Monday, March 30, 2009

APA ADA PADA APRIL FOOL???

بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيد المرسلين محمد صلى الله عليه وسلم وعلى آله وصحبه أجمعين



Setiap kali menjelang 1hb.April, sesetengah orang kita taksub dengan budaya pandang Barat. Semua menuju ke arah Barat. Dari politiknya, dari pendidikannya, dari ekonominya, dari budaya-sosialnya dan sebagainya... Sedangkan bukan semua, BUKAN 100d% apa yang ada di Barat itu boleh kita ikut... Jika diikut BURUK PADAHNYA bukan sahaja pada individu, masyarakat bahkan pada negara jugak!

Setiap kali hadirnya tanggal 1hb.APRIL... maka apa yang terfikir di benark fikiran... ligat berputar memikirkan rancangan "PENGANIAYAAN"... Tak kira masa tuk memikir "AGENDA" yang rasanya pasti "menjadi". Yang penting mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam menahan kemarahan kerana dipermainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari kadangkala lawak-lawak biasa, lawak-lawak bodoh (i'm sorry to use this words) atau "practical joke" yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan menyebabkan penyesalan berpanjangan.


Pernah satu ketika, tragedi ini berlaku pada 1hb.April, seorang suami yang jahil agama telah mengucapkan "Aku ceraikan kau dengan talak 3" pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga termeraung apabila si suami dengan muka selamba pula mengucapkan "APRIL FOOL"... Selepas itu, giliran si suami pulak meraung apabila talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Berbalik kepada pertanyaan April Fool's Day ini adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol.

Penduduk-penduduk Muslim ini diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke pelabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak keesokan harinya (1 APRIL). Mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam di sini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar pihak Kristian kemudian menyerang kaum Muslim dan membunuh kesemuanya yang terdiri daripada lelaki, perempuan serta anak-anak kecil.


Peristiwa berdarah yang amat menyedihkan ini kemudiannya menjadi salah satu tarikh yang diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun, bukan sahaja di Sepanyol tetapi di saentaro dunia. Perkara yang amat menyedihkan orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's TANPA menyedari mereka sebenarnya merayakan ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SEISLAM MEREKA SENDIRI.



Sekiranya kita memang jelas mengetahui asal-usul peristiwa tersebut, maka HARAMLAH hukum meraikannya. Meraikan April Fool juga boleh membatalkan 'aqeedah umat Islam. Kita renung-renungkan, sebenarnya tidak ada kebaikan langsung mengamalkan budaya ini, malah akan mendatangkan keburukan... Fikirkanlah! Kenapa kita perlu berbangga menyambut perayaan agama lain??? Selamatkanlah 'Aqeedah kita dari terus diperkotak-katikkan oleh golongan kafir yang akan tersenyum :) dengan gah bila kita mengikut telunjuk mereka...

Semoga Allah membuka pintu taubat untuk kita. Moga kita tidak mudah terpedaya dengan "agenda" barat yang mahu menghancurkan Islam dan umatnya sama ada secara kasar mahupun halus (yang kita sendiri kurang menyedarinya)... Antara cara halus orang kafir ingin menghancurkan Islam ialah melalui HEDOINISME... Budaya cintakan hiburan. Bukan itu sahaja, SEKULARISME, NASIONALISME hingga lahirnya pelbagai ISME... yg mana impaknya ialah KESATUAN UMAT ISLAM TERCALAR... budaya rasuah menjadi perkara biasa, mengahwini wanita yang sedang hamil tanpa nikah, kes buang anak, kes bunuh, kes rogol, kes penculikan, kes rompakan, kes kecurian.... dan SEMUA GELAJA SOSIAL semakin berleluasa.. Tepuk dada, tanya iman...

Wahai sekalian kaum muslimin di luar sana...
Semua ini berlaku natijah daripada AL-QUR'AN tidak dijadikan sebagai DASAR PERLEMBAGAAN NEGARA... Betul atau tidak kenyataan dan dakwaan ana ni, TEPUK DADA, TANYALAH IMAN KITA...


Jika kita beriman dan cinta Allah dan Rasul-Nya... maka buktikanlah...

Jadikanlah Al-Qur'an sebagai dasar perundangan negara...

Percayalah! Hanya dengan kembali kepada Al-Qur'an dan Sunnah, semua masalah yang melanda umat akan dapat diselesaikan... tak kira sama ada masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya...


Bukankah Islam itu satu-satunya agama yang diredhoi ALlaah Subhanahu wa Ta'ala..?
Sudah tentu segala syariatnya BERSESUAIAN SEPANJANG ZAMAN untuk diaplikasikan dalam kehidupan di dunia buat bekalan di hari kemudian.

Akhirul kalam. mohon maaf dunia akhirat atas keterlanjuran kata yang menyinggung mana-mana pihak di sepanjang penulisan mahupun pergaulan ana dengan antum sama ada secara maya mahupun realiti...
Jika kita cintakan Islam... maka tunjukkanlah usaha kalian menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan utama dalam semua aspek kehidupan.

P/S: Artikel ini ana ambik sedikit (sejarah 1 April Fool) melalui artikel yg diserahkan oleh seorang pelajar kepada ana last week. Namun begitu, ada ayat dan beberapa perenggan yang ana tambah mengikut gaya bahasa ana sendiri (dan apa yg terbuku di hati) dan sudah tentu mempunyai banyak kekurangan dan kesilapan yg ana x sedar. Oleh itu, ana mohon maaf dunia akhirat. Bersama-samalah kita membaca, merenung, menilai... Lihatlah yang tersirat disebalik yang tersurat atas setiap yang berlaku pada diri kita. Moga kita melihat dengan mata hati kita, kerana mata yg zahir selalunya mudah tertipu.

Sekian, waLlaahu a'lam

Min ana al-faqiroh wad-dhoifah ilaLlaah

MUHASABAH ATAS PENDERITAAN UJIAN

بسم الله الرحمن الرحيم
Segala puji-pujian kembali kepada Allah. Dia Menciptakan dan Mewujudkan sesuatu itu daripada tidak ada kepada wujudnya sesuatu itu. Dia Maha Perkasa yang Mentadbir 'Alam. Dia Maha Mengetahui apa yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan. Bahkan yang ghaib sekali pun. Dia Maha Mengetahuinya. Sesungguhnya apa-apa yang ada di langit dan di bumi dan segala isinya dan di antara kedua-duanya, SEMUA itu DI BAWAH PENGETAHUAN ALLAH. Tidak sama sifat Allah sebagaimana sifat-sifat makhluq-Nya yang memiliki segala kekurangan. Sedang Dia bersifat dengan segala sifat kesempurnaan. Selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan yang kita cinta, kita rindui (sungguhpun tak pernah bersua), ahli keluarga Baginda, para sahabat Baginda, dan sekalian para 'ulama yang haq, para WaliyuLlah, para mujahid-mujahidah (pejuang kebenaran) dan pengikut Baginda yang haq hingga hari pembalasan. Aameen.



Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...
Dalam menyusuri kehidupan kita yang bergelar manusia, sudah PASTI kita akan terdedah dengan pelbagai ujian dari pelbagai sudut. Dari hadapan, dari belakang, dari kanan, dari kiri, dari atas, dari bawah. Di segala 6 arah kita didatangi ujian. Untuk membuktikan bahawa kita adalah makhluq-Nya yang lemah. Tidak mampu menghadapi ujian jika tidak dengan limpahan rahmat kasih sayang Allah


Sahabat-sabahat yang ana kasihi pada jalan...
Usah bertelagah sesama sendiri... Marilah kita membina keimanan, ketaqwaan... Marilah kita berusaha menambah-baik keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah... Susurilah kehidupan ini sebagai musafir yang berkelana yang berusaha menyediakan bekalan untuk "hari kemudian".
.. Apa yang kita dapat hasil perbalahan sesama kita???

Dah 2 hari ana diserang penyakit athma dan batuk. Doktor mengesahkan keadaan ini menyebabkan berlakunya pembengkakan dalaman. Nak bercakap pun dah tersekat-sekat suara dan dah naik serak. Ceramah, mesyuarat dan usrah pun ana tak dapat hadir. Rugi rasanya. Hari ni dan esok ana kena ambik MC. Doktor sarankan beristirahat je kat umah... Time sakit nilah baru teringat masa sihat. Masa sihat banyak benda yang boleh dibuat. Masa sakit, semuanya terhad. Namun begitu, insha'Allah selagi ada qudrat, 'aqal masih boleh berfikir, tangan masih mampu menaip ... moga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberi kekuatan kepada ana untuk istiqomah memberi sumbangan kepda Islam sungguhpun ianya hanyalah penulisan biasa daripada ana yang dhoif ini, yang sangat sedikit impaknya demi kelangsungan perjuangan Islam. Benarlah sabda Baginda SollaLlaahu 'alahi wa sallam:

"Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara; masa muda mu sebelum masa tua mu, masa sihatmu sebelum masa sakit, masa lapangmu sebelum masa sibuk, masa berada (kayamu) sebelum jatuh miskin, dan masa hidupmu sebelum mati"

Dalam kesakitan dan keterpayahan, sedang ana melayari internet, lalu ana terjumpa satu artikel yang sungguh "mengesankan" hati. Maha Suci Allah. Atas kehendak-Nya semua ini berlaku. Artikel ini buat perkongsian kita semua. Bacalah dan hayatilah!

Sungguh sakit ini adalah satu ujian yang mana didalamnya tersirat pelbagai hikmah. Beberapa senarai ubat bagi penyakit dan ujian ini terdapat di dalam sebuah buku berjudul Rasail an-Nur - Risalah Kepada Pesakit yang ditulis oleh Badiuzzaman Said Nursi.

Ubat pertama

Wahai yang sedang sakit dan lemah!
Janganlah engkau gelisah. Bersabarlah! Sesungguhnya deritamu itu bukanlah suatu penyakit, tetapi ia adalah sejenis ubat, kerana sakit itu dapat memberikan keuntungan yang sangat besar terhadap pesakit dan orang lain untuk kembali ingat akan maut.

Sesungguhnya umur manusia adalah modal dalam mengisi hidup yang berkurangan sedikit demi sedikit. Jika tidak dilaburkan, ia pasti akan kehabisan juga satu hari nanti, terutamanya jika ia dihabiskan dengan kerehatan dan kealpaan, tiba-tiba seseorang itu telah tiba di penghujung jalan (kematian).

Jadi sakit akan memberikan keuntungan yang besar kepada modal yang dimiliki oleh seseorang dan tidak akan membenarkan umurnya dihabiskan dengan segera. Sakit akan melambatkan perjalanan langkah kehidupan, menahannya, memanjangkan umur dan akhirnya berhenti setelah membuahkan hasil. Kemudian selepas sakit hilang, seseorang akan itu dapat meneruskan perjalanan kehidupannya. Oleh itu, masa menjadi panjang disebabkan penyakit sehingga dikatakan: “
Aduhai alangkah panjangnya masa musibah (penderitaan) dan alangkah pendeknya masa kelapangan (kesenangan)


Ubat Kedua

Wahai yang sedang sakit yang kehilangan kesabaran! Berusahalah untuk tetap sabar sabar! Dan berhiasi ia dengan sifat syukur, kerana deritamu itu dapat menjadikan detik-detik umurmu dalam bentuk ibadah yang berjam-jam, hal itu terjadi kerana sesungguhnya ibadah itu terbahagi menjadi dua :

Pertama: Ibadah ijabiah (dengan anggota tubuh) yang tampak dalam pelaksanaan shalat, doa dan lainnya.

Kedua: Ibadah salbiah (dengan hati) yang mana orang yang terkena musibah selalu merasa khusyu’ dan kembali menyerahkan diri kepada Sang Pencipta Yang Maha Penyayang, serta memohon perlindungan dan bersujud kepadaNya, didasari dengan perasaan yang mengingatkan ketidakberdayaan dan kelemahannya dihadapan penyakit-penyakit dan musibah-musibah tersebut, sehingga ia mendapatkan ibadah ma`nawiah yang suci, jauh dari segala bentuk riya`.

Memang benar jika terdapat berbagai riwayat yang menyatakan bahwa umur yang disertai derita sakit dianggap ibadah bagi orang mu`min [1], dengan syarat, tidak mengeluh dan putus asa, bahkan telah tsabit (tetap) dalam riwayat-riwayat dan kasyaf-kasyaf tentang derita satu minit yang dijalani oleh orang yang bersyukur dan sabar dianggap satu jam ibadah yang sempurna untuk mereka, dan sebagian Ahlullah al-Kaamilin dianggap satu hari ibadah penuh, maka janganlah kamu meragukan

Wahai saudaraku – penyakit yang menjadikan derita satu minitmu ke seribu minit sekaligus memberikanmu umur yang panjang!. Maka bersyukurlan atasnya.


[1] – Rasululah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda, maksudnya:
Jika allah menguji seorang hamba yang muslim dengan musibah di badannya, Allah azza wa Jalla berfirman: Tuliskan amal sholeh untuknya. Jika sembuh, Allah membersihkan dan mensucikannya, sementara jika meninggal dunia, Allah mengampuni dan memberikan rahmat padanya
– Hadits hasan diriwayatkan oleh Ahmad (Shahih al-Jami ash-Shaghir)

Ubat ke tiga

Wahai yang sedang sakit tidak mampu bersabar! Sesungguhnya manusia tidak datang ke dunia untuk bersenang-senang. Bukti atas hal itu adalah kepergian orang yang datang, berubannya (menjadi tua) para pemuda, setiap orang pasti akan merasakan kehilangan dan perpisahan dengan orang yang tersayang. Engkau menyaksikan manusia sebagai ciptaan yang paling sempurna, paling mulia, dan paling lengkap, bahkan manusia sebagai tuan atau penghulu semua ciptaan, tiba-tiba jatuh sakit dan hidup menderita kerana memikirkan kesenangan masa lalu dan musibah yang akan datang, akhirnya menjalani hidup dengan susah dan penuh derita sembari menjatuhkan diri ke dalam tingkatan yang lebih hina dari binatang.

Jadi manusia tidak datang ke dunia ini hanya untuk menjalani hidup yang indah dan nyaman, yang dihiasi dengan ketenangan dan kejernihan, melainkan ia datang untuk mendapatkan kebahagiaan hidup abadi selamanya dengan perdagangan yang menggembirakan dengan modal umur.


Maka jika dalam keadaan sihat, manusia itu lupa akan Tuhan dan dunia nampak manis dan indah di kelopak matanya, ketika itu ia ditimpa dengan penyakit lupa akhirat, ia tidak mau mengingat mati dan kubur, lalu hidupnya diharungi dengan sia-sia, namun pada ketika yang sama ,derita sakit itu tiba-tiba membangunkanya dengan mata yang terbelalak, seraya penyakit itu berkata: Kamu tidak abadi dan tidak dibiarkan begitu saja, bahkan kamu mempunyai tugas, tinggalkan sifat sombongmu, ingat Tuhan yang menciptakanmu dan ingat bahwa kamu akan masuk KUBUR, maka siapkanlah dirimu …”

Olehnya itu, derita sakit mengambil peranan sebagai mursyid yang rajin memberikan nasihat dan peringatan. Oleh itu tidak perlu mengeluh apabila ditimpa sakit, bahkan bernaunglah dibawah naungan syukur. Dan jika rasa sakit semakin menjadi-jadi maka milikilah rasa sabar yang cantik itu…..
(T-T)

P/S: Sumber http://al-fanshuri.blogspot.com/ Fikir-fikir, renung-renungan utk diri ana yang sering alpa dan buat sekalian pembaca. Mohon teguran andai dilihat bercanggah dengan syariat Allah

Sunday, March 29, 2009

PENGALAMAN DOKTOR JORDAN KEMBALI DARI GAZA

Dr. Imad Al-Husaini

"Sepanjang khidmat saya menjadi doktor, saya belum pernah melihat jasad tanpa kepala dan usus terkeluar serta perut terburai di jalanan. Alhamdulillah, saya berasa gembira dapat membantu manusia yang sangat memerlukan pertolongan dari saudaranya", begitulah kata-kata dari salah seorang pasukan doktor Jordan yang dihantar ke Gaza, Doktor Imad Al-Husaini.



"Kami melihat jasad yang terkoyak dengan dahsyatnya, dan melihat mangsa yang terbakar kebanyakannya di bahagian bawah dari pusat hingga kaki, dan ini adalah musibah yang sangat hebat pernah kami lihat", katanya. Mereka terdiri daripada 7 orang doktor dari Jordan dan mesir dan mereka diletakkan di Hospital Syifa' dan dibahagikan kepada beberapa kumpulan.

Beberapa gambar ini diperolehi daripada Hospital Syifa'


Doktor itu menceritakan bahawa beliau melihat budak berusia 14 tahun tidak mempunyai sebelah tangan dan tangan di sebelah nya lagi memegang usus. Beliau juga melihat 7 orang budak kecil serta 2 orang wanita yang sudah syahid dan terkeluar segala isi perut. Disini dapat dibuktikan bahawa serangan Israel ini memang disasarkan pada kanak-kanak dan wanita kerana tidak ada seorang pun mangsa-mangsa di hospital yang memakai pakaian askar. Jelas disini bahawa Israel adalah penipu kerana mengatakan mereka tidak menyerang wanita, orang tua dan kanak-kanak.

Doktor itu juga menjelaskan bahawa keadaan di dalam hospital itu dipenuhi oleh orang-orang yang dipenuhi cahaya keimanan. Mereka langsung tidak merintih dan menjerit, sebaliknya lebih memikirkan dan berdakwah bagaimana caranya mereka hendak menumpaskan Israel ini. (SUBHANALLAH. KITA DI SINI??? Tepuk dada, tanya iman...)



P/s: Untuk seketika, ana sengaja kembali membawa kita menyoroti seksaan yang dihadapi oleh saudara Islam kita di Palestin agar kita tidak terlupa keadaan mereka di sana sedang kita di sini hidup dalam keadaan... Marilah kita bersatu menentang golongan-golongan kufar mustakbirin. Sumber http://ashraf-aqsa.blogspot.com/

Friday, March 27, 2009

TAZKIYATUN NAFS BUAT DIRI YG ALPA (T_T)



Wahai hamba...!

Peliharalah ketaqwaanmu...
Peliharalah kaedah-kaedah syarak...
Peliharalah semangat untuk selalu melawan gejolak hawa nafsu syaitan & handai taulan mu yang jahat..
.

Wahai hamba...!
Jauhkanlah daripadamu nafsu dan hawamu...!
Jadikanlah ia laksana bumi yang berada di bawah tapak kaki manusia
Atau laksana debu-debu di tangan-tangan manusia

Wahai saudaraku...!
Kendalikanlah nafsumu jangan sampai dia mengendalikanmu
Nafsu itu tak ubah bagaikan anak kecil yang belum mempunyai aqal
Bagaimana mungkin kita mempelajari sesuatu daripada seorang anak kecil yang baru dilahirkan sedang dirinya baru ingin mengenal dunia?
Wahai saudaraku...!
Marilah kita bersyukur atas segala nikmat yang sudah dikurniakan-Nya kepada kita..
Lihatlah bahawa semua nikmat itu datangnya daripada-Nya...

Makan minum kita, pakaian & tempat tinggal kita...
Setiap hela nafas kita, kerjaya kita, sahabat kita...
Dan apa sahaja yang ada disekeliling kita yang kita perolehi semenjak dilahirkan ke dunia, hingga saat ini...
SEMUA ITU ADALAH NIKMAT DARI ALLAH 'AZZA WA JALLA

Firman Allah Subhanahu wa Ta'ala:
Maksudnya:
"Dan apa jua nikmat yang ada pada kamu itu, maka dari Allah-lah (datangnya), kemudia apabila kamu ditimpa kemudharatan, hanya kepada-Nya sahaja kamu meminta pertolongan"
(Surah An-Nahl: ayat 53)

Wahai hamba...!
Dimanakah syukur bagimu, wahai orang-orang yang sudah menerima nikmat-Nya?
Wahai makhluq yang memandang bahawa nikmat itu berasal daripada selain-Nya?

Suatu ketika kamu berpendapat bahawa nikmat datangnya daripada selain Allah...
Manakala pada ketika lain kamu berkeyakinan bahawa nikmat itu datangnya daripada hasil usahamu sendiri...

Seakan-akan kamu sendiri yang menciptakan nikmat itu...
Dan pandanganmu sentiasa setuju kepada apa yang tidak ada padamu,
atau kepada apa yang berada di tangan orang lain,
malahan pada suatu ketika pula kamu menggunakan nikmat yang kamu perolehi itu sebagai pendokong dirimu melakukan kemaksiatan kepada Allah.
(Na'uuzubiLlaahi min zalik)


Wahai Saudaraku...!

Marilah kita mendidik diri kita dengan kewarakan...

Agar bisa mencegah diri dari terjerumus ke lembah kemaksiatan dan kesalahan
Ingatlah! Bahawa diri kita sentiasa diawasi...
Dan itulah hakikatnya wahai saudaraku...

Bahawa Zat Yang Maha Haq sentiasa memerhatikan setiap tingkah laku kita

Dalam sendirian, dalam kebersamaan bersama kaum kerabat dan rakan taulan
Yaqinlah bahawa...
Kita perlukan pengawasan

Yang akan mengingatkan diri kita akan pandangan Allah terhadap kita...
Bahkan kita perlukan pengawasan untuk memerangi hawa nafsu dan syaithan laknatullah yang tidak putus-putus menggoda anak Adam menjadi teman mereka di neraka kelak
(Na'uzuubiLlahi min zalik)


Sedarlah saudaraku...!

Syaitan itu adalah musuh kita, musuh bapa kita Adam 'alaihissallam

Bagaimana kita hendak bersandar kepadanya?
Sedang antara kita dengannya terdapat permusuhan turun temurun...
Dendam yang berurat-akar pada kedua-dua belah pihak?

Jauhilah mereka! Janganlah berlindung kepadanya!

Hindarkan permusuhan sesama umat Islam!
Perselisihan sesama umat Islam bukan sahaja
menggembirakan orang-orang kafir
Tetapi turut mendatang kegembiraan yang tidak terkata buat syaithan laknatullah

kerana berjaya memecahbelahkan anak-anak Adam 'alaihissallam.

Bahkan boleh membawa kesakitan kepada hati lantas membawa kepada kekerasan hati..

na'uuzu biLlaahi min zalik



Telah berkata Al-Sayyid Syaikh Muhyiddin 'Abdul Qadir Jailani:
"Percayalah...! Sekiranya syaithan memperolehi ruang, maka ia akan membunuh jiwamu, sebagaimana ia telah melakukan hal itu kepada ayah dan ibumu (Adam dan Hawa). Oleh itu, jadikanlah TAQWA sebagai senjatamu, manakala TAUHID atau MENGESAKAN ALLAH, TAKUT KEPADA-NYA, WARAK dalam KHALWATmu, JUJUR dalam segala tindakan, serta MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH sebagai kekuatanmu. Semua senjata dan tentera ini akan mengusir, membinasakan dan menghancurkan bala tentera iblis. Bagaimana kamu tidak mengusirnya, sementara kebenaran ada di pihakmu...?

Ketahuilah saudaraku...!
Hancurnya kebanyakan manusia kerana mereka
sentiasa melakukan kesalahan dan kemaksiatan

Hancurnya orang-orang zuhud kerana mereka
mempunyai keinginan untuk bersenang-lenang dengan memperturutkan kehendak syahwatnya

Hancurnya para wali Abdal kerana
lintasan fikiran ketika mereka dalam khalwatnya

Hancurnya para siddiqin (orang yang jujur dan benar) adalah bersifat sementara

Ini kerana mereka selalu disibukkan untuk selalu menjaga dan memelihara hatinya
Kerana mereka adalah orang-orang yang tidur di pintu Maha Raja
Mereka berdiri dalam posisi mereka sebagai juru dakwah

Mengajak manusia kepada mengenal Allah Yang Haq

Tiada hentinya mereka membujuk hati mereka sendiri dengan berkata:
"Wahai hati...! Wahai Roh...! Wahai manusia...! Wahai Jin...! Wahai orang-orang yang berharap kepada Tuhan Yang Maha Kuasa...! Marilah...! Kita ketuk pintu Maha Raja. Bersegeralah kamu kepada-Nya dengan tapak hati kamu, dengan tapak taqwa dan tauhid kamu, makrifat dan kewarakan kamu yang tinggi, kezuhudan kamu di dunia, di akhirat dan di dalam sesuatu selain daripada yang berkaitan secara langsung dengan Tuhanmu"

AL-FADHIL SHEIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKITOK GURUKU: USTAZ HJ. ZULKIFLI BIN HJ ISMAIL, MUDIR MADRASAH BAITUL QURRO\

Inilah kesibukan kaum itu...
Mereka bertekad untuk memperbaiki semua makhluq di bumi tekad dan cita-cita mereka itu meliputi langit dan bumi, meliputi 'Arasy dan bintang-bintang seroja"

Wahai hamba...!
Seimbangkanlah antara dunia dan akhirat

Jadikanlah kedua-duanya itu dalam wadah yang sama

Dan menyendirilah di hadapan Tuhan mu Yang Maha Perkasa lagi Maha Agung

Dengan hati yang bersih, tanpa dunia dan akhirat...
Janganlah engkau menghadap-Nya kecuali engkau telah mengenepikan semua yang datang selain daripada-Nya

Janganlah engkau terbelenggu bersama makhluq sementara engkau terjauuuuuuuh dari Khaliq mu
Putuskanlah semua sebab ini
Dan cabutlah semua pancang ini,
yang menjadi diri lalai mengingati-Nya

Jadikanlah dunia untuk jiwamu...
Akhirat untuk hatimu
Tuhan untuk batin mu.
..



P/s: Artikel ini ana olah sedikit-sebanyak bersumberkan kepada kitab Fathul Rabbani, Syeikh 'Abdul Qadir Al-Jailani... Tiada upaya melainkan semua itu atas keizinan dan bantuan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala. Tuntunlah hati kita untuk membuat persiapan bekalan buat kehidupan akhirat yang kekal abadi... Lupakan persengketaan, jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam dan jika esok masih ada, esok lebih baik dari hari ini. Sungguhpun begitu, usah ditangguh-tangguh dalam hal yang membawa kepada kebahagiaan di "hari kemudian". Mohon teguran atas segala kesilapan lebih-lebih lagi jika ianya bersalahan dengan syara'.Baarokallaahu fiikum

WaLlaahu a'lam
Min ana al-faqiroh waddho'ifah ila Robbihi