Sunday, December 8, 2013

TITIK PERMULAAN..untuk bangkit...

Assalamu'alaykum wrh.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah... sudah lama blog ana menyepi... pelbagai masalah, kekangan dan keterbatasan yang menyebabkan kesukaran untuk mengupdate blog ana yang sudah usang ini...hingga ramai yang tertanya2..

Kepada pembaca setia blog ana terutama anak2 dan adik2 usrah ana rindui dan kasihi kerana Allah.. bunga2 yang sedang dan sentiasa mekar dan semangat membakar untuk memperjuangkan Islam...

Tertangguhnya penulisan ana sebelum ini bukan bererti ana dah berhenti bertemu masyarakat menyampaikan da'wah..ana masih meneruskan da'wah.. berdepan secara langsung dengan anak2 muda khususnya yang dahagakan ilmu Islam.. memenuhi undangan menjadi penceramah, panel forum  dan perkongsian dalam kelompok kecil seperti usrah di UNITAR Sabah, UMS, Politeknik Kota Kinabalu dan sekolah-sekolah menengah di sekitar Sipitang, Bongawan, Papar, Kota Kinabalu dan Kota Belud, Sabah. syukur kepada Allah kerana masih memberi kesempatan untuk itu...alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah... 

♥TIADA DAYA UPAYA DAN KEKUATAN MELAINKAN ATAS KEKUATAN DAN BANTUAN DARIPADA ALLAH SWT.. ♥

Atas pelbagai kekangan.. maka ana tak berkesempatan nak mengupdate blog ana yang ana rindui ini (T_T)

Semoga hari ini... titik permulaan untuk ana menulis semula apa2 sahaja yang boleh dikongsikan dengan sahabat2 muslimin muslimat yang ana hormati kerana Allah...


Silih berganti ujian datang bertimpa2. Kadang rasa sendirian untuk menghadapinya.. kadang rasa kuat, kadang rasa berat...dan lemah untuk menghadapi semuanya...tidak mampu untuk dicoretkan dan dikongsi melalui penulisan hatta secara langsung ... demi anak2... ana kuatkan hati. Demi kerana Islam dan kerana ingin mewujudkan baitud da'wah ana harus pandang ke depan...




Tertanya diri ini.. kuatkah ana untuk menghadapi semua ini...

Dimana sahabat2 yang mengatakan dirinya sahabat fillah abadan abada..???. Pun begitu... hidup ku ibadah ku matiku kerana Allah... Hingga kini ku mencari Teman yang sejati buat menemani perjuangan suci... usah pandang pada luaran... pandang dengan mata hati yang bersih inshAllah akan ditemui kebenaran yang hakiki..


P/s: ana alfaqirah wad dhoifah ilallaah... ana sangat rindu untuk bertemu guru2 yang mengajar ana alif ba ta ..sehingga ana tahu membaca alQuran.. alhamdulillah. Dan guru2 yang mengajar ana tentang aqidah sunnah wal jama'ah. MOHON DOA WAHAI GURU2 KU... Agar2 anak murid mu yang lemah ini thabbat dalam perjuangan Islam .. Hidup mati demi memperjuangkan Islam tidak kira dengan apa method sekalipun sama ada melalui lisan ataupun pena.. mudah2n dikira sebagai amal soleh di sisi Allah.. aameen.

salam kasih. Salam rindu. Salam ukhuwwah untuk kalian dan juga untuk anak2 dan adik2 usrah yang disayangi kerana Allah.

FB:nurjannah saifullah

Sunday, June 3, 2012

Forum Khas: Si Tanggang Alaf Baru - 5 Jun 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين
Assalamu'alaykum. Semua muslimin muslimat di sekitar Sepitang dijemput hadir ke forum khas anjuran Persatuan Siswazah Sabah dengan kerjasama Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak dan Pasukan Pelindung Kanak-kanak Daerah Sipitang dan Masjid Hj Hashim Pekan Sipitang

Tarikh : 5 Jun 2012
Masa : 8.00 mlm - 10 mlm
Tempat : Masjid Haji Hashim, Pekan Sipitang

Panel :

1) Imam Muda Ali (Penampilan Istimewa)
2) Tuan Haji Zainal Bin Timbang 

(Pengerusi Masjid Haji Hashim Pekan Sipitang)
3) Ustazah Suzana binti Saman (Pendakwah Bebas, Guru)


Tuesday, May 22, 2012

Dialog Cinta: Kalau Berpacaran Jangan Tunggu Lama-lama (Slot 1)


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Dengan nama Allah Yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang... Maha Suci Allah yang telah menciptakan makhluq-Nya berpasang-pasangangan demi kesinambungan zuriat makhluq-makhluqNya. Selawat dan salam buat Nabi junjungan yang telah menunjukkan contoh teladan yan baik buat semua manusia, para sahabat-sahabat baginda yang mulia, para tabi'ien, para salafussoleh yang telah merealisasikan kehidupan yang diredhai Allah dan sekalian para pengikut Baginda SAW hingga yaumul Qiyaamah.

Pertama sekali diucapkan jutaan terima kasih kepada penganjur program Dialog Cinta: Kalau Berpacaran Jangan Tunggu Lama-lama di atas jemputan dan layanan kalian...

Indah sungguh Dewan Resital
Lagi indah layanan warga penganjur
Diganding bersama Imam Muda Fakhrul & Ustaz Syahir menjadi panel
Terima Kasih diucapkan dan kepada-Nya ku bersyukur


Dikesempatan ini, saya cuba untuk meringkaskan segala persoalan dan pertanyaan dalam forum tersebut dalam bentuk artikel bertulis... mudah-mudahan sedikit sebanyak dapat membantu merungkaikan persoalan yang bermain-main di minda kita selama ini...
Sebut tentang couple... ramai yang akan tersipu-sipu malu...kerana dalam hati sudah ada taman bunga... disebut tentang couple, ada juga yang rasa "tak de apa pada couple"...Disebut tentang couple, ramai yang ingin mencuba, nak try & error... try test... best ke tidak... (^_^)  Hakikatnya, fitrah manusia ingin bercouple. Ingin berpasang-pasangan. Ingin bercinta, ingin menyintai dan dicintai, ingin dikasihi dan mengasihi... Maka itu ISLAM telah menunjukkan jalan yang terbaik untuk menyalurkan naluri fitrah manusia ke arah yang lebih diredhoi iaitu melalui PERNIKAHAN...


Pernah tengok drama Nada Cinta? Cinta Melody? Cinta Kirana? Di Astro... Antara 3 buah sinteron Indonesia yang sangat diminati dan digilai oleh para remaja termasuk mak remaja (^__^) Cinta Kura-kura? ...Azura 2012? Semua drama-drama ini tanpa sedar telah memasukkan "jarum halus" ke minda masyarakat... Sehingga istilah couple sebelum nikah, berpasang-pasangan sebelum nikah diterima baik dan menjadi budaya orang Islam  yang kurang memahami Islam.

Lagu Adik Najwa Latiff yang masih muda remaja... kini sangat  popular dengan lagu "Cinta Laman Muka Buku"

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda dan suruh aku terima kamu kamu
Ooh... Hati ku rasa sesuatu...

Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku...
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu  ...
Ooh Kenakah rasa itu...



Aduiiiiiih... bukan main lagi lagu ni... bukankah lagu ini menunjukkan bagaimana seawal remaja sedang melakukan muqaddimah untuk berpasang-pasangan??? Sama-sama kita fikirkan...

Soalan tentang apakah hukum bercouple telah acapkali ditanyakan kepada ramai para 'ulama. Antara yang ditanya ialah Mantan Mufti Selangor iaitu Dato' Ishak Baharom. Beliau mengatakan bahawa hukum bercouple , bercinta sebelum bernikah yang sekarang diamalkan oleh muda-mudi mutakhir ini adalah HARAM ... Kenapa haram??? oh noo...




Ini kerana naluri cinta yang merupakan fitrah telah mengundang pelbagai fitnah... Budaya couple yang biasa dilakukan oleh masyarakat zaman sekarang adalah budaya barat, budaya orang yahudi, org Nasaro... Kenapa?

Dengan bercouple, ramai pasangan tanpa segan silu berpegang tangan, keluar tanpa ditemani dengan mahram, duduk berdua-duaan di tempat yang gelap dan sunyi...Ada yang tanpa segan silu juga duduk satu motor... Si gadis membonceng motor si jejaka... Bila dah duduk dekat-dekat, nafas pun makin tersekat, lama-lama semakin nak dekat, TERpeluk rapat-rapat... tup-tup tunggu 3 bulan , perut si gadis sudah membulat... Na'uzubillahi min zalik... 

Perkara inilah yang Islam nak elakkan iaitu PENZINAAN. Sebab itu Islam menutup Muqaddimah Zina iaitu berpasang-pasangan ini dengan ikatan nikah yang sah...

Bila duduk berdua-duaan ni, banyak yang menjadi mangsa... antaranya tempat para pasangan ini berdating... menjadi mangsa luahan cinta...Menjadi mangsa pengabdian cinta mereka...

Redhwan Love Jabirah = Rejab
Ramlah Love Hamdan = Ramadhan
Syasha Love Awalan = Syawal


Kerusi ke, pokok ke, batu ke, tempat rekreasi ke... semuanya kenal dengan mereka yang berpasang-pasangan ini... Kesian mereka... Ditoreh dan diconteng... 

Firman ALlah SWT (maksudnya):
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat"
(Surah Al-Isra':32)
Ketahuilah muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...

Berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, Haram hukumnya menurut Ijmak 'Ulama walaupun sudah bertunang. Bertunang bukan tiket untuk setiap pasangan duduk berdua-duaan. Nak jumpa dengan pasangan, yang penting ada mahramnya... Nak bawa pasangan naik kereta, boleh, janji sebelah pemandu kereta tu bakal pak mertua. Nak bawa si dia tengok wayang, boleh janji yang duduk di tengah tu bakal nenek/ pak mertua... Nak bawa pasangan ke restoran hebat-hebat atau tak pun gerai mamak je... boleh , yang penting duduk di tengah-tengah antara pasangan ialah bakal pak/ mak mertua.. Nak suap-menyuap... suap pak mertua dulu. Nak suap pasangan , pas nikah nanti (^__^) baru nikmat.Bahagia gitu... heeheehehe

Sabda Nabi Muhammad SAW:
"Jangan berdua-duaan perempuan dengan lelaki melainkan ditemani mahramnya"

Dalam hadis Nabi Muhammad SAW telah direkodkan oleh Muslim:
"Tiada harus masuk seorang lelaki ke tempat perempuan melainkan ada serta perempuan itu mahramnya"

Dalam Hadis ini Imam Nawawi menjelaskan haram berdua-duaan antara lelaki dan wanita bukan mahram sama ada di rumah atau di tempat-tempat awam tanpa ditemani oleh mahram...

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Agak-agaklah ye... berapa umur/ usia yang sebenar atau yang sesuai untuk seseorang itu bernikah??? 

Zaman dulu orang bernikah muda. Si gadis berusia 13 tahun, si jejaka berusia 16 tahun. Jadi masa ni memang produktif. tiap-tiap tahun boleh beranak. Sebab tu ada yang dapat anak sampai 15- 18 orang... Zaman sekaran ni banyak sahaja halangan untuk berkahwin muda. Remaja sekarang habis SPM pun dah umur 17 tahun. Nak sambung belajar lagi. Keluar dari Ijazah, umur dah 22 @ 23  tahun... nak cari kerjaya tetap lagi... betul tak???

Sebenarnya... Umur ni tak penting sangat ... Yang penting adalah KEMAMPUAN... Tapi sekarang kadang-kadang orang tengok juga umur ni... 

Muslimin muslimat yang dirahmati ALlah...
Kemampuan ni terbahagi kepada dua iaitu kemampuan pertama dari segi kewangannya...(istilah lain NAFQAH ZAHIR)...agak kalau kahwin usia muda dapat dan mampu menyara keluarga bolehlah berkahwin...Sebab bila dah kahwin ni, seorang lelaki kena fikir nak bagi makan anak isteri, pakaian, tempat tinggal, sewa rumah, bayar bil elektrik, bile air, pampers anak lagi, susu anak lagi... Banyak yang kena fikir...

Kemampuan yang kedua lagi tu... dari segi kemampuan berdaya majunya seseorang itu melayari rumahtangga... Contohnya kalau kita seterika tali leher tu, tali leher tu boleh naik lurus ke atas... insha'ALlah berdaya maju lah orang itu.. tapi kalau dituang air panas pun tak bergerak tali leher tu, maka orang macam ni... elok fikir dua kali nak kahwin... kesian dengan pasangan...Jangan lukai hati pasangan (^_^)

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah..
Jika kita soroti Sunnah Nabi Muhammad SAW, Baginda bernikah dengan Saidatina Khadijah Binti Khuwailid ialah pada ketika Baginda berusia 25 tahun sedangkan Saidatina Khadijah berusia 40 tahun. Di sini sudah menunjukkan bahawa jarak usia yang berbeza antara lelaki dan wanita itu bukan halangan untuk mencapai kebahagiaan. Yang penting ikatan pernikahan itu dibina berlandaskan ketaqwaan kepada ALlah. Isteri adalah amanah buat suami.... Maka berkahwinlah walau usia muda yang penting kerana ingin mencari keredhaan Allah SWT.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda (mafhumnya):
"Wahai para pemuda! Sesiapa yang mampu berkahwin maka berkahwinlah. Maka sesungguhnya ia lebih menundukkan pandangan mata dan lebih terpelihara bagi kemaluan. Sesiapa yang tak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia adalah benteng kepadanya"
(Hadis Riwayat Bukhari)

Kalau rasa dalam tempoh study ni, ada keinginan nak kahwin tapi rasa tak mampu lagi nak bagi nafqah zahir... Maka eloklah berpuasa kerana itulah petunjuk yang telah Rasulullah SAW ajarkan kepada kita... Jangan pula ada yang melakukan onani demi memuaskan nafsu ini kerana ramai 'ulama menjatuhkan hukum haram beronani ... Untuk hidup lebih berkat maka berkahwinlah di usia muda, jika mampu (^__^)

Apapun cinta itu fitrah... jangan jadikan cinta itu fitnah.. jika fitnah yg dtg maka haram hukumnya... Melayari percintaan selepas nikah itu lebih berkat & mbawa ketenangan jiwa....
InshaALlah, artikel ini akan disambung untuk slot seterusnya tentang hukum nikah, dan petunjuk tentang memilih pasangan. Insha'Allah. Doakan agar semuanya dimudahkan Allah...

P/s: JAZAKUMULLAHI KHOIRAN KATHIRA atas jemputan penganjur. Terima kasih atas layanan yang mesra semua kakitangan UMS , dif-dif jemputan, pengetua, fello, dan semua AJK yang terlibat. SYukran jaziilan juga diucapkan kpd Imam Muda Fakhrul, Ustaz Syahir dan Ustaz Amir atas bantuan dan perkongsian idea sepanjang forum tersebut. Terasa rendah diri sangat-sangat. Kalian orang-orang yang hebat dan cukup humble. Saya bukanlah Ustazah Pilihan tapi amanah yang diberikan adalah amanah Allah yang wajib untuk ditunaikan. Yang baik datangnya dari ALlah dan yang kurang itu adalah atas kelemahan kami sebagai insan biasa... kami bukan 'ulama untuk mengeluarkan fatwa. Berkongsi ilmu untuk diamal bersama...Insha'Allah

Monday, May 21, 2012

PROMOSI DIALOG CINTA: MEREALISASIKAN CITA & CINTA

Tarikh : 19 Mei 2012
Masa : 8.00 mlm
Tempat : Dewan Resital, Universiti Malaysia Sabah

Panel :
1) Imam Muda Fakrul (Penampilan Istimewa)
2) Ustaz Syahir (IPG gaya)
3) Ustazah Suzana binti Saman

Harga Tiket :
UMS = RM 4
Org luar = RM 6

Makanan, Souvenir, MySDP Disediakan

Friday, May 11, 2012

Kuliah Perdana Kitab Hadith 40 Imam Nawawi oleh Sheikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki pada 12 Mei 2012

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين


Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI akan menyampaikan Kuliah Perdana seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 12 Mei 2012
Masa: 9.00 pagi
Tempat: 
Baitul Qurra' wal Fuqoha' Payasum Sungai Udang Melaka



Kepada semua Tuan-tuan Guru yang dirahmati ALlah dan seluruh kaum muslimin adalah dijemput hadir. Semoga majlis ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah Subhanallahu wa ta'ala.

p/s:
ALlaah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:

قُلْ هَلْ يَسْتَوى الَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) tidaklah sama orang yang mengetahui dan orang yang tidak mengetahui”.
[Surah al-Zumar: 9]


Marilah kita menimba 'ilmu selagi berpeluang. Apatah lagi 'ilmu yang dituntut daripada 'ulama yang muktabar. Ilmu sangat penting dalam kehidupan manusia. Dengan ilmu kita dapat meperbetulkan 'aqeedah, akhlaq, dan menyempurnakan segala urusan kita dengan baik. Bahkan dengan ilmu juga, akan mampu menambah keimanan, keyakinan dan ketaqwaan kita kepada ALlaah Subhanahu wa Ta'ala di samping dapat menjauhkan diri kita daripada terjebak dengan amalan-amalan jahiliah, jenayah, gejala sosial bahkan menjauhkan kita daripada perbuatan yang mensyirikkan ALlaah.