itu, sbrg persoalan yg ditanyakn dlm forum itu nnti ana akan lampirkn dlm artikel ini sbg prkongsian bersama utk manfaat kta smua di dunia dan di akhirat. Moga dipanjangkan umur dan diberkati. Aameen (",)

CERAMAH SYEIKH MUHAMMAD FUAD KAMALUDIN AL-MALIKI-7.MAC.09 DI SARAWAK


p/s: Mohon maaf atas masalah grafik yang sukar dielakkan... Kepada orang Sarawak, beramai-tamailah menghadiri kuliah As-Syeikh Muhammad Fuad Kamaludin Al-Maliki. Sebarang pertanyaan sila hubungi: 019-8285019 (NAIM)

Monday, March 2, 2009

DAHI CECAH KE SEJADAH

Assalaamu'alaykum sekalian pembaca yang ana hormati kerana Allaah....

Segala puji-pujian hanya layak bagi Allah. Dia-lah Yang Menguasai kerajaan langit dan bumi dan di antara kedua-duanya. Dia Yang Menghidupkan dan Dia-lah Yang Mematikan. Sedang Dia Kekal dan wujud sejak azali yakni sedia ada. Dia-lah Yang Maha Pencipta. Dia Yang Menjadikan siang dan malam. Islam agama-Nya yang mulia. Syari'at-Nya sangat sempurna dan sangat bersesuaian dengan kehidupan makhluq-makhluq-Nya. Maka itu, kenapa manusia masih ingakr dengan perintahnya???



Tidak dilupakan selawat dan salam buat penutup segala Nabi, dan para ahlul bait, para sahabat dan sekalian para 'ulama', mujahideen yang membela agama yang haq hingga akhir zaman. Aameen.

Artikel kali ini, ana copy paste dari satu blog.
Ana selalu dengar sajak ni kat Radio IKIM, tapi tak tau pulak sape yg pngarang yg sebenar. Ana ambik dari http://penyair.wordpress.com/2007/07/16/dahi-cecah-ke-sejadah/... Copy paste, copy paste gak.. Baca, baca gak... tapi jangan lupa untuk menghayatinya... Bayangkan diri kita kembali kepada Allaah dalam keadaan tak sempat nak ber'amal. Na'uzubiLlaahi min zalik... Sebenarnya, artikel ni sebagai muqaddimah utk penulisan seterusnye berkenaan SOLAT dan perkaitannya dengan kehidupan dan peribadi seorang Muslim. ALlaahumma alhimnii rusydii. Moga Allaah memberi ana ilham untuk menbuat artikel yang seterusnyer... untuk Insha'ALlaah. Do'akan ek

Bersihkanlah dirimu sebelum kami dimandikan

Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu
jika beranggapan demikian
Justeru ku menyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya

Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

APA YANG DIHARAPKAN DARIPADA SEORANG ISTERI?

Assalaamu'alaykum sekalian pembaca yang ana hormati kerana Allah...

Cuba hayati, bicara antara 2 insan yang bergelar lelaki... lebih-lebih lagi bagi mereka yang bergelar lelaki muslim...Apa yang mereka inginkan daripada seorang isteri???
"Mengapa dia tidak faham rintihan hati aku?" keluh seorang sahabat rapat kepada saya.
"Bukan aku tidak cinta kepada isteriku, tapi tapi... tolonglah berhias diri," tambahnya lagi.

Aku bertanya "Mengapa?""Teruji sangatkah?" Kawanku terus menjawab "Apa tidaknya... di pejabat, aku berdepan dengan berbagai-bagai jenis dan ragam wanita. Semuanya berhias dan berwangi-wangian..."

"Kau menjaga pandangan?" "Bukan sahaja pandangan bahkan penciuman. Dunia akhir zaman, kau bukan tak tau..."

"Betul...betul...betul" "Eh, ko ni bunyi macam upin dan ipin jek" "He.he.he... aku nengok gak cite tu ngan anak-anak kat umah"....

"Hm... iman kite memang selalu diujikan?" balas kawanku untuk mengembalikan topik perbincangan kami..."Yang aku hairan tu, isteri aku bukan tak cantik... cantik... tapi , entahlah semnejak dah ada 2 orang anak ni, dia dah hilang mood nak jaga penampilan dirinya... kat umah asyik bertempek jek bedak sejuk kat muka dia, aku nengok pun... hm, alahai... tak tau lah..."

"Kita kan dah berusia. Apa lagi yang kita nak cari dalam hidup ni" pujuk saya untuk meredakan kecamuknya...

"Tapi, tu bukan alasan untuk dia tak menjaga diri. Kita sebagai suami sering diuji, setidak-tidaknya berilah sedikit bantuan untuk kita hadapi ujian tu"

Saya tersenyum..."Bantuan" ? dalam tu maksudnya.. mempunyai maksud yang tersirat disebalik yang tersurat....

Moralnya:
1. Kepada isteri-isteri, berhiaslah untuk suami kalian... Bukankah berhias untuk suami tu 'ibadah... Mendatangkan pahala untuk kita walaupun kita tidak jadi cantik atau muda remaja semula...Kalau kat luar rumah boleh pakai comei2, nape kat umah asyik dok tampal ngan bedak sejuk je... (",) he.he.he.jangan marah ek... perkara ini memang sering berlaku dalam masyarakat kita..

(Sekadar gambar hiasan)
2. Kepada suami-suami, kahwinilah isteri kalian BUKAN kerana fizikalnya semata-mata... kerana fizikal yang sihat dan cantik akhirnya akan kendur jua dimamah usia... Maka itu, berdiplomasilah dengan isteri-isteri kalian dalam menyatakan hasrat anda untuk melihat isteri anda tampil anggun sungguhpun sudah dimamah usia tanpa mengguris perasaan sang isteri. Ingat! Hati seorang wanita sangat mudah terluka dan terguris dengan kata-kata yang lembut tapi sinis...

Tapi kan... apabila kita sedar yang kita telah tua, kita akan lebih serius dan tekan minyak dengan pecutan kelajuan gear lima dalam menuju jalan mendapatkan keredhoan Allah
.

3. Suami isteri harus berterus-terang kalau mahu pasangannya mengambil berat soal menghias diri.

4. Seorang isteri yang tidak cantik pun akan memliki kecantikannya yang tersendiri... iaitu bukan pada wajahnya tetapi pada jasa, kesetiaan dan pengorbanannya buat suaminya.

"Jangan tengok pada wajah yang kendur tapi lihat pada jasa yang ditabur... Jangan lihat pada matanya yang sudah kehilangan sinar, tetapi lihat pada kesetiaan yang tidak pernah pudar... Itulah kecantikan seorang isteri walaupun mungkin dia bukan isteri yang cantik..."

(sekadar gambar hiasan... lihat yang tersirat di sebalik yang tersurat)

Realitinya... ramai suami yang telah berusia masih belum sedar hakikat sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Syafie "aku ingatkan diriku dengan tongkat ini bahawa usiaku sudah dipenghujung, bukan masanya lagi untuk berlengah, tetapi untuk menambah pecutan dalam 'ibadah menuju Allah" Pada usia yang semakin lanjut, ramai suami mula mencari "tongkat"... bukan tongkat muhasabah diri tapi tongkat Ali!!! (",)

P/s: Sebahagian artikel ini ana ambik melalui majalah Anis, kRuangan Kemudi Hati (Pahrol Mohamad Juoi), m/surat 80, keluaran Bulan Rejab/Sya'aban 1429H dan sebahagiannya juga ditambah oleh tuan blog agar lebih fokus diruangan yang terhad dalam blog ini. Belilah Majalah Anis, sangat bermanfaat . Bukan sahaja untuk kaum Hawa bahkan juga untuk kaum Adam. ANIS, PEDOMAN WANITA SOLEHAH (",) ana tolong promote majalah ANiS, boleh kan krew majalah Anis?

Sunday, March 1, 2009

HARAM MAKAN ULAT MULONG & YG SEUMPAMANYA...

Dengan nama Allaah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Segala puji-pujian kembali kepada Allah. Kepunyaan-Nya apa-apa yang ada di langit dan di bumi dan di antara kedua-duanya. Maha Suci Allah yang mentadbir 'alam. Yang Menciptakan sesuatu itu daripada tidak ada kepada ada. Sedang Allaah sedia ada sejak azali, tanpa ada permulaan dan pengakhiran. SubhanaLlaah, Dia Mencipta haiwan-haiwan dan tumbuh-tumbuhan, yang mana sudah ditetapkan peraturan... ada yang HALAL dimakan, ada yang HARAM dimakan...

Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SollaLlaahu 'alaihi wa sallam, para ahlul bait, dan sekalian para sahabat, para tabi'en, para 'ulama yang benar, dan para mujahid/dah pembela kebenaran hingga hari qiamat. Aameen...

Pertama sekali, ana mohon maaf, seandainya artikel ini boleh menyinggung hati mana-mana pihak. Walau bagaimanapun, kebenaran perlu disampaikan sekalipun kita merasa pahit untuk menerimanya...


Muslimin-muslimat yang dirahmati Allaah...
Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini. Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan HARAM memakannya. Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali". Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.


Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-
... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini. Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i.

Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang... udang sedap pe (",) tpi makan kena buka kulit jelah... hati-hati bab makanan ni... silap makan, menjadi asbab kita tak khusyu' solat... dan silap2 haribulan, menyebabkan hati hilang ketenangan... na'uzubiLlaahi minzalik...


P/s: artikel ini diambik dari blog http://bahrusshofa.blogspot.com/ dan ana tambah sikit ar gambornye, muqaddimahnye & ending citenye...(",)

Kalam Almarhum As-Sheikh Abdullah Al-Harary (Rahimahullahu Ta'ala)

Telah berkata Al-Imam As-Sheikh 'Abdullaah Al-Harary Rahimahullaahu Ta'ala
"Ke atas kamu untuk sentiasa berdiam diri Wahai orang yang bijaksana, agar kamu terselamat di dunia dan di akhirat"

Kalam Imam Abu Ja'far At-Tohawi (rahimahullahu Ta'ala)

Telah berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi (RahimahuLlaahu Ta'ala) - Beliau adalah merupakan 'ulama As-Salaffussoleh:

" Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-mana arah enam sepertimana makhlukNya".

Beliau berkata lagi:

" Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".